Gunung Kinabalu 2017 Part 1

9:30 AM

20 Disember 2017
Kota Kinabalu - Kundasang
Mountain Resthouse, Kundasang

Busy konon, baru ada masa mau update kisah Gunung Kinabalu >.<

Lama menanti akhirnya, tiba juga giliran kami untuk daki Gunung Kinabalu. Malamnya tu excited packing barang mau bawa. Kasi masuk ja dalam bag sebab nanti di Kundasang boleh kemas lagi.

Sebelum jalan salam dadi, mami, nenek dan isi rumah yang lain. Minta restu dan doa semoga dipermudahkan segala urusan.
Akinabaluuuu~ Aku datanggg..

Around jam 3.00 petang kami gerak ke Kundasang. Aku tumpang Syaq, then ada Anis sama Coach Edham juga. Meriah juga kami di kereta sebab 2 budak di belakang tu nda pandai diam. Terlebih gula plus excited mau naik gunung. 1 kereta lagi dorang Bibi, Kak Fatin dan Aril.

Ni ja gambar yang nda bergegar hee.. Ceriakan 2 budak di belakang tu hehe

Jam 4.40 petang kami sampai di Mountain Resthouse, Kundasang. Kami bermalam 1 malam di sini.  Bilik kami di atasss, adoii semput juga naik bawa barang p bilik hahaha. Okay la juga, ada latihan sebelum mendaki esok.

Penginapan untuk 1 malam, dekat ja dengan Kinabalu Park

Sambil tunggu dorang sampai, kami makan KFC yang ditapau sambil layan sunset. Tunggu punya tunggu dalam 7++ malam dorang Bibi, Kak Fatin dan Aril sampai. Eksaited sangat jumpa Kak Fatin, rinduuu~.

Layan perasaan

Malam tu kami sempat celebrate birthday Syaq. Ada belon-belon, kek dan sedikit makanan. Lucu juga kami kasi surprise tu. Tiba-tiba ja Syaq keluar, terus "Surprise!!" then nyanyi lagu birthday. Lupa lagi mau record moment2 surprise tu.

Simple birthday celebration for Syaq. May Allah ease everything for you dear

Selesai makan-makan, kami pun masuk bilik dan pack barang. Kami sepakat untuk share bayar guide angkat barang kami. Baju yang dipakai dan keperluan untuk hari kedua tu kami kasi masuk dalam beg sharing. Ada 2 bag besar guide angkatkan. So bag yang angkat sendiri hanya isi water bladder, ubat-ubatan dan makanan ringan yang mau makan sepanjang trail ke Laban Rata. 

Kak patin jugalah harapan

Settle kemas barang, kami pun get ready mau tidur. Esok mau bangun awal. Night!!

*sejuk malam tu, sempat lagi buat lawak sebelum tidur hehe*

You Might Also Like

0 comments