Hiking: Bukit Kapur, Kg. Rongolis, Topokon, Tuaran

10:59 AM

12 Ogos 2018
Bukit Kapur, Kg. Rongolis, Topokon, Tuaran.

Assalamualaikum.. :)


Yaaa setelah lama berehat dari dunia hiking di tempat-tempat baru, akhirnya aku memberanikan diri untuk join hiking trip organised by FE Hiking Team. Memberanikan diri ar? Bukan apa, takut nda mampu mau naik dan menyusahkan orang. Yala, kita join trip dengan geng baru muda dan cergas. Mana sama dengan yang lemah dan nda fit ni hahaha. Tapi aku positifkan diri, join seja sebab kalau bukan sekarang bila lagikan? Lagipun tempat ni aku baru dengar, so why not? Join ja la sebab ada geng yang ajak.

Seawal 5.50 pagi aku drive ke UCA 2, tempat c Azfar. Sana kami kumpul dengan members yang lain ada 10 orang semua. Dalam plan gerak 6.30 pagi dari UCA ke Kg. Rongolis. Tunggu-tunggu dalam 6.40 pagi juga kami gerak ke lokasi hiking. Singgah lagi di Taman Putrajaya beli minuman dan makanan then kami terus ke Kg. Rongolis. Senang juga mau pi start point Bukit Kapur ni. Google Map ja "True Jesus Church Kg. Rongolis", konfirm sampai.

Lebih kurang 7.20 pagi kami sampai di lokasi. Simpang masuk tu sebelah kanan. Alert dengan signboard kecil 'Gereja Yesus Benar', sorry nda terambil gambar hee.. Then boleh la parking di tepi-tepi tu.  Masa kami sampai tu tiada orang. Kami ja di situ. Nda lama tu ada orang kampung masuk ke situ juga menuju ke church. Dorang tanya la kami mau ke mana. Bagitau la kan tujuan mau naik Bukit Kapur. Anty tu cakap lama sda tu bukit nda kena tebas, panjang-panjang sudah rumput so dia suruh hati-hati ja.

Bismillah..

Semua sudah ready, kami pun mulakan perjalanan naik ke Bukit Kapur. Oh yaa, ada 1 group lagi join trip ni, 4 orang cikgu dari IPG Kent. Dorang direct terus ke lokasi dan tunggu kami di sana. So ada 14 orang dalam trip ni. 7.32 pagi kami start berjalan melalui jalan gravel tanah merah. Nasib cuaca nda panas lagi so siok la berjalan.

Aku masi di tengah-tengah

Semakin ke belakang. Jalan rata.

Terus ja berjalan naik ke atas, ya ampunn kuat nafas sis terik dan hembus. Nda cukup nafas k haha. Slow slow ja berjalan, small steps gitu. Kali ni ada Ija di depan. Thank you Ija!

Naik bukit lagi di area tanah merah

Kak follow you Ija..

Nda lama tu kami masuk ke kawasan kebun getah orang kampung di kawasan tu. Lawa ni, sempat lagi bergambar-gambar. Then terus berjalan. Dua area aku rasa jalan naiknya still tahap okay-okay lagi (padahal nda cukup nafas juga  hahaha), ada naik ada jalan rata. Time jalan rata tu senang hati betul haha..

Masuk area kebun getah. Redup ja masih


Lawa bergambar sini

Then jeng jeng.. Masuk sudah area hutan, mulakan dengan bismillah dan langkah kanan. Masuk ja memang nampak sda laluan di'cover ' dengan lalang panjang dan tumbuhan paku pakis gergasi yang tumbuh dengan subur. Orang depan la yang kena tempuh laluan tu dulu hehe. Kalau ada parang boleh la tebas-tebas tu lalang dan pakis pakis gergasi.

Masuk hutan, laluan still okay setakat ini



Awal-awal laluan tu okay ja, nda juga berapa curam, kasi sedap hati cam laluan Nuluh Lapai tu ja. Nda lama tu, ambik kau cerun curam sudah (cukup dramatik ka ayat aku tu? haha). Yala maksud aku naik dia terus naik ja. Apa yang buat laluan tu lagi mencabar ialah... ini bagi aku la, yang lemah nda fit ni.. laluan tu tiada tempat ko mau pegang or berpaut. Ada tali-tali un okay la, or at least tongkat untuk menahan dan pun push badan untuk naik ke atas. TIADA OKAY. In the end, lalang-lalang dan pakis-pakis tu jadi mangsa aku untuk berpaut naik ke atas haha. Betul betul mencabar untuk aku, mana ko mau elak tu semak samun, mau pegang lagi lalang/pakis yang nda kuat tu, pastu takut terlicin dan terjatuh. *Tiada gambar otw naik, hp simpan poket*

Laluan naik semakin cerun

So aku slow-slow ja, nasib abang ipar c Azfar (aku rasa hee) sabar ja di belakang. Banyak kali juga aku stop sebab rasa betis ni sakit, matai la gini. Nasib la nda cramp. Pandang belakang view lawa ni. Teruskan juga untuk naik, then beberapa meter lagi mau sampai puncak, aku suruh abang tu dulu la naik sebab aku mau ambik nafas then pecut naik ke atas hahaha.. Finally yeayyy, jam  sampai juga ke puncak Bukit Kapur!!!


Sampai puncak!

Atas puncak ada satu trig (yang besi tiga segi tu bha) kena letak di puncak, then keliling penuh dengan lalang yang super panjang. View kawasan di bawah nda nampak. Dari puncak boleh nampak Gunung Kinabalu tapi time kami ni kabur-kabur sudah dia kena tutup awan *rindu Gunung Kinabalu, tetibe*

View dari puncak. Lalang panjang.

Kami ambik masa untuk bergambar-gambar sekejap. Gambar group, gambar individu dan gambar view. Pandai ni explore area untuk gambar lawa hee.. Puas bergambar dan rehat kami pun turun dari puncak ke start point.


Selamat Datang ke puncak Bukit Kapur


Squad Bukit Kapur. Thanks FE Hiking!




View belakang ada Gunung Kinabalu. Kamu nampak?



With adik Ija



Bergambar ja di mana mana selagi mampu

Berehat sebentar

Turun ni pun mencabar juga. Kaki kuat menahan supaya nda terlicin, tangan berpaut kuat sama semak samun. Sempat stop beberapa tempat untuk bergambar then fokus untuk turun dengan selamat. Nda mau la terlicin huahuahua. Jalan dan jalan nda lama tu keluar sudah dari area hutan, eh laju plak. Masa naik tadi terasa lama plak hehe. Laluan yang sama juga untuk turun ke start point, lalu kebun getah then jalan gravel tanah merah then sampaiii ke kereta.

View otw turun ke bawah


With giant pakis






Di kebun getah



Stor penyimpanan getah penduduk kampung


View kampung

Overall, the hike up and down was amazing. Memang lain dari yang lain hehe. Lokasi hiking yang nda berapa ramai orang tau (aku first time dengar ni bukit) sebab kalau orang tau memang ramai sudah orang naik turun dan laluan pun sentiasa kena maintain. Thank you FE Hiking for organizing this trip! Next time kalau sis mampu, sis join hee :)

Kalau kamu mau juga naik sini bawa la kawan ramai-ramai, jangan sendiri-sendiri. Kalau ada kawan lelaki lagi bagus, boleh juga tolong jaga-jaga. Bawa parang supaya kamu boleh tebas-tebas tu semak samun, senang sikit berjalan nda tersangkut-sangkut, nda banyak calar balar. 

So itu jak la cerita membukit untuk bulan ni. Harap bulan-bulan akan datang dapat lagi hiking di tempat baru. Sekarang ni layan Bukit Padang ja la. Tu pun kapus-kapus juga haha.

Take care!

You Might Also Like

0 comments