Travel: Jeha Ke Korea - Day 1 Annyeong Seoul!

4:25 PM


7 November 2015
Selepas semua berkumpul, kami pun memulakan perjalanan ke hostel yang teletak di Itaewon.

-Turun ke bawah untuk ke airport train-

-Mesin reload T-Money dan gate masuk ke train-

-T-Money yang diguna sepanjang trip ni, ada 50k won x silap-

Dengan menaiki train dari Incheon Airport kami ke stesen Gongdeok dan lepas tu tukar ke Line 6 menuju Itaewon.

-All-stop train. Naik train ni sampailah ke stesen Gongdeok, lebih kurang 1 jam juga dalam train-

-Sampai di stesen Gongdeok, tukar ke Line 6 ke stesen Itaewon-

-Tangga di subway station, gilak tinggi. Kalau turun boleh la kali, kalau naik mau cramp kaki tengah jalan. Nasib ada lif, nda la payah susah-susah hee-

-Sampai stesen Itaewon. Di stesen ni ada 7Eleven, kedai Kosmetik Tony Moly dan Missha-

- Perlukan bantuan? Masuk ja ke sini, dorang akan membantu. Zeha masuk sini minta
 map Subway Seoul,-

Memang sampai pagi tu hujan, sampai Itaewon masih lagi hujan. Kami redah ja hujan tu untuk ke hostel. Nda juga la lebat hujan tapiiii SEJUK wei..

-Gigih tarik luggage-

Jalan lebih kurang 200 m then sampailah di Itaewon Inn. Naik atas nasib boleh check in awal (sepatutnya 3.30pm), simpan barang dan kemas katil.

 -Itaewon Inn, naik tangga ke tingkat 1-

Selepas tu kami keluar untuk makan tengahari di Sultan Kebab. Lapar bha, jadi haruslah makan nasi. Sultan Kebab ni salah satu kedai  kebab di kawasan Itaewon. Memang banyak orang Turki buka kedai jual kebab sini.

-Ada macam-macam makanan tapi kena recommend makan yang ada nasi so order la Lamb Pilaf-

-Ni la Lamb Pilafnya, nampak macam sikit skali di kurik-kurik banyak pula lamb slices tu, 
memang kenyang, Harga Lamb Pilaf 9,500 won, Air Mineral 1,000 won-

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Itaewon. Masjid yang MUST GO bila sampai Itaewon. Masjid Itaewon terletak di atas bukit jadi gigih la mendaki untuk sampai ke masjid. (terbakar beberapa kalori lepas makan hehe)

-Naik bukit menuju Masjid Itaewon, boleh kurus kaki kalau hari-hari jalan sini-

Dalam perjalanan ke Masjid Itaewon ada bermacam-macam restoran halal. Jadi nda payah risau soal makan. Pilih ja mau makan mana asal ada duit (yang pasti harga berganda berbanding Malaysia) hehe.

-Naik atas lagi untuk sampai ke masjid, sikit lagi Jehaaa-

Jajang! Inilah Masjid Itaewon. Fuhh..semput jugalah mendaki, sudahlah sejuk plus hujan renyai renyai tapi alhamdulillh sampai juga.


- Ada juga orang lain melawat masjid ni, macam dari Malaysia juga-



Lebih kurang 20 minit di situ, ambik-ambik gambar kami pun turun dan kembali ke rumah penginapan.

Lepas membersihkan diri, solat jamak dan berehat sekejap. Zeha rasa mau keluar jalan-jalan di Itaewon ni. Yala jauh-jauh sudah pi Korea nda kan mau baring ja di bilik. Nda susah pun jalan di Itaewon, InsyaAllah selamat. 


 Puas berjalan hujung ke hujung, singgah minum green tea latte di salah satu cafe di sini. FYI, banyak cafe-cafe di sini so pilih ja mana yang berkenan.


Yay! Memang menantikan makan malam, sejuk-sejuk cepat ja lapar. Sebelum 7.30 malam kami bergerak ke restoran korea halal ; Makan Restaurant. Jalan yang sama ke Masjid Itaewon, then jalan ke depan lagi sikit, then sampai restoran.

-Restorang ni ramai lepas solat Isyak, imam-imam dan lain-lain akan datang sini untuk
 makan malam-

-Set ikan panggang, sedap! Fully recommended (time menaip ni aku teringin makan ni)-

-Ni la geng baru Zeha-

-Berlakon semata-mata, konon pandai makan dengan chopstick. Dua kali suap then I gave up. Makan dengan sudu lagi senang hehe. Semua sedap, kimchi dia aku suka pedas masam-

-Masjid Itaewon di waktu malam. Kembali ke hostel-

-Inilah Itaewon disebelah malam. Malam tu malam Sabtu, memang ramai orang meriah k.

-Singgah market dan cari susu pisang. 1 set ada 4 botol harga 4 ribu lebih won. Minum ni sebelum tidur, esok pagi lancar ja membuang hehe-

So itulah cerita hari pertama di Itaewon, Seoul. Tidur awal, charge energy. Esok jalan-jalan lagi!

To be continue...



You Might Also Like

0 comments