Travel: Jeha Ke Korea - Day 3 Gyeongbukgung Palace, Gwanghamun Square, Cheongeycheon Stream & Doota Mall

4:31 PM

Hai hai hai!


-Daun-daun kuning-

Jom sambung journey hari ke 3 di Seoul. Bangun pagi macam nda percaya, eh masih di Korea lagi hehe (minta puji betul). 

Seperti biasa bangun pagi, siap-siap dan tunggu makan pagi. Jam 9.30 pagi makanan sampai so kami bersarapan berat. Pagi ni set sotong tumis + fish nugget dan nasi daripada Eid. Sedappppp!


-Makan pagi; Sotong tumis, fish nugget, coleslow, radish kimchi, ikan bilis & nasi-

Selesai makan, kami pun memulakan perjalanan. Aktiviti hari ni more to historical visit dan tempat-tempat ni memang tempat yang wajib dilawati oleh para pelancong serata dunia. Cewaaah.

Tempat pertama yang dituju ialah Gyeongbukgung Palace. Seperti biasa kami ke sana menaiki subway. Dari stesen Itaewon naik sampai stesen Yaksu. Then sampai Yaksu tukar Line 3 ke stesen Gyeongbukgung. Sampai stesen Gyeongbukgung keluar ikut Exit 5. Sampai sudahhh.


-Yang menarik perhatian di sepanjang subway Gyeongbukgung-


-Waktu Operasi-


-Akan jumpa gerbang ni bila keluar dari Exit 5-

Masa sampai palace acara pertukaran pengawal (Guard Changing Ceremony) sudah mula, mau habis sudah pun. Laju-laju lari ke depan mau tengok apa jadi tapi nda sempat. Alang-alang sudah sampai di depan kami ambik kesempatan bergambar dengan para pengawal. 


-Tengah tunggu giliran-


-Dapat pengawal baju merah, nda boleh pegang-

Sudah dapat bergambar dengan pengawal kami pun masuk ke palace untuk menikmati kesenian dan keindahan dalam istana tu. Memang ko feeling-feeling macam zaman King Sejong hehe. Sesetengah tempat tu bertambah cantik disebabkan pokok-pokok yang berdaun merah-kuning-oren tu. Memang cantik la.

Secara ringkas, Gyeongbukgung palace ni adalah istana raja Dinasty Joseon yang dibina pada tahun 1395 dan istana ni la yang paling besar antara istana yang lain. So Gyeongbuk Palace ni la jadi kediaman utama Raja Dinasty Joseon bersama-sama permaisuri dan para pembesar kerajaan Joseon.
Boleh baca SINI untuk info lanjut.

-Gwanghamun gate (the main & south gate), entrance to Gyungbukgung Palace.-

Nah enjoy the pictures..

-Gwanghamun Gate (Main gate) selepas masuk ke dalam-

-Heungnyemun Gate; the second inner gate-

-Heungnyemun Gate; Second inner gate-

-Geunjeongmun Gate; Third Inner Gate-

-Lalu Geunjeungmun; Third Inner Gate-

-Geunjeongjeon Hall; throne hall-



-View from Geunjeongjeon-

-Gyeonghoeru; Royal Banquet Hall-


-View kegemarana, Hwangwonjeong Pavilion-

-National Folk Museum of Korea-


-On the way keluar, 1 lagi upacara Guard Changing Ceremony berlangsung, dapat la tengok juga-

Ntah berapa jam dalam palace kami pun keluar. Ni kali mau ke Gwanghamun Square jumpa King Sejong. Senang ja ke Gwanghamun Square ni, seberang jalan ja dari Gyeongbukgung Palace. Di sini dapat la ko menikmati suasana di tengah-tengah bandar Seoul. Sebelah menyebelah ada bangunan- bangunan kerajaan, balai polis dan lain-lain.


-Menuju Gwanghamun Square-

-Gwanghamun gate-



-The Great King Sejong-

So di square ni patung besar Great King Sejong. King Sejong ni terkenal sebab beliau yang mencipta tulisan Korea/Hangul. Beliau juga meneroka pelbagai ilmu seperti sains dan astronomi. Hebat dia ni.


-Ciptaan King Sejong; Glob Bintang-

Jalan ke depan lagi akan jumpa.....

-Admiral Yi Sun Shin; seorang admiral askar laut korea yang pernah mengalahkan lebih 300 kapal Jepun. Yi Sun Shin terbunuh ketika berperang di laut akibat terkena peluru sesat.-

- Markas peringatan mangsa-mangsa MV Sewol ke Jeju Island (16 April 2014). Kalau nda silap ada 8 lagi mangsa kemalangan yang belum ditemui dan dorang mau SAR team tu search for them sampai jumpa. Lebih setahun sudah kemalangan berlaku tapi dorang masih berkampung di situ.-

Memang hari ni banyak berjalan kaki. Lepas dari Gwanghamun Square, kami ke Cheongeycheon Stream. Kami turung ke bawah dan jalan mengikut sungai. Wahhh rasa segar ja jalan di situ, macam mau terjun masuk sungai tu pun ada. Tapi nda la kali sebab sejukkkkk. Beku terus sekali masuk hehe. Kebetulan masa kami datang tu Autumn Lantern Festival sedang berlangsung. Jadi stream itu lebih meriah pada waktu malam sebab tanglung-tanglung akan dipasang. Nda pa la..lain kali datang lagi ke sini waktu malam.

-Cheongeycheon Stream-





Destinasi seterusnya ialah shopping souvenir di Doota Mall. Jejak kaki juga la ke Dongdaemun. Untuk ke sana, kami naik train Line 1 Stesen Jonggak ke Stesen Dongdaemun dan keluar ke Exit 8. Jalan ke depan sikit, seberang jalan sampai la ke Doota Mall. Ni salah satu mall di Dongdaemun. Dalam mall tu setiap level jual item berbeza. Ground floor seja jual pakaian autumn & winter wanita. Macam-macam design and material. Semua cantik. Sempat k tengok-tengok hehe. 







Finally sampai Tingkat 6 Doota Mall, jalan sikit then jumpalah kedai souvenir ni, Arirang Shop. Nda terpikir pun ada kedai souvenir di sini. Banyak jenis souvenir yang dijual di kedai ni. Keychains, fridge magnet, sudu-chopstick-garfu korea, tshirt I LOVE KOREA dan macam-macam lagi. Jadi sila beli dengan senanga hati sebab oppa dan unni yang jaga kedai ni pandai cakap melayu. Yerp, nda tipu. Lancar plak tu bercakap, so nda senang la mau berurusan. Selesai membeli belah kami berkumpul di bawah. Duduk rehat-rehat dulu sekejap. 



-Terlupa ambil gambar oppa tu sebab sibuk pilih souvenir hehe-

-Depan tu the famous Dongdaemun Design Plaza. Tapi nda pigi sana pun. Cantik p sana waktu malam sebab ada bunga-bunga ros berlampu. Next time la-

Kami meneruskan lagi perjalanan kami ke Gwangjang Market. Jalan kaki lagi. Time ni aku macam penat sudah, ikut ja ke mana jalan yang di bawa. Jauh juga k tapi siok la dapat tengok kedai-kedai yang ada disepanjang jalan tu. Barang- barang dijual secara borong macam topi, snowcap, sarung tangan dan macam-macam lagi la.

20 minit berjalan akhirnya sampai di market yang jual kain-kain cotton Korea. Bukan kain cotton ja, kain chiffon dan kain sutera korea pun ada. Aku penat sda time ni so tunggu ja dorang habis shopping dan aku nda sabar mau balik hostel. Cantik-cantik kainnya tapi aku nda beli pun sebab teda dalam shopping list. Hee berjaya menahan nafsu. Next time la pi sini lagi hee.



Nda lama pun di situ, sekejap ja dorang membeli tapi banyak juga la. Then kami pun balik hostel. Kami ke stesen terdekat iaitu stesen Jongno5(o)-ga. On the way ke stesen tu, di kaki lima kedai ada orang jual buah strawberi, harga murah tapi nda pigi beli. Menyesal k. Tapi nda apa la bukan rezeki mau rasa strawberi Korea. Naik subway di stesen Jongno5(0)-ga ke stesen Dongmyo then tukar ke Line 6 ke Itaewon. 

-Tengah lapar time ni, Habis semua kena makan. Menu malam tu sambal sotong daripada 
Makan Restaurant-

Sampai hostel best dapat baring hahah. Serius sakit tapak kaki sama betis k, zero energy. Jari jemari pun sakit sebab angkat barang. Nda juga berat tapi maybe lama dipegang terus sakit jari jemari. Time ni kami ambik peluang mandi, solat dan tutup mata sekejap sementara tunggu makan malam. Ingat mau jalan-jalan lagi petang tu di Itaewon tapi aku memang nda larat. Rehat ja di hostel, makan malam, layan K-drama then tidur.

Esok, long way to go.

To be continue...

You Might Also Like

0 comments