Travel: Jeha Ke Korea - Day 5 Nami Island & Nandaemun Market

5:04 PM


11 November 2015

Assalamualakum semuaa. Belum habis lagi cerita Korea. Hari ni hari ke 5 di Korea dan kami akan ke Nami Island. Waaa aku memang tunggu-tunggu ni hari, nda sabar sudah mau jejak kaki ke Nami Island hehe.
-Gipsi kasi kawan sarapan-

Seperti biasa, zeha sarapan air milo dan muffin coklat. Hari ni kami nda makan pagi di hostel tapi akan terus makan tengahari di Nami nanti. Kami memulakan perjalanan seawal 7.30 pagi. So let's begin our journey.
-Nandaemun, belum banyak kedai buka-

Cuaca cerah hari tu, harap di Nami nanti pun cerah la juga. Dari stesen Itaewon kami ke ke stesen samgakji. Turun Samgakji tukar ke Line 4 menuju Hyoyeon/Nandaemun. Sampai Hyoyeon keluar ke Exit 5. Jalan kaki, seberang jalan dan sampailah ke hentian bus Naminara Island. Kami sampai awal, bas bergerak jam 9.30 a.m. Sementara tu boleh la beli minuman di Starbucks atau 7Eleven kalau belum minum pagi. Tiket bas ni kena beli awal-awal then ada seat number sudah. Jadi nda payahlah berebut-rebut.

-Nandaemun-

-Bas dari Nandaemun ke Nami Island-

-Sungnyemun Gate-


9.15 am pintu bas pun buka, jadi kami masuklah ke dalam bas. Setiap seat ada seatbelt ya, jadi sila pakai, kalau nda ahjussi bas marah hehe. Semua orang sudah on board, Tepat 9.30 am bas pun bergerak. Perjalanan dari Nandaemun ke Nami Island mengambil masa lebih kurang 2 jam gitu lah, ikut keadaan trafik. 

-Disedia di dalam bas. Ada tv juga kena pasang, tunjuk pasal Nami Island-

-The flyover-



Yeaaa! Sampai sudahh. On the way tadi, zeha tertidur sekejap. Terbangun sebab bas berhenti di trafik light then nampak pemandangan di atas. Masa sampai tu, ramai sudah orang sampai Nami Island. Jadi makin nda sabar pula mau jejak kaki ke Nami Island.

-Sebelum naik feri, singgah toilet dulu hehe-

-Kalau nda mau naik feri, boleh naik menara di belakang tu, ZIP Wire-

-ZIP Wire, terus sampai ke Nami Island. Kena bayar la, lagi mahal-

Untuk ke Nami Island, kena naik feri ke sana. Jadi beli la tiket aka Visa Nami Island di kaunter tiket. Lepas tunjukkan tiket pada unni jaga tiket boleh la masuk nda berbaris untuk naik feri. Lebih kurang 10 minit menunggu akhirnya feri dari Nami pun sampai. Lepas semua penumpang turun, giliran kami pulak naik. Cepat-cepat cari spot terbaik hehe.

-Entrance to Gapyeong Wraft-

-Kaunter Tiket-

-Feri baru berlepas ke Nami Wraft-

-Yeaaa, feri datang-

-Selfie dulu hee-


-I see Malaysia-

Tadaaa! Welcome to Naminara Island!

-Entrance to Nami Island-


-Pengunjung yang baru datang-

-Pokok tinggi-tinggi daun warna merah-


-Follow me :)-




-Semua mau bergambar dengan pokok daun merah-






Puas ronda-ronda dan ambil gambar, pegi isi perut la dulu. Laparrr hehe. Kami makan di Winter Sonata Drama Cafe. Dulunya tempat ni tempat rehat/makan krew-krew drama Winter Sonata. Bila penggambaran sudah selesai, tempat tu dijadikan cafe pula. Tu la namanya Winter Sonata Drama Cafe. Kami makan Nasi Kimchi Telur = Nasi Goncang dan Seafood Pancake, itu yang famous la hehe.



-Seafood pancake. Panjang-panjang tu daun bawang-

Nasi Goncang. Bekas tin tu panas, jadi mau goncang kena pakai glove. Sudah pakai goncang la bekas tu sampai rasa nasi di dalam sebati. Sedap. Licing k hehe.


Selepas makan dan berehat, eloklah pergi solat dulu. Musollah tu terletak di Picture Book Library Cafe. Masuk Library Cafe then naik tingkat satu. Jangan risau ada sign board so nda akan sesat.


-Sebelah Picture Book Library tu Restoran Asian Cuisene, Halal jadi boleh makan situ-


-Bilik berasingan untuk lelaki dan perempuan. Ruang solat perempuan besar, selesa k. Tempat wudhu ada sudah di dalam bilik tu-

-Susunan buku-buku-


Selesai solat, kita sambung la jalan-jalan dan ambil gambar. Kali ni masuk lorong Winter Sonata. Tu lokasi famous penggambaran Winter Sonata.

-Souvenir shop-

-Winter Sonata-



-Sonata Cafe, boleh singgah minum kupi-

-Can't take my eyes from this beautiful trees-




-Ibu susukan anak-

-Statue ni paling famaos, ramai betul couple2 dan single mau bergambar sini hehe-


 


Nda sedar pun masa berlalu, dekat dekat jam 3 gitu kena berbaris naik feri sudah. Takut panjang barisan so berbaris awal-awal. Bas balik ke Nandaemun jam 4 atau 4.30 kalau nda silap. Jadi slow-slow jalan ke Nami Wraft. Sempat juga tengok si Ostrich berjalan-jalan hehe. Lagi 1 nda sempat pun berbasikal. Next time datang sini mau berbasikal keliling island hee.


-Tu ostrich, tu Malaysia. Haii rindu sudah sama rumah hehe-

-The exit-

-Baru November time tu but they already wishing for 2016-

-Feri sampai, tengok visitors masih lagi ramai yang datang, kami mau pulang sudah-

-Sampai seberang sudah. The snow man family. Belakang tu ada Nami Island Snow cafe-

-Bas warna putih belakang tu bas kami-

-Sunset-

Trafik bergerak lancar. Lebih kurang 5.30 pm kami sampai di Nandaemun. Zeha tidur dalam perjalanan hee.

-Nandaemun Night Market-

-Ahjussi ni boleh cakap dan faham bahasa malaysia sikit-sikit. 
T-shirt aneka warna dan design 3 for 10,000won-

-Shopping souvenirs atau apa-apa ja untu kali terakir. Esok mau balik Malaysia sudah-

Lebih kurang jam 7.30 pm selesai shopping, kami pun balik ke Itaewon. Sampai Itaewon, kami singggah beli makanan untuk makan malam. Aku order kebab ayam sebab 2 kali sudah makan pilaf sini. Lepas tu jalan-jalan sekejap sekitar Itaewon, yala esok mau pagi gerak ke airport sudah sobs sobs..

-So far, semua makanan di sini sedap-

Lepas puas jalan-jalan, aku pun baliklah ke hostel. Naa misi lain pula bermula which is packing. Aduhaiii, bikin pening juga packing ni hehe. Alhamdulillah, I manage to pack all my stuff, semua muat dalam bag. pandai ko pack jeha hehe.

Secara ringkasnya, aku memang seronok jalan-jalan di Nami Island. Memang happy dan damai ja menikmati keindahan alam di sana. Mau bawa family sana jalan-jalan sangatlah boleh. Anak-anak kecil boleh bebas berlari atau berbasikal. Tempat solat dan makanan halal pun ada. Jadi janganlah risau.  InsyaAllah akan kembali ke Nami Island.

Sekian hari ke 5 di Korea.

You Might Also Like

2 comments

  1. awak, bus ke nami island ni awk dh reserve siap2 ke main redah je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reserve siap2, boleh rujuk kat sini --> http://namibus.samsungweb.net/client/reserve/index2.php. Kalau main redah kena tunggu ada kekosongan la hee.

      Delete