Travel: Medan Trip Day 1

12:39 PM

Assalamualaikum.

Ini adalah kisah trip jeha ke Medan, Indonesia pada bulan April 2015. Baru kenen mau share kan padahal mau masuk tahun 2016. Nda apa la. Zeha mau tulis juga di blog sebagai kenangan pada masa akan datang hehe.

Zeha ke Medan dengan Kak Ema, Kak Pah & Kak Ita. Dorang ni semua Zeha kenal masa di UPM. Kak Ema tu classmate zeha, Kak Pah & Kak Ita pula felo kolej kediaman tempat zeha stay. So kami semua bacame close and always keep in touch especially kalau ada tiket murah untuk travel hehe. So dorang ni kira travel partner jeha laaa.

Tanpa membuang masa meh zeha share kisah Medan 4 hari 3 malam kami.

20 May 2015

Jangan lupa bawa buku merah hee. Flight ke Kualanamu pada jam 02:00PM. Tapiii..tapii.. Delay la pula. Delay sekejap nda apa..Mau sejam lebih juga tersadai di departure gate menunggu kapal sampai. 



Selepas sejam lebih, kapal terbang pun sampai then kami masuklah ke kapal. Dalam kapal ambik masa tidur sekejap sebab mengantuk hehe.


Tadaaaa! Sampai sudah di Kualanamu Airport. Sebelum sampai di kaunter imigresen, isi siap-siap arrival form yang di edarkan di dalam kapal terbang. Sampai sana sedia untuk berbaris ja. Kami yang terawal sampai, nda lama pun berbaris. Pegawai imigresen tu periksa passport kami sekali, grouping la. So settle dengan cepat.


Sebelum keluar dari airport, singgah tandas buang air, cuci muka dan betulkan tudung. Biasa la tu hehe. Sudah selesai semuanya kami pun keluar dari airport dan menunggu tour guide; Joe namanya. Kak pah yang contact dia thru fb, nda lama tu muncul la dia dan terus bawa ke mobil. Ada sorang lagi yang menunggu di mobil, pekerja si Joe, namanya Feby atau Mamen. Si Mamen ni la driver & tour guide kami sepanjang 4 hari 3 malam di sana.


Dari Kuala Namu Airport kami terus ke bandar medan. Jauh juga la perjalanan ke sana, petang sudah kan.. orang balik kerja, jadi macet laa. Lepas tu berhenti tepi jalan, beli SIM kad untuk guna internet. Kami share beli 1 sim kad dan share guna 4 orang.


Sampai Medan, kami terus ke Istana Maemoon. Tiada orang sudah time datang, tutup sudah kalau mau masuk ke dalam istanan. Jadi kami bergambar di luar istana ja. Lain hari baru datang balik dan masuk ke dalam


Selepas bergambar ala kadar, kami minta bawa la ke tempat makan. Lapar dan haus berabis sudah ni, jadi kami kena bawa la di 1 kedai makan minang ka padang, aku pun nda ingat sudah. Order set makanan untuk 4 orang. Nda lama tu sampai la juga makanan. Alhamdulillah, kenyang. 


Selesai makan, si Joe ni rangka balik itenary untuk kami memandangkan masi yang kami ada sangat limited tapi tempat-tempat yang kami mau pigi ni boleh tahan jauh juga perjalanannya. So dia kena plan bagus-bagus la. 

Jadi selepas makan, dorang bawa la kami ronda-ronda Medan. Then kami pun singgah beli kek brownies di Amanda. Orang bilang kek ni fmous dan sedap, jadi kami pun mau la try. Beli sekotak dulu, bikin isi perut sarapan esok. Then singgah IndoMaret, beli air mineral dan jajan-jajan. Jalan jauh kannn.

-Kedai Kek Amanda-

Destinasi pertama kami esok pagi ialah ke Bukit Kapur.  So malam tu kami stay di stesen minyak dulu. Pegi tandas, solat dan berehat di kereta. Oh ya..Joe nda bawa kami ke sana sebab dia bawa guest lain. Jadi..si Mamen la yang bawa kami. Si Mamen tidur, berehat dulu di sini sebab jam 2 pagi baru kami gerak ke sana.

-From where I sat. Tumpang cas hp-

Memang time ni kena bersedia mental dan fizikal sebab malam-malam seterusnya pun kena tidur dalam kereta. Yerp, tidur dalam kereta. Tiada book hotel, hostel ataupun homestay segala. Memang bajet and adventurous trip tapi menyeronokkan!!.

So nantikan kisah seterusnya..

Bersambung...

You Might Also Like

0 comments