Resepi: Baked Cheese Cake

10:30 AM

Hai! Hari ni mau share resepi dessert kegemaran iaitu Cheese Cake. Ingatkan susah mau buat baked cheese cake ni, rupanya senang saja. Yang penting tau teknik yang betul untuk membakar dan menyejukkan kek. Zeha rujuk site ni untuk buat baked cheese cake
--> The Kitchn. Mau penjelaan detail boleh baca di situ ya.

Sebelum ni pernah buat chilled cheese cake saja. okay jom kita tengok bahan-bahannya.

Baked Cheese Cake (9" spring foam)

Panaskan oven 150 'C
Sediakan loyang 9", lapis base loyang dengan aluminium foil then oles butter. Then balut juga keliling loyang dengan aluminium foil.

Bahan-bahan:

Base:

170 g biskut digestive
5 sudu besar butter


Cara-cara:

1. Hancurkan biskut digestive atau kisar di dalam blender.


2. Cairkan butter di atas api sederhana. Kacau jangan hangus pula. Sudah cair matikan api.


3. Masukkan biskut ke adalah butter cair. Gaul sebati.


4. Tuang adunan biskut ke dalam loyang. Ratakan dan padatkan biskut dengan gelas atau sudu.
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10 minit.
6. Habis bakar sejukkan.
 
Adunan cheese:

900 g cream cheese
1 cawan gula kaster
1/8 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan sour cream
2 sudu teh jus lemon
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur gred A
1 biji kuning telur


Cara-cara:

1. Pukul cream cheese dengan mixer (medium speed) hingga lembut dan tidak berketul.
2. Masukkan gula kaster, garam dan tepung jagung. Mix hingga sebati.


3. Masukkan sour cream, jus lemon dan esen vanilla. Mix lagi sebati.
4. Masukkan telur satu persatu. Masuk satu then mix, then masuk lagi satu then mix. Paham kan? Buat sampai habis then mix sebati, lembut dan creamy.


5. Sebelum tuang adunan ke atas base, kacau dulu adunan guna spatula, make sure teda mendapan di bawah hehe.
6. Tuang adunan ke atas base yang telah disejukkan. Ratakan.
7. Oven sudah panas kan? Jom bakar kek cheese kita dengan kaedah water bath. Letakkan loyang cheese cake ke atas loyang yang lebih besar. Then masukkan ke dalam oven.
8. Lepas tu tuang air panas ke dalam loyang besar tadi, lebih kurang 1 inci. Tuang berhati-hati pastikan nda air nda terkena adunan cheese.
9. Bakar cheese cake pada suhu 150'C/160'C (ikut keadaan oven masing-masing) selama 50-70 minit.


10. Bila cheese cake sudah masak, bahagian tepi kek akan merenggang. So matikan oven, buka sedikit pintu oven dan biar cheese cake menyejuk dalam oven selama 1 jam.
11. Selepas 1 jam keluarkan kek dari oven. Keluarkan dari water bath, buka alumium foil dan sejukkan dia atas cooling rack lebih kurang 30 minit gitu.


12. Selepas 30 minit, sejukkan cheese cake ke dalam peti ais. Cheese cake ni perlu disejukkan sekurang-kurangnya semalaman hingga 3 hari. Ini untuk memastikan cheese cake tu cam stabil la.
13. Selepas disejukkan semalaman, keluarkan dari loyang (hati-hati ya hehe) then transfer ke cake board atau piring kek.
14. Sekarang boleh hias cheese cake dengan fresh cream, buah-buahan segar, strawberry/blueberry compote ataupun coklat ganache.
15. Sila jangan makan dengan gelojoh hehe:)

Tadaa. Ni cheese cake yang yang diletak cream cheese di atasnya

Tips:

1.Kalau nampak cheese cake mula merekah, matikan la oven dan mulakan cooling process (10) dan ikut la proses seterusnya.
2.Ada rekahan pada kek, hiaslah dengan buah-buahan atah strawberry compote. Naa terus jadi cantik dan bertambah sedap hehe.

Selamat Mencuba! 
*sorry kurang gambar-gambar hehe. sebab nda biasa baking dan menggambar, terus terlupa.

You Might Also Like

0 comments