Travel: Jeha Ke Korea - Day 6 Balik Malaysia

9:48 AM

Annyeonghaseyo! hehe. Lamanya baru terupdate last part ke Korea hehe..


12 November 2015

Waaa nda sangka mau balik Malaysia sudah. Nda puas lagi jalan-jalan di Seoul. Semalam sudah pack barang bagus-bagus. Nasib muat semua dalam luggage hehe.


Hari ni seawal 5.30 pagi kami sudah check out dari hostel. Bye bye Itaewon Inn & Hostel, nanti kita jumpa lagi di masa akan datang hee.


Gigih subuh-subuh heret bag ke subway. Mau angkat turun tangga memang berat tapi still mampu mau angkat hee.

Dari Itaewon kami ke stesen Gongdeok lepas tu tukar tren AREX ke Incheon International Airport. Tren. Bukan kami ja dalam tren tu, ramai sudah orang dalam tu. Kebanyakan bawa luggage besar besar menuju ke airport. 

Lebih kurang 1 jam dalam tren, akhirnya sampai juga di Incheon International Airport. Jalan terus ja cari tempat check in Air Asia. Ramai sudah orang berbaris, jadi kita pun berbaris la juga. Nda lama pun berbaris, semua check in berjalan lancar. 



Selesai check in, luggage pun selamat masuk karga, kami pun terus la masuk ke departure hall. Gilak..panjang barisan mau masuk, jadi better berbaris ja awal-awal. Alhamdulillah, semua pun okay, teda barang terlarang zeha bawa hehe. Lepas tu lalu imigresen pulak. Sini pun okay juga.




Masuk ke dalam aku memang kagun gila la dengan airport ni. Cantik, moden dan canggih la, no wonder aiport ini antara yang the BEST di dunia. Di dalam tu pun busy sebab banyak kedai duty free, jadi ramai pelancong pi shopping lagi.  Kami terus berjalan mau naik tren ke bangunan sebelah. Sudah sampai berjalan la lagi ke gate 107. Waaa nda sangka mau naik kapal terbang balik Malaysia sudah. Sementara tunggu kapal, aku beli minuman panas di coffee bean. Dalam kapal nanti mau tidur ja hehe.




Alhamdulillah selepas 6 jam akhirnya sampai juga di negara tercinta Malaysia! Memang suatu pengalaman yang nda boleh dilupakan untuk tahun 2015. Seronok sangat dapat menjejak kaki ke Korea Selatan. 

Tiada apa-apa juga masalah yang dihadapi, Syukur alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Plan mau repeat ke Korea lagi? Yeap! Aku mau ke korea lagi sebab banyak lagi tempat yang aku nda jejak, kalau boleh terus ke Busan hehe. InsyaAllah ada rezeki kita ke Korea lagi!.

Terima kasih kepada Uzair Othman kerana membawa kami jalan-jalan di Korea. Perkhidmatan yang superb! Silalah ke page Uzair Othman (KLIK) untuk survey2 pakej yang ditawarkan untuk tahun 2016

Lepas ni boleh sudah jalan sendiri di Korea hehe .

Terima kasih kerana sudi membaca journey Jeha Ke Korea!

You Might Also Like

0 comments