Umrah 2016: 28 Feb 2016 Kuala Lumpur - Jeddah

9:00 PM

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah selesai melaksanakan ibadah Umrah. Perjalanan bermula pada 29 Februari 2016 hingga 09 Mac 2016.

Pengalaman yang terlalu indah. Kalau diceritakan pun perasaannya nda sama. Mau rasa sendiri baru dapat rasa apa yang telah dilalui.

Kami ke sana 8 orang di bawah agensi Andalusia Travel & Tours. Alhamdulillah semua diuruskan dengan sebaiknya.

Perjalanan kami sekeluarga dan para jemaah yang lain dipermudahkan Allah SWT. Penerbangan kami dari KL ke Jeddah tiada masalah, pemeriksaan imigresen tiada masalah dan perjalanan ke Madinah dengan bas pun berjalan dengan lancar.

Syukur Alhmdulillah.

Jom kita tengok gambar-gambar sambil cerita cerita.


Budak paling excited, nda pandai diam. Masa ni kami di KLIA sudah (11.00 am). Luggage2 besar sudah check in. Ada wakil Andalusia tunggu di Kaunter H.  Lepas tu dorang ada bagi lagi goodie bag berisi makanan ringan dan yassin.


Tengah tunggu untuk berkumpul dengan jemaah lain, ada taklimat sebelum berangkat.Buat aktiviti masing masing. Ada yang lapar juga sudah time ni hehe.


Lebih kurang jam 12 lebih gitu, para jemaah berkumpul dan bersedia untuk mendengar taklimat daripada wakil Andalusia Travel & Tours dan mutawwif, Ust. Izhar


Masuk di gate C sudah. Tu kapal terbang kami naik, Saudi Arabia Airlines. Siok gilak eh. Penerbangan 8 jam tu memang lama tapi duk dalam kapal tu rasa selesa ja. Makanan pun tip top, sedap sedap. 


Lebih kurang jam 2 lebih petang, para penumpang dijemput masuk ke dalam kapal terbang. Seat kami nda jauh, row pertama untuk economy class. Huru hara juga la mau susun siapa duduk dengan siapa, lucu hehe. Last-last settle juga. Selfie dulu la sementara penumpang penumpang lain masuk.


Selesakan diri. Time ni c qayyum nda pandai diam, macam dia mau explore kapal terbang tu. Pramugara & pramugari dalam flight ni very friendly and handsome. 
Habis c qayyum kena bawa main-main.


Hai Anis, Anty & Uncle. Get ready! hehe


Alhamdulillah, selepas 8 jam di udara, akhirnya kami selamat tiba di Jeddah. Untuk ke main terminal, kena naik bas ya. Ust. Izhar kumpulkan dulu jemaah Andalusia, lepas tu naik bas sama-sama. Mau kenal jemaah Andalusia senang ja, bag yang dibawa warna biru kuning.


Syukur, semua lepas pemeriksaan imigresen. Sekarang ni tengah tunggu luggage. Luggage ni plak yang lama. Mau setengah jam juga ditunggu. 


Ni sekitar arrival hall. Kalau semua luggage sudah sampai, boleh keluar ke arah sana. Sebelum tu bag kena scan lagi. Sudah scan baru boleh keluar.


Muka sabar menunggu bag. Yang budak kecik tu memang nda pandai sabar, mau main troli seja.


Semua jemaah bergerak ke tempat bas menunggu. Sebenarnya kami sedikit ketinggal sebab aku pi tandas sekejap. Sekali keluar teda sudah dorang. Berkejar-kejar juga kami takut kena tinggal. Sekali ada plak dorang berkumpul sebab bas belum lagi sampai. Fuhh..



Mutawwif, Ust. Izhar dan para jemaah. Ni para jemaah yang bersama-sama kami. Ada 1 group besar dari Terengganu, 1 family dari Kuala Lumpur, 1 family dari Melaka dan kami 1 family dari Sabah.


Selfie dulu kita di sini, Terminal Haji. Rupanya terminal ni terminal Haji tempat para jemaah haji tiba. Lepas dari sini, mutawwif bawa ke tempat yang ada tempat duduk sementara menunggu bas. Time ni ada yang ambil peluang ke tandas. Perjalanan jauh ke Madinah, nanti ada plak yang terkencing.

Lepas 10 minit bas pun tiba, kami pun bergerak ke bas. Bag bag jemaah lelaki tolong masukkan di dalam perut bas. Terima kasih ya. Naik bas dan enjoy the 5 hours ride to Madinah.

Dalam perjalanan tu, Ust. Izhar ada la bagi pengenalan tentang Jeddah dan perjalanan kami ke Madinah. Bas akan berhenti di 1 perhentian (aku nda ingat apa ustaz tu sebut hehe) , di situ jemaah akan solat jamak takhir Isyak & Maghrib dan makan malam.

Lepas selesai, bas meneruskan perjalanan ke Madinah.

You Might Also Like

0 comments