Maliau Basin: The Lost World of Sabah - Part 3

1:13 PM

30 Disember 2016, Jumaat

Good Morning!!! Sejuknyaaa bangun pagi, pagi tu. Awal bangun sebab ada misi yang mau dilakukan pagi tu. Misi apa konon?

Tadaaaa!

33 m observatory tower belakang Nepethes Camp

Ya kami mau naik ni pokok. Selesai bersihkan diri dan bersiap, kami terus ke belakang. Pokok tu di belakang Nepenthes Camp. Belum sarapan lagi ni tapi semangat sudah mau naik atas. Actually aku kecut perut heee. Nasib ja nda mau terberi hahaha. Limit pax di observatory tu 7 orang. Ada sudah orang di atas, so tunggu beberapa turun dulu.

Yeaaa nda sabar sudah mau naik ni heee (Credit photo: Nor)

First si Jack, Nor (takut-takut juga dia last-last sampai juga di atas), Kida (konfiden, teda dia bising-bising) then last sekali turn aku. Gilak.. Macam mau nda mau ja naik. Mind set tu paling penting. Mana lagi tangga tu sejuk, mau pegang kuat-kuat lagi. Macam-macam doa, zikir dibaca masa mau naik atas dan turun.

Syukur sampai dan dapat view begini. Wohoooo.


Good Morning Worldddd~


Na tuuuu na Nepenthes Camp di bawah. Berani juga ni p ambik gambar hehe


Group photo (Credit photo: Abg Jenal)

Turun bawah. Sarapan dan isi lunch box. Around 8++a.m kami bergerak ke junction seterusnya ke Takob Akob Fall. Waaa nda sabarnyaa.


Dalam takut-takut tu sempat lagi bergambar. Well done Nor berjaya naik dan turun!


Nasib orang last, bergambar di sini ja. Mau juga bergambar bawah sikit tapi nda berani.
Bergegar tangan

Nepenthes Camp-Junction-Takob Akob Fall (2.5  km + 0.7 km)

Perjalanan pagi tu sangat seronok.. Relax ja plus beg yang dibawa nda berat hehe.. Then dapat tengok macam-macam tumbuhan, pokok-pokok dan kulat.


Sekarang kita beradaaaa.. Err.. Hutan Kerangasss hehe.

Dari Nepenthes Camp ke junction tu jaraknya 2.5 km. Ada 3 jambatan kayu yang kena lalu. Jambatan pertama sudah bikin bergegar kaki hahaha. Situ yang slow, satu-satu kena jalan. Jalan-jalan ada lagi 1 jambatan, teda pemegang jadi pandai-pandai la balance dan melintas. Jambatan yang ketiga tu okay sikit.
Ni jambatan yang bikin bergegar lutut, macam nda tergerak tu kaki hee (Credit photo: Nor)

Sambil berjalan sambil tangkap gambar. Banyak jenis kulat dijumpa arrr.

Yaaa mabil gambar lagi, smileee :) (Credit photo: Nor)

Jambatan ni okay ada pemegang, selamat untuk dilintasi (Credit photo: Nor)

Jalan dan jalan..Sampai la kita di junction. Siapa yang laju tu lama la dorang duduk-duduk rehat-rehat di sana.

Waiting point. Boleh la cabut-cabut pacat yang melekat di kaki/kasut, makan dan minum


Cendawan (Credit photo: Nor)


Nda tau apa nama (Credit photo: Nor)


(Credit photo: Nor)

Bila semua member sudah sampai di junction, kami teruskan perjalanan ke Takob Akob Fall, jarak 700 m. Memang turunnnnn ja ni, siap ada tangga-tangga bomba lagi.. 2 kali ka turun tangga bomba, balik naik 2 kali tangga bomba lagi heee.

This way to Takob Akob (Credit Photo: Nor)

Nda pasti mana yang 1st. Tapi ni la tangga bomba yang diturun dan dinaik (Credit photo: Kida)


Pandangan atas sebelum turun tangga bomba (Credit photo: Nor)

Istida ja ko ann, bergambar mesti ada gaya hee (Credit photo: Kida)

Memang mencabar perjalanan ke Takob Akob Fall. Si Nor sampai tersplit salah langkah hehe.

Tepi tu batu-batu (Credit photo: Kida)


Batu batuan (Credit photo: Nor)


(Credit photo: Nor)

Bila mau sampai ni? hehe (Credit photo: Nor)

Jalan dan jalannnnn.

Finally, sampai juga ke Takob Akob Fall!!


Cantikkk! Subhanallah. Thanks Belle tolong ambik :)


Tinggi Takob Akob Waterfall; 38 m

Tengok lah gambar-gambar heee..

Sampai sudah!!

Cantik kasut. Pacat go awayy.

Baju hitfat sampai sudah di Maliau hee (Credit photo: Nor)

Jom lunch! Mee hoon goreng yang sedap dimakan di sana. Jack kawan baru yang friendly  
(Credit photo: Nor)

Kesian.. mata si didit ja nampak hee (Credit photo: Nor)

Takob Akob Fall - Juntion - Fauzi Fall (0.7 km + 0.5 km)

Habis lunch, puas sudah bergambar-gambar (ekceli nda puas hee) kami naik semula ke junction. Naik arrr, sudah kenyang makan kena mendaki pulak hahaha.


Jom ke Fauzi Fall!


Bergambar dalam gua. Buruk ni muka cam mau beri hahahah (Credit photo: Nor)

Sampai di junction, kami rehat-rehat lagi. Si Nor main-main pacat. Aku tengok ja la si Nor main-main pacat.
Ada 1 pacat tu sampai mati si nor main-main. Ka itu mati sudah? hehe
(Credit photo: Nor)

Sudah semua member sampai di junction, kami bergerak ke fall seterusnya iaitu Fauzi Fall. Jarak ke Fauzi Fall dari junction ialah 500m. Perjalanan ke Fauzi Fall ni okay ja, nda juga mencabar. Ka ada? Adaaa macam kena lalu bawah 1 pokok ni. Gilakkk kecik ja tu laluan, nasib muat juga arr hahaha. Kalau nda terstuck la tu aku sana. Jalan dan jalan nda lama tu sampai sudah di Fauzi Fall.


Waaaa.. Fauzi Fall pun cantikkkk!


Sampai tertutup mata menghayati keindahan alam sekitar


Cepat ambik gambar. Hujan renyai-renyai.

Nda lama juga kami di sini, duduk sekejap dan ambil gambar sepuas yang boleh. Hujan renyai ni tiba-tiba. So semua bergerak dengan cepat. Mana yang sudah bergambar tu, dorang terus naik atas dan bergerak ke Giluk Fall.

Fauzi Fall - Junction - Giluk Fall (0.5 km + 0.5 km)

Rasanya, kami group yang last beredar dari Fauzi Fall hee. Nda juga jadi tu hujan turun, sekejap ja. Kami pun naik semula ke junction. Sampai junction tiada orang, means dorang terus gerak ke Giluk Fall.

Jom ke Giluk Fall! (Credit photo: Nor)

Jarak ke ke Giluk Fall dari junction tu 500 m. Perjalanan ke Giluk Fall la yang siok, makin relax. Turun ke area fall tu tetap kena hati-hati, curam sikit. Nda lama tu, kami sampai ke Giluk Fall.


Giluk Fall lagiiii cantik!. Airnya sejukkk berabis.

Waaaaa siokkkkkk. Yang sudah duluan sampai tu, mandi-mandi bergambar-gambar sudah dorang. Bha apa lagi, jangan buang masa. Mari kita rasa kesejukan air terjun Giluk ni heeee..


Kalau jatuh ke bawah eeee..


Rehat dulu, buka kasut dan stokin, cabut pacat.


Yeaaa, saya di Giluk Fall!!. Err Nor, apa ko buat tu? (Credit photo: Nor)


Tahan sejuk girlss..


Wow! Posing giteww. (Credit photo: Nor)


Thank you Abg Jenal ambilkan gambar hee.


Highlight of the day, makan maggi tepi air terjun. Paling win, paling sedap. TQ lagi Abg Jenal tolong masakkan hee (Credit photo: Nor)

Giluk Fall - Junction- Nephenthes Camp (0.5 km + 2.5 km)

Nda tau jam berapa sudah tu. 5++p.m sda kali, kami pun ready-ready mau balik. Kemas-kemas barang, pakai kasut. 

Eh before naik kami p lagi bahagian atas fall tu. Area ni kami nda lama, ambik gambar ja sekejap hee..






Happy faces (Credit photo: Nor)

Then kami naik semula ke junction, dari junction balik ke Nephentes Camp. Kami berempat ja time tu; Me, Kida, Nor &Adi(Guide). Relax ja kami berjalan sambil cerita-cerita. Perjalanan tu jauh tapi nda juga rasa jauh. Kami selamat melalui 3 jambatan tu, nda lama sampai suda di Nepenthes Camp. 
6.30 pm kami sampai di camp

So itulah aktiviti di hari ketiga, jelajah air terjun. Lepas mandi, makan malam then ada briefing lagi untuk perjalanan esok. Yaaa perjalanan yang laaaaaagi jauh. Bertabahlahhh heheh..
Next post la kita cerita weeee.

-Tamat Maliau Basin: The Lost World of Sabah-Part 3-

You Might Also Like

4 comments

  1. Giluk waterfall is so photogenic. Air sungai dia pun cantek berbuih busa mcm org baru lps cuci kain hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Jack. Giluk waterfall sangat cantik. Thanks for reading :)

      Delete
  2. Saya dari semenanjung minat nak kesini.. Boleh rekemen guide tak nak kesana..

    ReplyDelete
  3. Saya dari semenanjung minat nak kesini.. Boleh rekemen guide tak nak kesana..

    ReplyDelete