12 Februari 2017
Nulu Tinorindak, Lembah Permai, Kundasang.
2.7 km (naik) + 3.0 km (turun) = 5.7 km
Another day for a nice hiking trip.
Selesai bayaran (Entrance-RM5, Sijil (optional)-RM10 & Guide- RM10 = RM25), kami diberi taklimat tentang pendakian pagi ni.
Okay jom jom jom!!
Jam start jalan lebih kurang jam 9.00 pagi. Mula- mula kita akan berjalan di kawasan kampung..jalan raya berturap masi..So relax-relax la jalan heee. Naaa wefie-wefiee duluuu...
Lepas tu kita akan berjalan di jalan gravel, limpas kebun-kebun sayur. Sini cabaran bermula jeng jeng jeng... hehe
Nulu Tinorindak, Lembah Permai, Kundasang.
2.7 km (naik) + 3.0 km (turun) = 5.7 km
Another day for a nice hiking trip.
Seawal jam 3.30 pagi kami bangun pagi tu. Kami bermalam di rumah Syaq sebab takut lambat gerak dari rumah. Jadi jalan paling selamat bermalam di rumah Syaq dan gerak together ke Bandar Sierra. Ohyaa, trip ni Tuty yang handle, dia yang urus dan terima kasih Nor sebab sudi ajak kami join trip ni hee. Ready-ready sudah, jam 4.30 pagi kami bergerak ke meeting point Bandar Sierra. Kami yang duluan sampai, seram juga la tunggu tepi jalan pagi-pagi gitu. Tunggu dan tunggu, masuk subuh sudah jadi kami decide untuk ke Petronas Bakut, solat subuh dulu sana. Terjumpa lagi Team HitFat sana, dorang trip p Bukit Perahu. Memang nda berjodoh ni mau naik Bukit Perahu, next time la baru terpigi hee. Jadi around 5.30 pagi baru kami gerak sama-sama ke Kundasang.
Perjalanan pagi tu very smooth, ada beberapa buah lori ja otw ke Kundasang. Paling terhibur ada konsert Big Bang dan 2NE1 dalam kereta, nda mengantuk bha haha. Sampai Kundasang wuuuuu sejuk gilaaaaa~. Tutup aircond, kasi turun tingkap dan enjoy udara segar Kundasang. Dalam jam 7 pagi kami sampai area parking di Kundasang. Kami pi sarapan dulu then bergerak ke pejabat Nulu Tinorindak.
Yeaaa sampai sudah di Kundasang. Cuaca sangat best.
Short briefing tentang pendakian pagi ni.
Selesai short brief oleh guide, bergroup foto la kita sebelum memulakan perjalanan.
Group photo (Credit photo: Nor)
Okay jom jom jom!!
Jam start jalan lebih kurang jam 9.00 pagi. Mula- mula kita akan berjalan di kawasan kampung..jalan raya berturap masi..So relax-relax la jalan heee. Naaa wefie-wefiee duluuu...
Wefie dulu kami sebelum kembang hidung hee
Lepas tu kita akan berjalan di jalan gravel, limpas kebun-kebun sayur. Sini cabaran bermula jeng jeng jeng... hehe
Turun bukit ke arah sungai.
Tadaaaa, jambatan gantung. Ada dua tapi satu tu masih dibuat.. So lalu la jambatan yang goyang-goyang ni hee.
Senyum semuaaaa.. :))
Jalan seterusnya naik bukittttt sejaaa, tanah meraahhh.. Doi sini la start kapus-kapus sudah hahaha. Area betis ni sakit-sakit sudah. Doiii berdoa ni janganlah cramp..masih awal weiii..
Ambik gambar dulu sebelum kamera kena simpan
Belakang tu kebun sayur heee
Jalan dan jalan naik bukit ja ni. Tinggi berabis la.. Kami stop-stop juga mabil nafas dan minum air. Nda lama tu kami sampai di sinii.
Permudahkanlah pendakian kami ke puncak Tinorindak.
Group foto lagi hee..(Credit photo: Nor)
Ada tandas ya di area ni. Jadi boleh buang hajat dulu sebelum memulakan pendakian. Nda sabar sudah masuk hutan. Terbayang sudah keadaan di sana mesti lagi siok.
Ada tali disediakan untuk kawasan lereng bukit (Credit photo: Nor)
Spot bergambar dengan pokok besar
Laluan bertangga tangga. Masih lagi boleh tersenyum hee.
Tangga lagi heee. (Credit photo: Nor)
(Credit photo: Nor)
Bergambar lagi di tangga-tangga ni hee. (Credit photo: Nor)
Sepanjang perjalanan memang enjoy. Dapat tengok pokok-pokok, pakis-pakis.. Tenang dan sejuk k hutan ni
Tinggi ni mau naik. Langkah panjang semua
Kawasan tanah gambut.
Sampai di Bukit Aram. Kawasan landai sda. Tapi jalan ke depan sikit naik bukit sudah lagi hehe.. (Credit photo: Syaq)
Into the woods (Credit photo: Nor)
Guide bagitau, lepas kawasan ada tangki tu, nda lama lagi mau sampai. Waahhh memang excited la kan. So aku ngan syaq yang di depan ni bergerak pantas untuk sampai ke puncak. Tazabarrrr. Naik dan naik finally.. Sampai sudahhhhhh~ Nda ingat jam berapa sampai, maybe dalam 11.15 pagi kami sampai di puncak.
Hello Tinorindak Hill!
Kabus teballl, nda nampak view hukhuk :(
Me, Jac & Syaq. Jac ni kawan kenal dari Maliau Basin. Happy ni dapat jumpa dia di trip ni.
Yang duluan sampai, rehat rehat di bawah.
Kami berehat di sini. Masing-masing kasi keluar makanan masing-masing hehe. Lapar ni
Sudah isi perut sikit, baru ada tenaga mau berWefie. Wohoooo..
Yeaaa kami sampai Tinorindak Hill sudahhh.
Si Nor bergambar dengan bekalan makanan. Thanks Nor untuk nasi dan ayam.
(Credit photo: Syaq)
HitFat Kota Kinabalu
Gegirls Hitfat Kota Kinabalu
Lama kami lepas di atas tu sebab mau tunggu view cantik. Nda la tu kena tiup angin sudah tu kabus.. Jadi nampaklah view yang cantik.
Naaa nampak sudah viewww
Masing-masing dengan aktiviti sendiri hee. Makan dan berehat.
Mau dekat jam 12 sudah, jadi group kami turun la duluan..
Perjalanan turun nda jugalah susah, sederhana. Tapi tetap berhati-hati masa mau melangkah. Jaga lutut weiii.
Credit photo: Syaq
Turun pun kami relax relax ja.. Nda lama tu jumpa jambatan dan sungaiii.
Nda sabar mau p sungai hee (Credit photo: Nor)
Mau turun ka nda?
Last-last turun juga, rendam rendam kaki.. Sejuknyaaaaaa.. (Credit Photo: Nor)
Naaa mendaki ke atas untuk sampai ke signage TAHNIAH! (Credit photo: Nor)
Yeaaaaa berjaya sudah menawan puncak Tinorindak! (Credit photo: Syaq)
Yeahhh we did it girls!
Yeaaa dapat sijil. Tahniah semua! (Credit photo: Nor)