Hiking: 3 Hills 1 Day Adventure: Bukit Lugas, Kg. Waang

10:30 AM

...sambungan Second Hill: Sosodikon Hill

Third Hill : Lugas Hill, Kg. Waang

Kami turun semula ke bawah menuju pekan kundasang. Di roundabout kubis panjang, terus ke exit kedua. Ada dua simpang, masuk terus ke kanan, kalau ke kiri terus naik ke Perkasa Hotel hee. Kanan tu Jalan Kibbas Mohimboyon Kundasang. Jalan ja terus sampai jumpa simpang ke SK Mohimboyon. Turun ke bawah then jumpalah SK Mohimboyon. Park kereta situ dan selamat berjalan dan mendaki hahaha..

Wefie la dulu sebelum memulakan pendakian
(Credit photo: Gadis berkaca mata hitam bertopi adidas)

Yaa situlah starting point ke Bukit Lugas. Barang-barang sudah ready kami pun start mendaki lebih kurang jam 12.45 pm.

Slow slow kami berjalan

Trail ke atas tu jalan gravel arrrr.. Panas berabis dan kurang area mau berteduh dari kepanasan hehe.. Sebab kami naik tengaharikan tu la panas, kalau naik awal pagi okay kali. Sejuk-sejuk lagi.

Adoiii jauh lagi ka? Mau berteduh pun teda bha

Jadi kami teruskan berjalan, kami 3 orang; aku, Ija & Syarq yang duluan di depan. Bibi, kak Fatin, kak Nurul, kak Jen & Ira masih di belakang. Memang dorang akan slow sebab naik terus dan panas. Berlimpas lagi dengan hikers yang baru turun, dorang cakap nda lama lagi sampai check point. Semangat la kan juga, nda sabar ni mau berteduh dan rehat. Jauh juga tu check point, nda lama tu sampai juga kami. di rumah si Anty hehe.


Mereka yang hampir tewas tapi akhirnya berjaya sampai ke rumah Anty (check point1)
 (Credit phot: Adli)

Kami berehat scukupnya di sini. Isi perut dengan pisang dan biskut. Kami tunggu lagi dorang kakak2 yang belum sampai, lepas tu barulah teruskan perjalanan ke puncak Lugas.

Minta puji Ija, bergaya lagi mau gambar-gambar hee

Kira-kira jam 1.45 petang, kami meneruskan perjalanan ke puncak Bukit Lugas. Ntah brapa km lagi kami kena naik melalui jalan gravel ni. Penat dan panas. Nda lama tu, kami masuk simpang ke kanan, limpas 1 rumah yang ditinggalkan dan situlah start trail hutan. Macam mana mau describe ni hutan ar? Have lot of mix hahaha.. Tanah gambut ada, tanah hitam ada, berbatu ada, kawasan ada yang berpokok, ada yang xda pokok tapi banyak pakis-pakis mati.


Salah satu trail mencabar, naik terus ke atas. Gambar dari Syarq, aku memang xda ambil gambar.

Mau sampai puncak, macam-macam gerakan masa naik ke atas, merangkak ada, kangkangan besar ada, macam-macam la. Bukit-bukit tu almost 80 to 85 degree. Huiii memang mencabar fizikal la. Ada tali-tali juga disedia di area-area tu. Mula-mula jalan, kak Fatin di depan. Then kami stop sekejap, lepas tu aku jalan duluan sebab cam x boleh rest lama-lama (mau terkencing sebenarnya hahaha). So aku pun jalan duluan, memanjat la the never ending bukit, tapi tunggu juga dorang di belakang. Nampak sudah bayang aku continue lagi naik dan naik dan naik, akhirnyaaaa aku sampai dulu di puncak Lugas 2 jam 3 petang. Wohooooooo~


Syukur alhamdullillah! Sampai juga di puncak Lugas 2

Time aku sampai ni, aku 1 orang ja. Yang group pertama sudah gerak ke puncak 1. Jadi aku ambil la gambar puas-puas, sda 1 orang di atas. Tapi bikin seram juga, angin bertiup naaa gayat terus hahaha.


Here I am, puncak Lugas 2!


Sayang bendera tu terlilit huhu.. Amazing view behind.


5 minit kemudian, Bibi & Kak Fatin pun sampai.


Gambar candid menghayati keindahan alam (Credit photo: Kak Fatin)


The view from the peak of Lugas 2


We did it girls!! (Credit photo: Kak Fatin)

Puas sudah bergambar di puncak, kami ready-ready mau turun la ni. Dorang bagitau ada lagi puncak Lugas 1, jauh juga mau berjalan ke sana. Tapiiiiiiiiii. sebelum ko mau pi sana, ko kena lalu dulu this nerve wrecking permatang oh em geee.  Mula-mula aku konfiden mau lalu sebab tengok guide tu senang ja jalan.


Permatang yang mengerikan. Boleh bikin stuck seketika di situ (Credit photo: Kak Fatin)

Sekali ko berdiri di situ, nda tergerak bha kaki. Aku menjerit ni "Napa kaki aku nda boleh gerak sudah ni???" Omoooo takutnya, tepi tepi ko teda apa apa bha, kalau jatuh bukan kuch kuch hota hai lagi, bye bye selamat tinggal dunia terus. Memang bikin takut and seram. Guide tu kasitau la di mana tempat mau pinjak dan nasiblah boleh sampai ke seberang juga. Syukur alhamdulillah.


Naa turn Bibi, terduduk dan merangkak terus dia ke seberang (Credit photo: Kak Fatin)


Giliran Syarq plak hehe.. Mau kasi tengok cam mana keadaan kiri kanan tu permatang hee
(Credit photo: Syarq)

Perjalanan turun tu pun mencabar juga.. Ingat turun tu nda la bikin stress, sekali adoiiii stressnya la bha, malar terlicin. Kami decide untuk nda naik ke puncak Lugas 1, mau turun balik sudah. Lagipun si Ija sudah sampai sana, so kira dia wakil kami la hehe. Turun tu sudahlah tanah licin kurang lagi tempat berpegang, jadi mana nda konfiden mau langkah tu duduk ja la then melangkah slow-slow. Macam-macam aksi lucu masa mau turun hehe


Berbatu-batu masa awal-awal turun

Jauh juga perjalanan turun ke bawah tu, jari-jari kaki ni sakit sudah. So banyak stop kasi rest kaki then teruskan lagi berjalan. Ija dan kak Fatin ni jauh sudah ke depan. Aku ngan Bibi, slow and steady ja kami, mau juga laju tapi sakit kaki. Finally keluar dari hutan, masuk jalan gravel, turun sikit dan sampailah kami di rumah si Anty. Yang sampai duluan makan-makan sudah. Aku misi pertama mau pi tandas dulu kencing heee. Selesai membuang dan bersihkan diri, kami duduk duduk minum dan makan.

Rehat-rehat (Credit photo: Gansau Gansau)

Tunggu lagi team terakhir Kak Nurul, Syarq, Kak Jen & Ira. Berdoa ni, berharap kak Nurul nda give up, selamat naik dan turun. Nda lama tu, sampai juga dorang ke bawah, syukur alhamdulillah. Happy sangat, kami tepuk tangan ni sambut dorang. Bangga gilak ngan kak Nurul, turun tu injured ni kak Nurul. Syukur ada Syarq yang bagi semangat sama Kak nurul, thank you pacik n Adli sebab ada ngan dorang sepanjang perjalanan naik dan turun. Dorang sampai tu, peluk-peluk dorang sampai menangis ni (aku tahan air mata, nda mau cry huhu :(  Memang emotional la moment tu.

Syarq dan Kak Nurul pun sampai juga!! Proud of you kak Nurul, you never give up! 
(Credit photo: Syarq)

Apa- apa pun aku bersyukur sebab kami semua selamat naik ke puncak Lugas dan selamat turun ke bawah. Bangga gilak dengan semua sebab kita berjaya naik 3 bukit dalam 1 hari. Kita berjaya wohoooo~.


Turun dengan senang hati

Selesai makan, kami turun ke bawah berjalan kaki ke kereta. Kak Nurul, Kak Jen & Ira naik kereta, terima kasih sebab sudi hantar dorang ke bawah. Kira-kira jam 6 lebih kami gerak dari sekolah balik ke KK. Jam 8 lebih kami sampai di KK.

We did it!! Err napa ko Ira? hehe (Credit photo: Kak Fatin)

Sekian cerita 3 hills in 1 day dari kami hee.

Happy International Women's Day!!

You Might Also Like

0 comments