Gunung Kinabalu 2017 : Preparation

1:55 PM

Assalamualaikum!

Yeay!! Alhamdulillah selama naik dan turun Gunung Kinabalu. Fuhh lama tunggu, akhirnya dapat juga daki Gunung Kinabalu. Thanks to Kak Nurul who help us managed this trip and also thanks to Shark Doo doo <3. Hee baru ada masa mau update pasal trip Gunung Kinabalu.

First time ni daki Gunung Kinabalu. 28 tahun tinggal di Sabah, baru ni la dapat naik Gunung Kinabalu hee. Ada geng sama ada rasa konpiden mau menawan Gunung Kinabalu, so aku pun setuju la mau join trip Disember tu.

Actually, bulan Disember tu nda la sesuai mau naik gunung sebab bulan tu cuaca hujan dan nda menentu. Memang berdoa banyak banyak supaya cuaca baik 2 hari tu.

Preparation naik Gunung Kinabalu macam mana?

Sebagai seorang yang pertama kali untuk Gunung Kinabalu, of course aku banyak buat research, google, baca blog pengalaman orang baca sharing di group FB HACAM dan interview kawan-kawan yang sudah berjaya naik Gunung Kinabalu.

Macam-macam cerita, pengalaman dan tips yang diberikan. Terus tu hati berdebar, mula rasa takut. Adui boleh ka ni ah? Mampu ka ah? So apa mau buat?

So kita mula dengan persediaan fizikal. Persediaan aku nda la hebat mana, last minute baru mau kasi fit diri, itu pun nda la fit sangat hee.

  • 2 bulan sebelum D-day tu aku join fitness group. Selain menurunkan berat badan, tujuan join tu untuk kasi fit dan cergas-cergas tu  badan. 
  • Tabata exercise 3 kali seminggu. Antara exercise yang dibuat ialah squats & lunges untuk kasi kuat tu lutut & kaki dan push ups untuk kasi kuat otot tangan. Lain-lain tu cam jumping jacks and mountain climbers. Boleh tengok di youtube cam mana mau buat. Buatlah 3 - 6 sets.
  • Naik dan turun tangga. Hahaha.. Mana tempat ada tangga naik saja.  Aku naik tangga di rumah dan ofis. 
  • Hiking di Bukit Padang. Macam 3 kali p hike Bukit Padang. Napa Bukit Padang? Sebab trailnya banyak tanggaaa. Cukuplah di tangga-tangga tu ja train kaki naik dan turun tangga, dalam masa yang sama belajar kawal pernafasan. Bukan naik satu kali ja, ulang alik naik sampai 5 kali. *pengsan*
  • Joging pun ada juga. Macam ada 2-3 kali p joging dalam 5-6 round gitu untuk train pernafasan.

Lastly kita berdoa kepada Allah SWT semoga diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan mental dan fizikal sepanjang pendakian ke Gunung Kinabalu. Selamat naik dan turun.

Okay done exercise dan berpeluh. Jom pack barang. Pack barang ni pun bikin berpeluh juga hehe. Aku bawa beg 20 litre. Cukup sudah tu untuk trip 2D1N. Kita tengok checklist di bawah:

No.
Item
Quantity
Note

KEPERLUAN-WAJIB



Pakai Day 1


1
Baju Hujan
1
Pakai time hujan
2
T-shirt + seluar hiking
1 set

3
Pakaian dalam
1 set

4
Tudung + anak tudung
1

5
Stockin (anti blister sock-optional)
1

6
Kasut Hiking/Adidas Kampung
1

7
Kad pengenalan + Duit extra







Pack Day 2 (Tidur + ke puncak)


1
Windbreaker
1

2
Long john/ Long sleeves + legging Heat tech Uniqlo
1

3
T-shirt + seluar hiking
1

4
Tudung + anak tudung
1

5
Pakaian dalam
1

6
Waterproof Glove + ada grip
1

7
Stokin (anti-blister optional)
1

8
Buff/Mask
1

9
Snowcap
1

10
Tuala microfiber kecil
1




KELENGKAPAN


1
Tongkat
1
Jika perlu
2
Head lamp
1
Time ke puncak
3
Daypack bag
1
Letak keperluan ke puncak
4
Water bladder 1/2L
1

5
Water proof beg Cover
1
Jika hujan
6
Lip balm
1
Supaya bibir x kering
7
Berus gigi + ubat gigi
1

8
GoPro & charger + HPcharger + cover hp
1

9
Plastik (Simpan baju kotor)
1

10
Body warmer/heat pack





UBAT-UBATAN


22
ORS
2

22
Yoko-yoko/deep heat spray
1
Spray b4 & after climb
23
Panadol extend/actifast
1

24
Handplast/ blister plaster
1 kotak

25
Minyak angin/ Tiger balm/ minyak merah
1


Salon pas plaster
2 keping


Altitude tablet

Farmasi

MAKANAN


26
Coklat/energy bar/energy gel
1 bar

27
Kismis/Kurma
2 pek

28
Biskut oats/chipsmore
5 pek
Ikut kemampuan mau makan >.<

Haha aku bungkus pakaian pakai plastik shopping ja. Malas mau beli ziplock plastik 
  • 1 set baju persalinan untuk day 2 tu, pakai dari tidur - naik puncak then turun ke Timpohon Gate. Teda tukar-tukar, pakai ja tu hehe.
  • Semua barang-barang pack dalam plastik. Zipper bag plastik tu okay. Kalau pakaian boleh kasi kempis lagi. Plastik tu boleh beli di Daiso atau Mr.DIY.
  • Kalau yang nda tahan sejuk tu, maybe boleh sedia emergency blanket. 
  • Last but not least, beg janganlah terlampau berat kalau nda larat mau angkat sampai Laban Rata. Mana boleh kurang kasi kurang. Kalau nda mampu juga, upah guide angkat barang RM 13 per kg. Share sama kawan-kawan.
Hurmm.. apa lagi ar? Rasanya ini ja untuk persediaan sebelum mendaki Gunung Kinabalu hee.. Kalau ada yang tertinggal nanti ditambah lagi.

Next kita share pengalaman naik Gunung Kinabalu!

You Might Also Like

8 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam..tq for the info..amat berguna..nak tanya barang2 tu bawa sendiri atau guna khidmat malim gunung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya :). Barang-barang yang nak guna dan penting semasa mendaki hari pertama sahaja yang saya bawa sendiri di bag pack saya. Yang lain which is set 1 baju untuk hari kedua, kami simpan dalam satu bagpack then kami upah malim untuk angkat. Share dengan kawan-kawan yang mendaki sekali, rate RM13/Kg.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. tanggal brp tuan pegi tuu ? sy plan hujung thun nie mw pegi jgk :)

    ReplyDelete