Travel: Pulau Mantanani, Kota Belud

12:30 PM

31 Mac 2018
Pulau Mantanani, Kota Belud

A simple write up about my recent trip to Mantanani Island :)


Yeayyy! Akhirnya tercapai juga impian untuk menjejakkan kaki di Pulau Mantanani. Terima kasih kepada Kak Nisa dan team sebab organize trip Jelajah Pulau Mantanani💕.

 Good Morning!!

Seawal jam 6 pagi kami bertolak dari rumah (awal la sangat kan? haha) ke Kota Belud. Singgah Mcd beli breakfast then makan dalam kereta ja sambil drive ke KB. Slow and steady ja drive ke KB pagi tu. Nda juga banyak kereta. Then sampai KB dalam 7.15 pagi gitu. Awal lagi, so singgah stesen minyak Petronas la kejap rehat-rehat. Then aku nampak ada kedai makan ni jual kuih-kuih. Singgah lagi membeli kuih piang inti kacang hitam haha (dasar kuat makan 😅). Selesai makan kami pun gerak ke rumah Iyang. Berkumpul di bilik gerakan.

Kami tak sabar dah hee~

Lebih kurang 8.30 pagi, selepas selesai kumpul semua peserta (22 orang jer) kami pun bergerak ke jeti Palm Beach di Rampayan Laut. Sampai sana kami duduk dulu dan tunggu guest lain yang join trip ke Pulau Mantanani hari ni.


Gegirls bergambar sebelum naik bot


Group photo. Kita OK!


Perjalanan ke Pulau Mantanani agak tenang pada permulaannya. Kena lalu kawasan paya bakau dulu dalam 20 minit gitu. Jumpa laut sudah baru bot bergerak laju.

Kepanasan dalam bot haha





Waaa nampak sudah pasir putih

20 minit kemudian kami pun sampai di Palm Beach Resort. Berhenti sini sekejap untuk tinggalkan bag dan tukar pakaian yang sesuai untuk snorkeling. Kalau memang sudah sedia pakai baju untuk snorkeling nda paya la tukar. Just tinggalkan bag, ambil snorkeling gear dan bawa barang yang penting ja.

Welcome :)


Tempat collect snorkeling gear

The resort

Ready to snorkel

💖💖


Dalam 10 minit gitu ja get ready then naik semula bot menuju ke snorkeling point yang pertama.




Yeay sampai di snorkeling point yang pertama. Ada bot bot pelancong lain juga yang sudah ada di situ. Guide tu cakap nama snorkeling point first ni Mantanani Kecil. 


Tanpa membuang masa, dorang yang boleh mandi dan nda takut air pun terjun ke laut. Uwaaa jelesnyaa.


Seronoknyaaa~

Aku bukan takut tapiiiii keadaan nda mengizinkan. Wrong timing betul haha 😒. Nda siok okay stay di bot, terumbang ambing dalam tu. Aku tolong la ambik-ambik gambar dorang haha.



Hasil tangkapan Fitri


Nda ingat berapa masa di bagi, ada la kali dalam 30 - 40 minit dorang snorkeling then kena panggil naik bot untuk ke lokasi snorkeling yang kedua.


Dalam 5 minit gitu kami sampai di snorkeling point kedua. Bot parking di area batu-batu karang yang sudah mati. Yeayy boleh turun!





Yang mau snorkeling kena advice berhati-hati sebab banyak batu karang dan landak laut. Aku pulak pi la cari spot untuk bergambar.



Dalam 20 minit juga kami stop sini. Nda lama tu kena panggil naik bot untuk balik ke pulau.

Kembali ke pulau

Sampai pulau, makanan secara buffet ready sudah. Aku yang nda snorkeling ni pun lapar sudah, apa lagi yang snorkeling kan. Sarapan McD dan kuih kacang hitam tadi pagi nda cukup haha.


Selesai makan, rehat kejap then p tukar baju. Guide bagitau jam 2.45 pm gerak balik ke jeti Rampayan Laut. So mau buat apa lagi? Masa yang ada kita ambik untuk bergambar-gambar la haha.

Photo by Fitri





Waktu balik di awalkan ke 2.30 pm. Semua sudah naik bot, kami pun bergerak menuju jeti Rampayan Laut. Tertidur-tidur juga ni dalam perjalanan. Siok kuat anginkan. Kami sampai di jeti lebih kurang jam 3.30 pm.


Begitulah kisah trip ke Pulau Mantanani pada hari tu. Aku kena kembali ke sana sebab belum puas lagi. Next time mesti terjun laut hehe.. Lepas dari tu, kami nda balik terus ke rumah. Merayap lagi pi Lombok Rampayan Laut hehe.

Berminat mau ke Pulau Mantanani? 
Pigi check out Facebook ---> Palm Beach Mantanani Island

You Might Also Like

9 comments

  1. cantiknya pantai, dah mcm kat maldives nih

    ReplyDelete
  2. Geramnya teropong Air Asia sale pergi sabah masa cuti sekolah xdak promo.. that sea colour tho ❤❤❤

    ReplyDelete
  3. Assalam
    Berapa harganya kalu mahu ke pulau tersebut. .Maksud sya dri jetinya ke pulau berkenaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. RM 120 sudah termasuk transport, snorkeling dan makan. Boleh cek FB Palm Beach Mantanani Island. Manatau ada promosi :)

      Delete
  4. kalau pegi sorang2. just mau rileks sendiri2 gitu... hehehe ok ka juga. selamat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!. Ya memang siok untuk rileks. InsyaAllah selamat.

      Delete