Monday, November 02, 2015

Makan-Makan: Kak Kiah Cake House

Assalamualaikum, Hai Hai!

Hari ini mau share lagi salah satu tempat makan-makan atau lepak-lepak yang best which is "KAK KIAH CAKE HOUSE".


Kek Kak Kiah ni bermula di Papar. Dia ada buka satu kedai yang menjual beraneka jenis kek-kek. Ada kek potong, kek dalam jar atau kek dalam kontena. Macam- macam flavor, memang susah mau pilih kalau orang tu suka makan kek hehe.

Selepas tu, Kek Kak Kiah meluaskan pasaran dengan membuka kafe pada 17 Ogos 2015 di Kingfisher Plaza. Naa jadi senang la sudah orang-orang di KK yang mau makan kek Kak Kiah. Nda payah lagi tunggu dorang buat delivery atau jauh-jauh pigi Papar. Eh kalau sudah mau makan, jauh-jauh pun nda kisah sudah bha tu kan? Hehe..

Counter full of Cakes, Desserts & Savoury dish

Di Kak Kiah Cake House bukan ada kek saja tapi ada Beef Puff, Lamp Puff, Chicken Puff, Kek Batik, Meet Balls with Blackpaper Sauce, Mac & Cheese, Alforno (Penne pasta + Tomato Sos) dan banyak lagi. Minuman plak ada aneka jenis jus dalam botol kaca, minuman latte panas & sejuk dan ice blended. Semua pun sedap dan susah mau pilih. Macam mau makan semua ja hehe.

Lamb Puff yang super yummy (RM 8)

Beef Alforno (RM 8), Carrot Cake in Jar 

Hot Chocolate

Selain itu, Kak Kiah Cake House menerima tempahan kek untuk pelbagai majlis seperti, Hari Jadi, Pertunangan, Perkahwinan, dan lain-lain.

Kalau mau rasa keenakkan makanan dan minuman dorang ni, datanglah terus ke Cafe Kak Kiah Cake House. Rugi nda datang hee :) 

Alamat: 
Ground Floor, No 12-0,
Lot 109, Block D,
 Lorong Kingfisher,
Plaza Kingfisher, Kota Kinabalu.
(Sebaris Guardian, depan Hap Seng)

Waktu Operasi: 9am-7pm (Ahad CUTI)

No comments:

Post a Comment