18 November 2015
Tidur awal bangun pun awal. Sudah bersiap-siap, buat Milo dan makan muffin coklat untuk sarapan. Sarapan di lobby menghadap tingkap sambil tengok the Koreans keluar pagi. Hari tu hujan lagi, renyai-renyai la. Tapi nda peduli, the journey must go on!
Jam 9.30 pagi, makanan untuk makan pagi + lunch pun sampai. Yerp kami makan nasi jam 9.30 pagi dan inilah bekalan sampai petang hehe. Dimaklumkan beginilah Koreans sarapan, teda sarapan roti-roti atau mee goreng gitu.
-Rice & Bulgogi set from Eid-
-View of Insadong Cultural Road-
Turun dan naik subway bersama-sama the Koreans. Untuk ke Insadong, kami naik subway dari stesen Itaewon (Line 6) ke Yaksu. Then tukar ke Line 3 ke Jogno 3 (sam)-ga. Satu kesilapan aku, aku lupa mau tengok number exit setiap kali keluar stesen. Terlampau excited sudah kan hehe. Nanti check semula hee.
Insadong Cultural Road ni adalah tempat barang-barang lama yang berharga dan kraftangan tradisional dijual. Tapi bukan itu ja, ada juga barangan kosmetik (wajib, macam semua tempat ada), barangan souvenir, kedai baju, kedai bag, makanan dan macam-macam lagi. Meriah tempat ni sebab memang tumpuan pelancong Japan, China dan Malaysia, so kalau jalan sendiri sendiri pun nda bikin takut.
Bha enjoy the pictures!
Lepas 2 jam di Insadong, next place to visit is Namsan Tower. Kami berjalan balik ke Stesen Jongno sam (3)-ga. Dari Jongno sam(3)-ga pergi ke Chungmuro then keluar tukar ke Line 4 menuju Myeongdong. Lagi sekali aku nda tengok keluar exit berapa hehe.
Keluar dari stesen kami pun bersedia untuk mendaki bukit menuju stesen cable car Namsan Tower. Sudahlah sejuk kan, hujan lagi memang nda berpeluh la tapi macam cepat penat, nasib nda cramp kaki. Kalau cramp memang duduk tepi jalan la aku hehe.
Then finally sampai juga ke stesen cable car Namsan Tower. Beli tiket cable car round trip ya. Naik ke atas sampailah ke tempat menunggu cable car. Ramai juga orang mau ke Namsan Tower. Dalam perjalanan naik ke atas boleh nampak pemandangan pokok merah oren yang cantik.
Sampai atas memang woooooowww!!
-Masing-masing buat hal sendiri-
Insadong Cultural Road ni adalah tempat barang-barang lama yang berharga dan kraftangan tradisional dijual. Tapi bukan itu ja, ada juga barangan kosmetik (wajib, macam semua tempat ada), barangan souvenir, kedai baju, kedai bag, makanan dan macam-macam lagi. Meriah tempat ni sebab memang tumpuan pelancong Japan, China dan Malaysia, so kalau jalan sendiri sendiri pun nda bikin takut.
Bha enjoy the pictures!
-Keluar dari stesen subway terus jalan lurus ke depan-
-Lintas jalan dan ke kanan-
-Tadaaaa! Insadong Cultural Road-
-Insadong Alive Museum, tapi nda masuk pun. Maybe next time-
-Hujan renyai-renyai, nda kira perempuan atau lelaki semua berpayung-
-Ssamzigil, a unique building yang jual kraftangan, baju2, & street food-
-Jalan sampai hujung akan jumpa kedai bag ni. Rambang mata memilih dan sekarang
aku menyesal nda beli lebih-
-Street ni cantik because of the trees. Duduk di situ sekejap sambil on9 hehe-
- Ni dessert macam mesti cuba. Namanya Kkultarae manisan kegemaran Raja Sejong. Putih2 macam rambut rambut halus tu ialah madu dan diletak inti kacang almond, dibalut macam bantal then makan. Sedap! nda juga berapa manis, rangup-rangup sebab ada kacang. 1 kotak 5000 won untuk inti kacang dan almond. Boleh beli banyak banyak bawa balik Malaysia-
-Sweet Korean Pancake inti gula merah dan kacang, harga 1000 won. Sedap makan panas-panas time cuaca sejuk-
-Depan tu Myeongdong-
-Namsan guest house terletak di sepanjang jalan ni, ada 4 guest house kalau nda silap-
-Come on jehaaa, 200 m lagi-
-Namsan Tower di sebalik kabus,nda lama lagi sampai ke stesen cable car-
-Round trip ticker 8,500 won/ adult-
-Part of Seoul city-
-Namsan Tower and the famous padlock trees-
-Excited mau bergambar dengan pokok kuning & merah, cantik k!-
-Teddy Bear Museum, mau masuk kena bayar rasanya. So tengok dari luar seja-
-The original padlock area, semua penuh dengan padlock-
-Kupi-kupi dulu sebelum ke Myeongdong-
Sudah puas berjalan-jalan, bergambar-gambar di Namsan Tower. Kami balik ke cable car untuk turun ke bawah. Lepas tu turun bukit lagi dan yeaa!! Ke Myeongdong kitaaa. Aku exicted mau merasa kemeriahan di Myeongdong.
-Ramai kannn, masuk dalam lagi ramai-
Myeongdong ni shopping heaven for Koreans dan juga tourists. Di sinilah outlet-outlet bermacam-macam brand untuk kosmestik, pakaian, kasut-kasut dan macam-macam lagi. Mau street food? Setiap lorong-lorong ada jual, macam-macam lah dan yang aku cari ialah Nutella Crepe.
-Fresh orange juice, nyumms-
-Nutella crepe, dalam ada nutella, pisang & crispy cereal then sapu nutella lagi.
Memang comot bila makan-
Aku excited mau pi sini sebab mau masuk outlet-outlet kosmetik dia yang cantik-cantik macam Innisfree, The Face Shop, Nature Republic, Banila Co., Etude House dan banyak lagi. No wonder ramai yang borong skin care (mask) & kosmetik sini sebab harga murah berbanding di Malaysia then ada macam-macam offer la. Sudah beli banyak banyak dorang bagi lagi ko free sample. Kalau iman nda kuat, memang boleh habis duit ko sini. Nasiblah aku on bajet so beli apa yang diperlukan dan yang akan dipakai.
-Deretan kedai korean kosmetik. Jangan risau kalau terlepas kedai, di depan dan
setiap lorong mesti ada. Jangan risau-
-Aku masuk sini sebab tertarik dengan hiasan outlet ni. Macam setiap outlet aku mau masuk hehe-
- Habis shopping! Plastik-palstik belian letak tepi-
Habis masa shopping around 5.30 pm, jadi kami decide untuk balik hostel, lagipun tiba-tiba hujan turun plak. Terasa sudah penatnya berjalan satu hari. On the way balik tu tersinggah lagi kedai jual barangan K-pop. Ingat mau tengok tengok seja sekali terbeli 1 latest album Cn Blue (aku menyesal x beli cd Gary). So habis shopping untuk hari itu..
Dari (Line 4) Stesen Myeongdong kami ke Samgakji then tukar ke Line 6 menuju Itaewon. Sampai hostel letak barang terus baring. Penat wei. Lepas tu bersihkan diri dan tunggu makan malam sampai jam 8. Aku memang lapar gila sudah time ni. Malam tu memang licin aku makan, Alhamdulillah hee.
-Ayam masak pedas/chicken stew with rice from Makan Restaurant.
Percayalah habis semua ayam tu aku makan hee-
Habis cerita untuk hari kedua di Seoul.
To be continue...
Terima kasih Zeha follow blog sis JM..ini kunjungan balas..nak follw u back tapi x de button follow tu
ReplyDeleteTerima kasih JM baca blog kita. Zeha baru ja start memblogging hee.
Deletewahh..pegi Seoul...jap nak baca ;p
ReplyDeleteZeha...tempat sarapan pg sebelum kluar tu cam familir je...Zeha stay di Itaewon Inn ke?
ReplyDeleteYep..stay kat Itaewon Inn.
Deleteni trip bula berapa? Nov? x best jalan dalam hujan huhhu...bertambah sejuk
ReplyDeletetrip ni 7-12 November. Memang hehe sejuk sangat. Tapi apakan daya, redah jer. Nasib hari-hari seterusnya dah x hujan hehe
Deletebaca entri ni terus rindu Seoul..adusss
ReplyDeletetu laa..memang rasa rindu..
Deletehurmmm...Zeha...masakan di Makan Restaurant tu sedap x...asyik lalu je tak pernah masuk..itu masak asam pedas ayam...org melayu ke yg masak?
ReplyDeleteMakanan kat makan restaurant ni semua sedap-sedap. Ayam tu ada nama dia tapi lupa, so zeha gelar ayam tu ayam pedas tapi dia bukan asam pedas. Macam stew la kot hehe
Delete