Travel: Jeha Ke Korea - Day 4 Everland Theme Park

3:40 PM

10 November 2015

Anyeong Seoul! Wahh hari ke-4 sudah di sini. Kisah sebelum ni boleh klik sini: Jeha Ke Korea - Day 3 Gyeongukgung Palace, Gwanghamun Square & Cheongyecheon Stream.

Okay kita teruskan perjalanan hari ke-4 ini ke Everland Theme Park!! Wohooo memang excited menunggu hari ni. Eh macam hari-hari pun excited. 


-Tiket Everland Theme Park-

Semalam sudah tidur awal, jadi bangun awal la juga. Selepas bersarapan milo & coklat muffin, kami bergerak keluar dari hostel jam 9.45 am. Hari ni nda makan pagi di hostel sebab kami tapau ja makanan dan bawa ke Everland. Nanti makan di Everland la.


-Entrance Everland-

Kami ke Everland naik bas. Jadi untuk ke bustop ke Everland, naik subway dari Itaewon (Line6) ke Yaksu. Turun di Yaksu dan tukar Line 3 ke Stesen Seoul National University of Education. The turun lagi di Seoul University tukar ke Line 2 ke Stesen Gangnam. Kerja memang tukar-tukar train ja. The jalannnn lagi keluar ke Exit 3 (kalau x silap hehe). Bas-bas tu semua berdepan dengan Burger King, aku x dapat tengok dengan lebih detail sebab tengah berjalan dengan laju mau kejar bas 5002. Kalau terlepas kena tunggu lagi la.


-Gangnam Underground Mall-

Lampu merah bertukar hijau, cepat-cepat kami melintas jalan dan akhirnya dapat naik bas 5002. Scan T-Money dan masuk. Tapi sedih sebab nda dapat duduk. Semua sudah kena duduk, kami tunggu ja kalau ada penumpang yang turun hehe. Dalam bas tu ada orang Malaysia juga dan dorang pun mau ke Everland. Perjalanan ke Everland mengambil masa 1 jam lebih. Sakit kaki hoi berdiri begitu lama. Tapi nda lama tu ada penumpang turun dan kami dapatlah duduk. 


-Lintas jalan dan naik bas 5002. Kalau belum ada tunggulah-

Selepas 1 jam akhirnya sampai di stesen bas Younju. Semua penumpang turun dan berjalan menuju shuttle bas Everland dan of course la bas tu bawa ke Everland. Dalam 10 minit kami sampai di Everland. Cuaca sangat baik hari tu, cerah tapi still sejuk. Memang sesuai la mau jalan-jalan di Everland. Time kami datang tu, ramai sudah orang datang bawa family masing-masing dan juga para couples.


-Menuju shuttle bas Everland-


-Everland Shuttle Bus. Tunggu bas penuh then jalan-

Sementara tunggu tiket kena beli, kami makanlah bekalan yang dibawa. Masuk nanti nda bawa la membawa-bawa plastik tu, tinggal jalan dan main games. Lagipun memang lapar sudah time tu hehe. 


-Pengunjung-pengunjung Everland-

Selesai makan, kami masuk ke Everland. Memang mode kanak-kanak riang la hari tu. Everland kena deco dengan tema Christmas Fantasy, jadi memang cantik la. Semua pun excited. Sebelum menjelajah pastikan ambik Everland Resort Guide, nda la sesat nanti hehe. 


-Entrancto Everland-


-Welcome to Everland-

Memang puas hati masuk Everland, dia ada macam-macam section mengikut tema masing-masing, exhibition, performances dan banyak lagi. Jadi, zeha memang recommend bawa family ke sini memang semua akan seronok. Nda paya main rides pun, just jalan-jalan bergambar-gambar pun puas hati sebab ada banyak attractions. Masa sehari tu pun macam nda cukup mau explore semua tempat (memang banyak lagi yang x ter-explore). Tapi memang enjoy!

Jadi nda mau banyak menaip, enjoy the pictures..

-Global Fair area-

-I named it, the famous magical tree in christmas theme-


-Outlet jual snacks such as popcorn, churros, hotdog, ice cream & drinks ada di merata-rata.-

-American Adventure area-

-First ride. Columbus Adventure. Lepas naik pening juga la hehe-

-Berjalan menuju Magic Land-

-Kanak-kanak berbaris mau masuk Magic Cookie House-

- Royal Jubilee Carousel at European Adventure-

-Grand stage: Live circus musical by Madgascar characters-

-Carnival Square; Everland's parade berlatar belakangkan T-express-

-European Adventure. Kiri kanan ada jual snack & ice cream-

-Masuk sini the Q untuk naik T-Express-
- Masuk ke Alpine Village untuk naik T-express-

-Muka sila bertenang jangan muntah-ya saya berjaya naik T-express. 1 jam berbaris dan menikmati ride 3 minit yang rasa mau matik. Surrender aku nda mau naik lagi-

Selepas berjaya naik T-Express kami p solat break. Jangan risau, di Everland ni ada surau dan dia terletak di area European Adventure ni. Kalau rujuk Everland Resort Guide dia terletak di no. 105 Mystery Mansion. Ada 1 pintu kecil sebelah kanan. Masuk situ ada tempat wuduk tapi kena gilir-gilir la solat lelaki perempuan, ruang kecil ja. Sorry teda gambar hee.

Selepas solat, kami ronda-ronda lagi ke Zoo Topia area.

-The Lost Valley-

-Memang seronok masuk sini, dapat tengok haiwan-haiwan secara live-

-Baby cheetah-

-Ada haiwan-haiwan kecil di tepi-

-Berbaris mau naik basbot-

-Di dalam basbot, sedia mau berjumpa haiwan-haiwan-

-Zirafah, cheetah, rhino, unta, the famous elephant-Koshik, kambing gurun & zebra-

-Excited mau naik Amazon Express-


-Tadaaa, inilah ridenya. You might get wet, so be prepared coz I'm not. Teda gambar sebab takut hp basah. Tapi memang siok, basah kasut k-

-After ride, makan ice cream-



-Another parade tapi malas mau p dekat-

-Isi perut disini, ni cafe sebelah Grand Stage. Churros sangat sedap!-

-Cinnamon churros, macam x cukup 1 hee-


-The Magic Garden-

-Naik ni lagi, Peter Pan ride-

Last ride yang kami naik Thunder Falls, main air basah basah tapi memang siok. Yang nda sioknya aku teda ambik gambar ride tu uwaaa.. Hari pun mau gelap sudah so kami berjalan balik ke exit sambil menikmati kecantikan Everland di waktu malam. Suhu makin rendah tapi pengunjung masih lagi ramai.

-Naa gelap sudaa tapi bertambah cantik. Ni Aesop's House & Fable Garden-

-Line Shop-

-Sky cruise building. Naik ni untuk ke European Adventure-

-Magic Tree waktu malam-

-Lights everywhere-

-Salah satu souvenir shops, Grand Emporium-

-Semua souvenir shops di Everland jual barangan yang sama-

-The Exit, sebelum jam 7.30 kami keluar dari Everland-

Masa balik ni aku memang kesejukan. Stokin basah, kasut basah memang la aku sejuk. Aku harap ja kaki nda cramp. So kami naik Everland Shuttle bus ke stesen bus. Sampai stesen bus panjang barisan semua tunggu bas masing-masing tapi kebanyakan orang tunggu bas 5002 ke Gangnam. Setengah jam juga menunggu akhirnya bas 5002 tiba. Nasib kami dapat duduk, pengsan kali aku kalau nda duduk hehe. Selepas sejam akhirnya sampai di Gangnam.

-Gangnam meriah, mesti best kalau dapat lepak lama-lama-

Ikut laluan yang sama balik Itaewon dan aku nda sabar mau buka kasut hehe. Selepas mandi dan solat, makanan pun sampai around 9.30 malam gitu. Aku lapar berabis sampai makanan terus ngap.

-Jjajang ayam, sedap juga tapi lama-lama makan muak maybe kicap tu pekat sangat & bawang besar sangat banyak, nasib ada sup. Apa apa pun, rasanya SEDAP!-

Secara ringkas, memang siok jalan-jalan dan main rides di Everland. Zeha sendiri nda sempat explore semua, nda masuk pun attractions yang lain. So maybe next time akan pergi lagi. Untuk yang bawa anak-anak kecil, jangan risau theme park ni memang family frinedly. Ada guest service centre untuk sewa stroller & wheel chair, ada banyak nursing room, diaper changing room, restroom, picnic area dan lain-lain kemudahan di Everland. Jadi masukkan Everland Theme Park dalam itenary anda.

Berakhirnya hari ke 4. Esok ke mana pula?

Bersambung...

You Might Also Like

9 comments

  1. sis, entrance fee ni masuk sekali safari semua tu ke yeee?

    ReplyDelete
  2. @bungamerah: yep entrance masuk sekali ngan safari. Boleh cek website Everland.

    ReplyDelete
  3. ada makanan halal kah sana eveland

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nda pasti pulak. Churros & aiskrim tu ja sy beli. Kalau makanan berat tu sy xtau, kami bawa makanan sendiri.

      Delete
    2. bole bawa masuk makanan sendiri ye?

      Delete
    3. Beli dan bawa makanan sendiri ke sana. Tapi kami makan di luar, sebelum masuk everland. Nda pasti plak boleh bawa makanan ke dalam atau tak. Tapi ada picnic area di dalam. Kena rujuk rules Everland untuk kepastian. Sorry, harap membantu :)

      Delete
  4. hai sis, nak tanya sis bawak makanan sendiri sis masak ke? bahan mentah di korea murah tak kalau nak masak sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAi Nur Nabilah Hadib. Makanan sendiri tu kami beli di kedai arab jual kebab hee. x masak pun sana so x pasti harga barang mentah murah atau x

      Delete
  5. HAi Nur Nabilah Hadib. Makanan sendiri tu kami beli di kedai arab jual kebab hee. x masak pun sana so x pasti harga barang mentah murah atau x.

    ReplyDelete