29 Feb - 2 Mac 2016
Jeddah-Madinah
Bila ustaz umumkan yang kami sudah masuk sempadan Madinah, memang nda dapat digambarkan perasaan tu. Air mata automatik keluar, syukur sangat. Mulut nda berhenti berselawat dan berzikir.
Jeddah-Madinah
Bila ustaz umumkan yang kami sudah masuk sempadan Madinah, memang nda dapat digambarkan perasaan tu. Air mata automatik keluar, syukur sangat. Mulut nda berhenti berselawat dan berzikir.
Alhamdulillah selamat tiba di Madinah, lebih kurang jam 2.00 pagi. Sejuk k kena tiup angin. Di Madinah memang sejuk.
Ada sedikit taklimat lagi di lobi, lepas kena serah kunci bilik masing-masing. Nda sabar mau masuk bilik untuk bersih dan segarkan diri.
Ajaibnya, mata nda mengantuk pun time ni. Maybe sebab sudah tidur dalam bas, sampai Madinah rasa mengantuk hilang. Bila semua sudah ready kami pun berjalan ke Masjid Nabawi, 150 m ja dari hotel.
Alhamdulillah. Subuh pertama di Masjid Nabawi. Ni lepas solat subuh. Sudah janji awal-awal, lepas solat tunggu di Gate 15. Memang ramai orang di dataran ni. Keluar2 gate ja ramai dah yang berjualan. Jubah perempuan lelaki murah-murah. Teda plak tergambar orang berjualan tu. Malas mau keluar fon ambik gambar hehe.
Ni la gambar-gambar yang sempat dicapture sepanjang 3 hari 2 malam di Madinah.
Dalam Masjid Nabawi. Senyap senyap ambik gambar. Untuk wanita, sebelum masuk ke masjid, bag akan diperiksa oleh guard wanita. Tiada siapa yang terlepas, try la mau masuk cepat-cepat dorang boleh panggil balik. Buka ja beg siap-siap, ada yang tengok tengok ja, ada juga yang periksa secara teliti. So far tiada masalah, semua okay seja.
Sekitar dataran Masjid Nabawi. Siok jalan-jalan di dataran ni. Ramai ja yang duduk duduk, lepak lepak, baring baring di sini.
Main gate laluan untuk lelaki. Untuk wanita ada dua kawasan mau masuk ke masjid. Tapi maafkan saya, saya lupa nombor pintu. Tapi senang ja mau cari. Ada pagar emas yang membezakan kawasan perempuan dan lelaki. Lagi satu, kalau semua wanita masuk situ maksudnya tempat solat wanita la tu, lelaki nda dibenarkan masuk.
Mau masuk waktu maghrib. Payung payung tutup sudah.
Aneka jus minuman. Nampak sedapkan semuanya. Sempat cuba susu coklat. Memang sedap!
Ni kaki lima hotel. Banyak kedai-kedai jual jubah, sejadah, tasbih dan lain-lain. Turun ke bawah, keluar dan selamat membeli belah hehe.
Suasana pagi di Madinah. Ni kawasan berdekatan dengan hotel.
Ziarah luar Madinah. Dapat la tengok Kota Madinah. Banyak burung merpati di sini. Siok tengok.
Destinasi pertama untuk ziarah luar. Masjid Quba. Masjid pertama yang di bina oleh orang Islam.
Rasulullah SAW berpesan "Sesiapa yang bersuci (berwudhuk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadah Umrah." Ramai orang datang ke Masjid Quba, bas bersusun-susun. Pastikan tau di mana bas parking ataupun bergeraklah bersama-sama jemaah yang lain. Nda la terpisah pisah.
Selepas solat di Masjid Quba, kami seterusnya ke Ladang Kurma. Ladang kurma ni jadi tumpuan para jemaah juga. Kurma-kurma di sini fresh dan harganya boleh tahan juga. Orang yang sudah pernah buat umrah selalu pesan kalau mau beli kurma, beli di pasar kurma, harga lagi murah. Jadi ikutlah citarasa masing-masing.
Banyakan bas bas di sini.
Jualan pelbagai jenis kurma, buah-buah kering, kekacang dan lain-lain. Sebelum beli boleh rasa kurma kurma ni sebanyak yang mau hehe. HALAL katanya. Sudah rasa, belilah bha kan juga. Mami Dadi beli juga kurma di sini.
Aneka coklat. Semua sedap sedap. Ni pun boleh ambik sesuka hati, HALAL. Ada satu coklat kami rasa sedap, naa terus la beli hehe. C qayyum kena bungkus lagi coklat, macam macam jenis, Halal. Siok jadi budak budak hehe.
Keluar dari bangunan jualan tu, jumpalah pokok pokok kurma. Pokok kurma ya ni bukan pokok kelapa sawit. Di luar ni juga ada orang jual jual tasbih, minyak wangi dan lain-lain.
Seterusnya kami ke Jabal Uhud. Sebelum tu kami ada lalu Masjid Qiblatain, tapi nda sempat tergambar plak. Jemaah kami nda singgah tu, lalu seja. Okay sekarang ni singgah di Jabah Uhud tempat berlakunya Perang Uhud.
Bukit di belakang tu ialah Jabal Rumat ataupun Bukit Memanah.
Di Jabal Uhud ni terletaknya makam Saidina Hamzah dan para syuhada yang mati syahid semasa Perang Uhud. Mutawwif akan bercerita serba sedikit sejarah di situ, seterusnya akan membacakan doa untuk para syuhada dan kita aminkan.
Di Jabal Uhud ni juga terdapat banyak gerai gerai jualan. Jadi boleh membeli belah di sini.
Lepas solat Asar, siok dapat makan aiskrim hehe.
Solat Isyak terakhir di Masjid Nabawi. Aku dan Elly mau masuk ke Raudah lagi. Ni pintu ke Raudah untuk wanita (lupa nombar apa).
Kali pertama kami ke Raudah ialah pada hari pertama. Time tu ada ustazah yang bawa, so jemaah wanita ikut ja ustazah tu. Mau masuk Raudah untuk wanita ada waktu waktu tertentu; lepas subuh, lepas zohor dan lepas isyak. Kami pegi sekitar jam 8 pagi, waktu tu pun ramai sudah orang. Jemaah dari Asia akan dikumpul dalam satu kumpulan.
Semetara tunggu giliran mau masuk, ustazah sarankan kami sampaikan salam kepada rasulullah SAW bagi siapa siapa yang mengirim salam dan doa. Masuk Raudah nanti, ada ruang mau solat, segeralah berniat dan solat. Berdoalah semasa sujud nanti, utamakan diri sendiri dan keluarga baru la yang lain lain. Macam mana tau kita di Raudah? Karpetnya warna hijau ya semua. So sebelum berdoa dan solat, tengok dulu karpetnya. Ustazah yang bawa ni memang banyak membantu, dia akan pastikan jemaah akan dapat bersolat walaupun guard suruh cepat dan keluar.
Memang rasa nda puas berada di Raudah. Situ la terletaknya makan Rasullullah SAW, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al Khattab. Sampaikan salam kepada mereka. Agak mencabar lawatan kali kedua ke Raudah, sepanjang perjalanan memang berdoa ja minta dipermudahkan dan diberi ruang untuk solat. Trip malam tu sama sama dengan jemaah dari Pakistan dan India. Fuhh memang mencabar tapi tu la bersabar ja. Jemaah bertolak-tolak lagi dahsyat dari kali pertama ke situ. Tapi syukur alhamdulillah, kena tolak tolak kami akhirnya sampai ke karpet hijau dan ruang untuk solat pun ada. Memang syukur sangat sebab diberi peluang untuk ke Raudah untuk bersolat dan berdoa.
Hari terakhir di Madinah, so jemaah kena buat ziarah wada'. Sambil sambil tu kami jalan jalan di sekitar dataran Masjid Nabawi.
Ziarah wada' ni sebaiknya di buat lepas subuh atau pun sebelum zohor.
Kubah warna hijau tu terletaknya makan Rasulullah SAW. Tengok dari jauh pun hati rasa sayu. Mengalir air mata, macam-macam perasaan time tu. Berdoalah semoga kita dapat datang dan berjumpa lagi dengan Rasulullah.
Solat Zohor di hari terakhir sebelum bergerak ke Makkah. Time ni sudah sedia mandi sunat ihram, bag bag sudah pack dan di bawa turun ke lobby dan dikumpulkan ikut kumpalan masing-masing. Jangan salah kumpulan nanti bag pigi hotel lain hehe.
Eh Qayyum laa. Sudah solat ke dik? Memang mencabar buat umrah dengan anak kecil. Qayyum dady yang bawa pi solat. Kami sentiasa berdoa semoga qayyum berperangai baik, mudah dijaga, selamat dan dady mudah solat. Alhamdulillah, Allah SWT mempermudahkan. Qayyum ni banyak peminat Pak Arab tapi dia x suka. Lucu tengok reaksinya setiap kali pipi kena cuit atau mau kena dukung. Memang dorang baik dan friendly.
Journey to Makkah. Sebelum jam 2 petang jemaah kena suruh ready dan masuk bas. Awal naik bas, awal la jalan. Umrah pertama, umrah wajib. Para jemaah akan berniat ihram di miqat Masjid Bir Ali. Di masjid Bir Ali kita bersolat tahyatu masjid dan solat sunat ihram. Lepas tu naik bas dan mutawwif akan bimbing jemaah niat ihram. Untuk wanita, dinasihatkan buat niat ihram bersyarat, takut nanti tiba tiba datang haid, maka boleh lah kita bertahalul.
Para jemaah di Masjid Bir Ali ni lagi ramai. Semua sama seja kalau sudah pakai ihram dan telekung putih. Kami tunggu dulu semua jemaah ada baru gerak ke bas.
Selesai berniat ihram, makan pantang larang dalam ihram pun berkuat kuasa. Ada 13 pantang larang (rujuk buku panduan Umrah), jadi jagalah pantang larang tu ya. Perjalanan ke Makkah dari Madinah lebih kurang 5 jam. Lepas tu, kami pun bertalbiah.
Ada masa terluang tu, kalau nda mau tidur boleh la bertalbiah, berzikir dan berdoa semoga dipermudahkan perjalanan ke Makkah dan urusan umrah yang pertama.
very nice article and i know your tour was very lovely I am also going to plan for Umrah this year INSHALLAH http://www.umrahpackages.org.pk/
ReplyDeleteumrah package 2017
ReplyDeletebinqasim travels present best umrah package 2017 at affordable price with best facilities.Now book your desireable umrah package in very cheap price,this ramzan book the journey of your life time with bin qasim travels.bin qasim travels offers best umrah package in karachi, you can see our packages at our website.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYang berminat untuk makan nasi lemak di madinah, boleh tempah di facebook.com/nasilemakdimadinah/. Harga hanya 12 riyal sekotak dan porsinya besar. Penghantaran ke hotel hanya 10 riyal tapi minimum order 5 kotak.
ReplyDelete