Umrah 2016: Makkah Al-Mukarramah

1:32 PM

2 Mac - 8 Mac 2016
Madinah-Makkah

Selepas selesai berniat di miqat Bir Ali. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Makkah. Dalam bas tu kami bertalbiah. Selesai bertalbiah beberapa kali, kami pun berzikir sendiri sendiri sampai tertidur.

Sedar sedar ja sampai di satu hentian untuk makan malam dan solat jamak magrib-isyak.


Nda tau apa nama hentian ni, mamai-mamai time tu. Berhenti sini untuk makan nasi talam. 1 talam ni makan untuk 4 orang. Sedap juga la, kalau ada kuah - kuah kari lagi sedap hehe. Tengok budak tu nda sabar sudah dia mau makan. Self service.

Gambar gambar di bawah ni adalah antara gambar-gambar yang sempat di'Capture'. Malam pertama sampai makkah, tiada gambar pun yang diambil. Malam tu memang fokus ibadah umrah walaupun hati mau sangat ambik ambik gambar di sana tapi tahan ja. Ada hari hari lain lagi. So, malam tu fokus untuk buat ibadah umrah dengan sebaiknya. Alhamdulillah kami dapat selesaikan ibadah umrah pertam dengan sebaiknya.





Pagi selepas umrah pertama. Tidur sekejap dan sarapan. Lepas tu jalan-jalan dekat menara jam and satu mall tu nda ingat nama. Banyak kedai-kedai jualan. Jalan-jalan ja sini lepas tu masuk Masjidil Haram untuk solat zohor


Umrah kedua, miqat di Masjid Tanaim atau Masjid Saidatina Aisyah. Masuk masjid buat solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram.



Umrah kedua ni jatuh pada hari Jumaat. Hari Jumaat ni hari cuti di sana jadi memang ramai yang turun ke Makkah solat Jumaat dan umrah di Masjidil Haram. Ustaz sudah pesan kalau mau ke masjid gerak jam 9 pagi atau 10 paling lewat. Kalau lambat, gate ditutup dan solat la di luar masjid. 

Memandangkan kami buat umrah hari tu, awal la sampai di masjid lepas niat miqat di Tanaim. 


Alhamdulillah. Kami selesai buat umrah kedua sebelum masuk waktu zohor. Hari tu dapatlah kami bersolat Jumaat di Masjidil Haram. 





Umat Islam seluruh dunia. Siang malam tempat ni memang nda sunyi. Sentiasa ada orang yang mengunjungi Masjidil Haram.



Selepas tawaf sunat di maataf  paling atas. Terus solat maghrib dan isyak di situ.


Perasaan yang nda dapat digambarkan bila nampak Kaabah. Subhanallah.


Ziarah luar dan umrah ketiga

Seawal 7.30 pagi keluar dari hotel untuk ziarah luar. Destinasi pertama Jabal Thur. Turun sekejap, ada sedikit penerangan tentang Jabal Thur then ambik-ambik gambar.





 Jabal Rahmah. 


Mami, Dadi & Yuyum jalan jalan ja di bawah sambil membeli beli. Yang lain mau try naik jabal rahmah ni. Naik separuh ja nda sampai atas hehe. 

Sini ja mampu, kasut licin. Kalau nda, memang sampai di atas juga hehe.

Tu ada orang jual buah buahan. Murah-murah. Kami beli strawberry dan anggur. Sedap!


Selesai tawaf umrah ketiga. Ni lepas solat sunat tawaf. Baby arab ni comel and friendly. Nda takut orang. Tiba-tiba ja dia menyandar dekat dady. C yuyum jeles la haha.


Alhamdulillah. Selesai umrah ketiga. Siok dapat minum jus. 5riyal 1 cup.


Selepas subuh. Selesai solat subuh, kami buat tawaf sunat.



Ke Masjidil Haram untuk solat Maghrib dan Isyak. Awal datang masjid sebab gate tutup 1 jam awal. 

Aiskrim ni pun mesti cuba, sedap! Balik dari masjid mesti singgah beli aiskrim ataupun jus.

Broast Alfurooj aka KFC hehe. Macam-macam pilihan. Semua nampak sedap. Kami try set ayam goreng. Sedap wey, ayam juicy.

Nasi arab dan kambing. Sedap. Tapi susahnya la mau beli sebab kena communicate in arab. English nda dorg tau. Nasib la ada 1 chef tu tau bahasa melayu, dia faham. so dapat la. So lepas ni kena belajar bahasa arab hee.


Hari terakhir di Makkah. Sebelum buat tawaf wadak. Rasa sayu ja masa ni, nda lama lagi mau tinggalkan Makkah.



Lepas selesai tawaf wadak, ada la pantang larang yang kita perlu patuhi seperti tidak boleh bersedekah. Pantang larang ni nanti mutawwif akan ingatkan juga.

Petang jam 6 kami semua naik bas dan bergerak ke Jeddah. Terlelap juga mata dalam perjalanan ke Jeddah. Sampai Jeddah kami singgah satu masjid dekat laut (nda ingat nama) untuk solat jamak maghrib dan isyak then makan malam.

Lepas tu gerak ke Airport. Barang-barang dan tiket mutawwif yang urus. Kita tunggu ja selesai.
Sudah ada boarding pass, kami semua masuk ke departure gate.
Urusan imigresen dan final screening pun berjalan dengan lancar.
Flight Jeddah ke KL jam 2.00 pagi. 
So duduk dan lelap la mata sebentar.

It was a long journey dan alhamdulillah kami selamat sampai di KLIA jam 3.00 petang.

Inilah perjalanan yang paling bermakna dalam hidup kami. Kami sekeluarga dapat menunaikan umrah bersama-sama.

InsyaAllah diberi keizinan dan dimurahkan rezeki, semoga dapat ke Madinah dan Makkah sekali lagi.

Zeha doakan semoga yang lain juga akan dapat menjejakkan kaki ke tanah suci dan dapat pengalaman sebegini

Assalamualaikum.










You Might Also Like

0 comments