Travel: Jeha Ke Siem Reap - Day 1

4:24 PM

Assalamualaikum. Hai hai hai!

Lamanya nda berblog hehe. Banyak kerja. Padan muka.

Meh la kita update sikit-sikit. Kali ni mau cerita kisah cuti-cuti ke Siem Reap 28 Mac 2016 - 1 April 2016. Lama plak cuti, 5 hari 4 malam hehe.


Tiket beli dari tahun lepas, waktu promo. Cadangan ke Siem Reap ni idea Kak Ita. Sebelum setuju ke sana, google dulu ada apa sana. Sekali rupanya sanalah Angkor Wat. Apa lagi, setujulah kan sebab mau juga jejak Angkor Wat.

Cuti ke Siem Reap ni kami teda fixed itenarary. Just cakap-cakap ja ke sini ke sana, then arrange hari ni buat apa and next day buat apa. Even tuk-tuk pun kami book last minute hehe. Nasib la abg Kassim free hari tu hehe.



Flight ke Siem Reap jam 0120 pm. Perjalanan ke Siem Reap mengambil masa 2 jam, sempat la tidur sekejap. Sampai airport, settle imigresen, keluar arrival hall, ramai org tunggu di luar dengan memegang kertas. Cari la nama masing-masing hehe. Hostel offer ambik di airport for free, so okay la kan. 


Lucu masa mula-mula naik tuk-tuk. Macam nda yakin ja, dengan bawa backpack lagi kan hehe. Sepanjang perjalanan dari airport ke bandar Siem Reap. Macam macam pemandangan yang kita boleh lihat. Siok la dapat lihat kehidupan orang orang khmer.


Kami tinggal di Topsky Hostel. Okay la juga hotel ni tapi jauh sikit saja dari Night Market, Pub Street dan resto makanan halal. Tapi kami kan gegirls yang gagah dan kuat, so jalan kaki ke sana tiada masalah. Tawaran tuk-tuk semua ditolak hehe. 



Lepas check-in dan simpan barang, kami pun keluar jalan-jalan di bandar Siem Reap ni. Mau cari makan, lapar gilakkk. Sesat lagi sekejap, rupanya simpang tu dekat hostel ja hehe. Jalan la sampai ke hujung, sampai la ke perkampung Islam Khmer. Kawasan tu ada sebuah masjid dan beberapa resto halal. Pilihan kami ialah Muslim Family Kitchen.





Alhamdulillah. Perut kenyang kami kembali ke hostel. Malam tu plan mau rehat di bilik ja sama plan aktiviti untuk esok. Malam ni juga la kami decide untuk contact Angkor Kassim. Mencuba nasib kalau dia free ka nda. Tunggu punya tunggu akhirnya abg Kassim reply and his free for this week. Nasib la dia terima juga last minute booking ni hehe. Yeay! Kenapa pilih Angkor Kassim? Sebab ramai sudah traveller Malaysia yang guna perkhidmatan dia and mostly bagi review yang baik. Harga pun berpatutan, $13 per day (7am-10pm). Jadi gunalah servis ni dari pagi hingga ke malam, bawalah ke mana pun hehe. Air mineral free dan hantar ke airport pun free. Boleh cek FB---> Angkor Kassim.

Habis kisah hari pertama. Selamat Malam hehe..

Bersambung...

You Might Also Like

2 comments

  1. Hi...hr ne tiba2 bsemangat mo bca pengalaman2 kaki travel yg lain kono p siem reap jd terstalk la blog jeha....last time turun ja dr kapal d SR punya la mcm lost...time smpai mcm sunyi gila kan airport dia...haha trus d jalan raya pun dr apot tu sunyi gila ja kan...nmpak jeha punya post ne tngok mcm sma ja smua tmpat kita pigi...btw...izinkan sa menstalk blog jeha ah utk rujukan misi yg strusnya...tengs jeha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Christianne!! Terima kasih sudi stalk blog saya hee :). Iya keluar airport memang sunyi. Apa-apa pun memang enjoy jalan-jalan di sana.

      Delete