Travel: Medan Trip Day 2 Part 2
12:26 PMBersambung lagi selepas setahun hehe
Lepas mandi mandi di Aek Manik. Kami pun meneruskan perjalanan kami ke ladang teh (lupa apa nama ladang teh ni hehe)
Lepas puas bergambar dan berlari lari di ladang teh, kami teruskan lagi perjalanan ke jeti feri. Kena cepat sebab takut full atau ketiggalan hehe
Singgah sebentar di tugu ni. Sekejap ja, ambik ambik gambar then masuk kereta.
Sampai juga di jeti . Time ni tengah tunggu giliran mau masuk feri. Jadi kita bergambar gambar la dulu.
Sambil sambil tu boleh la ambik gambar matahari terbenam. Siok juga duduk duduk atas feri.
Sampai di seberang ( sebenarnya aku lupa nama tempat), kami cari tempat makan. Selesai makan kami ke masjid. Di masjid tu la kami solat, bersihkan diri, rehatkan diri dan tidur dalam kereta.
Bersambung..
0 comments