Travel: Medan Trip Day 2 Part 1
11:41 AM
Sambungan...Almost a year baru terUpdate Kisah Medan hee.
21 April 2015
Jam 2 pagi, kami bergerak ke Bukit Kapur. Otw ke sana aku mengantuk. So tidur ja dalam kereta. Lepas 2 jam gitu aku tersedar kereta kami berhenti. Rupanya berhenti berehat sebab si Mamen mengantuk. Mau p tandas tapi area tu teda tandas, so Mamen drive lagi sampai kami jumpa musollah. Haa di sana la kami berhenti untuk rehat dan tidur.
Selesai solat subuh, kami pun meneruskan perjalanan ke Bukit Kapur. Hari makin cerah barulah nampak rumah-rumah di kampung tu. Ke Bukit Kapur ni kena masuk kampung-kampung. Jalan gravel k, then ada kawasan bukit jalan berbatu-batu. Memang nda duduk diam la dalam kereta. Apa-apa pun memang sesuatu kelainan la.. Mau sangat ke Bukit Kapur so teruskan ja la.
After 2 jam, akhirnya kami sampai. Waaaa syukur. Nda sabar mau keluar kereta sebab sakit 1 badan duduk dalam kereta hehe. Kawasan ni memang jarang didatangi kecuali pelancong luar negara. Si Joe & Mamen memang selalu bawa pelancong ke sini, kira macam must visit place juga la. Tapi bersabar ja la dengan jalannya hehe.
Jauh di dalam hutan sudah kami ni. Trekking jap dalam 10 minit. Nda lama tu sampai dan nampak view ni.
Tadaaa!
Cantikkan warna biru air tu. Tapi jangan terjun k, air super duper panas pulak tu hehe. Berwap ja jalan jalan di sini
Lepas puas menjamu mata dengan air panas biru, kami bergerak ke sungai pula. Tadi panas, sekarang berendam di dalam air sungai yang sejuk pula hehe.
Lupa nama kolam kecik ni, air situ suam-suam panas. Memang nyaman la dapat berendam-rendam di dalam ni
-Best dapat mandi sungai-
Dalam jam 10 pagi kami naik atas semula dan terus ke kereta. Sudah keringkan badan kami teruskan perjalanan jauh ke Aek Manik.
Guna jalan lain untuk keluar dari Bukit Kapur. Jauh juga tapi jalan gravelnya lagi okay. Berhenti sekejap ambik gambar hehe.
Selepas 1 jam lebih (tertidur lagi), kami sampai la di satu pekan ni (nda ingat nama) untuk singgah makan tengahari.
-Soto Ayam, yang lain makan nasi campur-
Sudah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Aek Manik Pool. 1 jam begitu juga la perjalanan. Sudah sampai kita mandi lagi.
Inilah Aek Manik Pool.. Jernih gilak k air ni. Mula-mula masuk sejukkkk berabis, sekali lama-lama berendam rasa macam biasa ja.
Ni lah muka-muka yang nda sabar mau mandi hehe. Ada rakit juga kena sedia, jadi boleh la main rakit-rakit. Lucu k main rakit tu sebab try mau naik 4 orang tapi rakit tu trus terbalik n tenggelam. Bikin maluu.
1 jam juga la kami mandi-mandi sini. Nda boleh juga lama-lama sebab sejuk dan kami mau teruskan ke destinasi yang seterusnya hehe..
Bersambung..
0 comments