01 Oktober 2016
Bukit Bongol, Kota Belud.
Misi menawan Bukit Bongol.
Selepas kejayaan menawan beberapa bukit di sekitar Kota Kinabalu (esehhh), kami pun mencuba untuk menawan bukit di tempat lain. Mau mencabar diri la kononnya sambil sambil mengisi masa cuti TYT masa tu.
Jadi kami geng geng Hitfat (HF) ni pun setuju la mau ke Bukit Bongol. Ke"excited'tan mau mendaki bukit tu bukan main lagi. Segala macam preparation di buat, kalah-kalah menawan Gunung Kinabalu hehe. Nda pa, semangat bha kami hehe..
Sesi mengisi perut
Alhamdulillah jam 12.30 tengahari kami sampai di KB dan berkumpul dekat dekat KFC.
Jam 1.30 tengahari kami bergerak ke destinasi, sempat sesat lagi sebab kami nda tau pun lokasi tu. Sudah si Ton tanya baru la tau di mana starting point Bukit Bongol.
Kenapa kami mendaki waktu panas-panas tu? Ntah la..Macam teda waktu pagi kan? Alasannya panas kenen, tapi waktu kami pigi tu memang panazzzz. Nda apa la, pengalaman baru mendaki waktu petang hee. Bukit Bongol ni ada 10 bukit dengan ketinggian berbeza. Jarak ke highest peak of Bukit Bongol sangat la jauh.
Mula-mula mendaki dan sini la yang panas betul
Seriously mau give up di sini
Ni la bukit bukit tu. Nampak bintang kuning tu? Situ la peak tertinggi, situlah penamat
Asal bergambar sihat sudah hehe
View dari peak kedua atau tiga, nda ingat
Berehat lagi
Jom bergambar!
Berehat minum dan makan coklat.
Bergambar lagiii
Meneruskan perjalanan ke bukit seterusnya
Nampak dibelakang tu? Tulah yang sudah dinaik dan turun. Lost count sda, ntah peak ke berapa.
Ya group kami memang banyak berhenti. Di sinilah aku cakap dengan si Bibi aku mau stop sda.
Sekalinya, tetap juga meneruskan perjalanan.
Kami teruskan pendakian sampai nda tau berapa bukit suda dinaik turun naik hee. Bha tengok la gambar-gambar. Nanti dicerita hehe..
Ni tinggi ni, jalan berbatu, sedikit licin.
Naik dan naik
Berhenti lagi untuk recharge
Bukit ni curam dan tinggi, berpaut sama tu lalang-lalang ja
Naaaaaa mau sampai sudaaah. Omooo time ni mau laju-laju, mau duduk, mau minum.
Ohmyyyy bila la mau sampai ni. It's like a never ending destination. Haha. Finally after 2 hours and 45 mins, kami sampai di puncak tertinggi Bukit Bongol. Seriously time ni mau menangis aaa, dengar sorakan dan support kawan kawan yang sudah sampai lagi la bikin ko terharu. Lepas berehat sekejap, sesi foto foto pun bermula. Waaa perasaan tu memang siok, happy berabis, dengan background Akinabalu lagi dibelakang memang siok la. Cannot describe with words.
Dorang sampai dulu dan almost 1 hour dorang tunggu kami. Thank you for waiting guys!
Group photo facing Mount Kinabalu
Happy sampai tertutup mata
Best team ever!
Rehat sekejap, begambar terusss
Happy berabis sampai puncak
Yeah!! We did it!!
Jam 6.00 petang, kami mula turun ke kaki bukit. Hari makin gelap tapi kami yakinkan diri untu turun sebab masing-masing ada headlamp hehe.. Memang bersedia berabis kami ni. Laluan kami berpandukan tali plastik merah putih. Ada kisah seram lucu juga time turun ni hahah, memang itu la balik balik dicerita.
Subhanalah.
Mau turun bawah sudah, sedia sedia pakai headlamp
View cantik di belakang
Alhamdulillah, dalam masa 1 jam 45 minit kami semua selamat sampai di kaki bukit. Wohoooo!! Lepas tu kami tunggu lagi 1 group, group kak Donna and friends. Lebih kurang jam 8 gitu, semua orang pun selamat sampai di starting point.
Memang pengalaman mendaki bukit yang nda akan dilupakan. Berbeza dengan bukit bukit sebelum ni hehe. Kenapa berbeza? Sebab ko bukan naik 1 bukit sekaligus tapi 10 bukit (return 20 bukit) sekaligus dengan ketinggian berbeza. Nda ka bikin menangis? Untuk orang yang fit memang piece of cake but for me it's a whole cake.
Banyak kali mau give tapi support kawan-kawan buat ko teruskan pendakiaan sampai ke atas. Banyak kali sudah mau cakap "Naik la kamu, saya stay sini ja" Tapi terpikir juga, apa la konon aku buat sini duduk-duduk ja. Jadi better la naik sama sama sampai ke atas, janganlah separuh separuh jalan. Biar lambat asal selamat tiba di puncak, ewaaaah.
Yeappp, my HF gang really helps me a lot. Thank you so much Kak Donna yang mengajak ke Bukit Bongol, Coach Edham yang menjaga kami di belakang (malar lepas ni teda sudah rehat arr hehe), Nor yang rajin ambil gambar, Bibi yang sudi bagi sedikit 100 plus, Jamie & Hima yang menghibur hati (banyak bercerita, nda boring), Vivi,Kak Eve, Kak Mahani dan Ton & Friends yang menyokong dan bersorak di puncak Bukit Bongol (kesian..1 jam dorang tunggu kami di atas). You guys are the BEST! DAEBAK! We support each other, ku sayang kamu setinggi Gunung Kinabalu <3 <3 (sila terharu hahaha).
Jadi ke mana kita lepas ni? (nda pandai insap heee)
Sekian, Laporan Hiking di Bukit Bongol, Kota Belud.
Bukit Bongol! Kalau di semenyih bukit Broga 😁
ReplyDeleteKat Sabah ada banyak bukit2 dan gunung2 yang boleh ditawan
Deleteada fee ka klau mau naik bukit bongol ni ?
ReplyDeleteHai @anne dahlia. Sorry lambat reply.. Mengkali naik bukit bongol sda ko hehe.. Tiada fee dia..
ReplyDeleteWOW DAEBAK..HAHAHAHAHAHAH...kpoppers ker sis? HAHAHAHAHAHHAAHAH..ok mcm best sejak mau tawan tau..hahahahah..sokeyh coming soon
ReplyDeleteWOW DAEBAK..HAHAHAHAHAHAH...kpoppers ker sis? HAHAHAHAHAHHAAHAH..ok mcm best sejak mau tawan tau..hahahahah..sokeyh coming soon
ReplyDeleteYaa best..p la try
DeletePerlu guide tak nak naik bukit ni?
ReplyDeleteHai! x perlu, boleh gerak sendiri
DeleteHi Nurafiqah. Saya amir mahu naik jumaat ni. Sementara masih d kk outstaion. Di mana starting point bukit bongol ye?kalo mahu google apa ye? Thanks! Owh btw boleh naik tanpa guide kan? N ada fee utk naik?
ReplyDeleteHai amir!! Bukit Bongol ni ada dua trail; via pirasan & via kinasaraban. Yang di atas ni via pirasan. Starting point via pirasan ni Jalan ke KB-Ranau bypass, rujuk link ni --> https://www.facebook.com/eskanol/media_set?set=a.10201596880839802.1073741858.1711617694&type=3
DeleteBoleh naik tanpa guide, trail clear jangan risau & teda fee untuk naik. Semua atas risiko sendiri :) All the best!
Bila la nak cuba ini
ReplyDeleteBerapa km pergi & balik? Anggaran berapa jam?
ReplyDelete