Gunung Nopungguk
Kg. Gensurai, Taginambur, Kota Belud.
Wohooo.. Alhamdulillah..Kami selamat naik dan turun Gunung Nopungguk. Pendakian yang mencabar bagiku setakat ni. Walaupun mencabar, tetap siok juga dapat menikmati suasana hutan.
Semua peserta sudah sampai di homestay, kami pun bersarapan. Sedap k tu mee hoon. Tapi nda boleh lebih-lebih makan sebab takut sakit perut mau membuang plak hehe. Sebelum memulakan pendakian, masuk toilet dulu make sure teda sudah air kecil/ besar yang mau dibuang hehe..
Taklimat pendakian G.Nopungguk disampaikan oleh En. Sarun. Dia cerita la cam mana pendakian kami sampai ke puncak, trail-trail yang akan dilalui dan cabaran cabarannya. Ada 2 guide yang akan bersama-sama kami; Jeff dan Evon.
Wajib bergambar yaaaa hehe
Wajib bergambar yaaaa hehe
Group foto sebelum ekspidisi menwan G.Nopungguk bermula. Menang gaya bha kami ni hehe
Group foto dengan guide pulak
Kami memulakan perjalanan kami lebih kurang jam 8.30 pagi
Laluan batu-batu, relax seja.
Masuk hutan lalu ladang getah
Panas matahari, ni naik bukit tanah merah. Semput sudahhh haha
Finally sampai tanah rata, belum sampai 1km. Aku tengah sibuk membersihkan hidung. Time daki gunung ni tengah selsema, hingus meleleh2 keluar. Huhhh..cabaran la juga
Ni orang-orang kuat hiking, selalu di depan.
Group foto di batu.
View superb!
Bermula cabaran sebenar.. Masuk hutan..
Berhenti bergambar di mana ada signboard.
Sayangnya kami nda dapat tengok rafflesia dan x dapat bergambar Mirolian stone sebab hujan lebattt. Time tu memang fikir mau sampai bawah seja. Nampak la tu batu tapi xda gambar.
Naik dan naik lagi
Rehat dan bergambar hee
Gua Kelawar. Teda pi tengok, Si nor ja ada p situ
Sampai KM 3 untuk berhenti berehat. Refill air minuman dan p tandas
Start dari gambar ni, aku nda ingat sda susunan gambar cam mana. Siapa suru lama baru mau update. Nda ingat sda trail mana yang duluan hehe.
Enjoy ja la tengok tu gambar yaa hehe
Berhenti lagi rest, minum dan makan pisang. Lapar sudah hehe.
Tutup mata sekejap pun bolehhh hehe..
Hello Mr.Pacat!
Posiduan Trail
Polihawa Trail
Nor & Yan di hadapan
Berkabus.. Memang nda dapat tegok view
Perjalanan terasa sangatttt jauh. 6 km konon tapi sebenarnya ndaaa. Kena bagitau ada 1 km lagi tapi aduhaiii. 1 km yang sangat jauhhh. Bila la ni mau sampai atas, memang penat sudah.. Lapar lagi..
Finallyyyy jam 1.30 ptg kami sampai di puncak. Yang laju lama sda rest2 dan makan.
Fuhh alhamdulillah..
Ada line k di atas ni, so ambik gambar dan send kepada family tercinta. Update dulu hehe
Muka penat gembira hee
Ni kami naik on 13 November. Selepas kami hike En.Sarun & team dapat kebenaran untuk menebas dan membersihkan pokok di sekitar kawasan tu. Jadi dapat la tengok view, nda menghalang pandangan sudah. Bestnya siapa yang hike lepas kami tu.
Group foto di atas, ada tanda-tanda mau hujan..Cepat-cepat bergambar.
Hujan turunnnn, cepat-cepat kemas barang cari poncho dan pakai haha.. Comelkan semuaa.
Cepat-cepat juga bergambar di sini, Nasib la dapat. Lepas tu semua turun sda ke bawah.
Perjalanan turun memang mencabar. Banyak akar-akar pokok, balik-balik kaki tersangkut. Nasib la nda tersungkur. Balik-balik juga mau terlicing nasib pandai balance. Lutut n jari kaki ni memang sakit-sakit sda.
Otw turun langsung teda ambil gambar, semua simpan handphone. Keluar dari hutan baru hujan stop. Berjalan di tanah merah tu serius sakit kaki sda. Bertahan ja sebab mau cepat sampai homestay
Tadaaa sampai sudahhh.. Time ni aku belum sampai, di belakang sikit hehe
Alhamdulillah kami selamat naik dan turun. Naik sudahlah mencabar, turun lagilahhh mencabar.
Tapi memang siok, lain dari yang lain.
Sampai homestay, cuci kasut dan stokin, Mandi-mandi dan makan minum petang.
Penyampaian sijil oleh En,Sarun
Lebih kurang jam 7 lebih kami bertolak dari homestay ke Pekan Taginambur.
Sampai Pekan Taginambur kami terus balik KK.
Mau tanya pasal pakej mendaki G.Nopungguk ni boleh berhubung terus dengan En. Sarun
Facebook: Sarun Lambut
kalo first time nak hiking, bleh tak naik gunung ni?
ReplyDeleteHai ayeen! Ya boleh teda masalah. Tapi kalau boleh training dulu la sebelum naik gunung, kasi biasa otot-otot kaki tu bergerak. :)
Deleteberapa ya harga kena bayar guider?
ReplyDeleteSorry ar saya nda ingat sudah berapa. Kita terus direct message dengan En. Sarun di Facebook la -- Sarun Lambut
Delete:)
baik2 thank you ya
ReplyDeleteBanyak pacat tak di sini?
ReplyDelete