Friday, February 10, 2017

Maliau Basin: The Lost World of Sabah - Part 4

31 Disember 2016, Sabtu

Good morning from Nepenthes Camp!! Yey! last day of 2016.


Awal lagi bangun pagi ni sebab mau gerak awal dari Nepenthes Camp ke Juntion Maliau Fall. Memang bikin nebes perjalanan hari ni (nebes lagi) hehe. Sebabnya perjalanan extra jauh dan mencabar + bawa beg yang bertambah berat sebab ada baju basah.

Siap bersihkan diri, mula packing semua barang. Beg kecil mau prepare juga, bag tu mau bawa p Maliau Fall. Nda paya bawa bag besar sebab bag besar tinggal di junction. Sarapan pun sudah, pack lunch pun sudah. Kami ready ready la mau memulakan perjalanan.


Muka eksaited mau jalan jauh ka ni? hehe (Credit photo: Nor)

Nepenthes Camp - Junction - Maliau Fall

Perjalanan hari ini dibahagi kepada 3 kumpulan; Group High Speed, Medium Speed & Slow. Jadi aku konpiden la masuk group Medium Speed ni hehe. Jadi kami di tengah - tengah. Yang group depan ni semua laju-laju berjalan plus beg berat jadi dorang mau laju berjalan. Sebelum memulakan perjalanan, wajiblah berGroup photo hee..


Credit photo: Abg Jenal


Bergambar lagi sebelum lalu jambatan (Credit photo: Nor)

Jarak perjalanan hari ni dari Nepenthes Camp ke simpang Maliau Fall ialah 6 km. Jauhhhh tapi perjalanan pagi tu sangat siok. Pagi tu jak la hehe. Why? Sebab kami masuk ke kawasan Nepenthes Garde. Yaaa I'm so excited to be there. Dimaklumkan ada 6 species Nepenthes yang boleh ditemui di sini. Jom kita cari...


Mana tempat yang cantik, mesti stop bergambar (Credit photo: Nor)


Time ni semua masi happy happy lagi. (Credit photo: Nor)


Sejuk, tenang ja sepanjang jalan di Nepenthes Garden ni (Credit photo: Nor)


Yeay! Jumpa punnnn. (Credit photo: Nor)


Saiz lebih besar dari tapak tangan ku- Nepenthes veitchii (Credit photo: Nor)


The walk into the woods (Credit photo: Nor)


Thank you Nor for this picture. Cantikk (Credit photo: Nor)

The smallest Nepenthes - Nepenthes tentaculata (Credit photo: Nor)

Nepenthes stenophylla

Credit photo: Nor

Mau kasi tinguk tu jalan yang kami lalui hee (Credit photo: Nor)

Slow-slow ja kami jalan sampai kami jadi group yang last huahuahuaa.. Dari tengah pegi ke belakang. Stop bergambar, ambik gambar, then yang group belakang take over kami. Jadi group last la kami huhuhu. Nda apa, ada renjer Adi juga ngan kami hee.


Suka saya dalam hutan begini

Jalan dan jalan nda lama kami sampai di satu perhentian. Sini group Abg Jenal stop rehat seketika, kami pun rehat sekejap dan teruskan perjalanan. Jalan memang jauh, memang penat tapi kami relax relax ja. Enjoyy.. Kami cerita cerita, nyanyi nyanyi. Macam-macam lagu dinyanyi, nda tau lirik aku hantam ja hehe, memang siok laaa.


Rehat sekejap. Minum dan makan snek.

Sini kami enjoy-enjoy, nyanyi -nyanyi lagu Ziana Zain lagi haha


Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. Area bukit mikrofon ka tu, nda tau km ke brapa, naaa bersedia la mengharungi cabaran baru hahah. Sandi k. Turunan curam dan licin, teda tempat mau pegang, pokok-pokok jarang. Nasib laa si Adi ni bawa tali, jadi dia ikat tali di pokok, kami pegang la tali tu. Tapi tu pun cam konpiden nda konpiden. Licinnnnn. Memang hati-hati melangkah dan berjalan. Risau k kalau jatuh terduduk, doiiinaa kesusahan berdiri hahaha. Jadi memang berhati-hati. Fina sama Didit okay juga dorang. Si Nor la paling stress, takut licin. Nasib selamat sampai bawa sebab berpegang ngan tali. Kalau ndaaaa, kalau ndaaa memang slide berabis turun ke bawah hehe.

Satu-satunya gambar yang sempat diambil. Nda sanggup mau keluar kamera. Ni di tempat yang stabil baru dapat ambil gambar hehe.

Finally sampai juga kami di junction Maliau Fall. Teda sda nyanyi-nyanyi hahah. Masing-masing kepenatan. Letak bagpack, keluarkan backpack kecil, makan lunch pack, simpan tu tapau, bungkus bagpack dalam plastik sampah dan rehat sekejap. Sempat lagi Nor makan panadol, tiba-tiba demam.

To Maliau Fall we go~ (Credit photo: Nor)

Yeapp kami teruskan perjalanan 5 km ke Maliau Fall. Memang jalan dengan group masing-masing sudah, nda sudah bertunggu. Asalkan ada guide sama kamu, selamat la tu.


Obah Camp. Rest lagi sekejap.

Ringan sudah beban, kami cuba berjalan dengan pantas supaya dapat sampai awal di Maliau Fall. Air pun sikit sudah jadi minum sikit-sikit ja. Sampai sana nanti boleh refill. Turun p Maliau Fall ni pun memang bikin stress juga. Licinnnn. Maybe sebab kami group last jadi jalan tu makin licak (apakah perkataan yang proper? haha) dan licin. So hati-hati ja melangkah. Jalan dan jalan nda lama tu, kami sampai di akar L.O.V.E.  Terjumpa dengan 1 group, kami minta tolong ambik gambar.


Muka penat sudah tu haha. Yeahhh come on..mau sampai sda ni.

Kami terus berjalan dan jalan. Time ni memang teda sudah tumbuhan atau pokok yang ditengok-tengok. Aim memang mau sampai Maliau Fall. Ada la kami dengan bunyi kijang. Kuat dia punya bunyi, kin takut.

Finallyyyyyy..after 2 to 3 hours berjalan dari junction kami sampai juga di Maliau Fall, wohoooooo!


The beautiful Maliau Fall


Panaatttttt, sampai ja terus landing. Pedulik sama tu pacat-pacat.


Tersenyum juga sekali sudah sampai sini, Yahooooo~


Yang sampai duluan dari kami. Kami la ni last group.


Tuuuu Maliau Fall hehe (Credit photo: Nor)


Group foto Geng Roti


Yeah!! We did it!

Maliau Fall - Junction - Ginseng Camp

Credit photo: Didit

Around jam 6 pm kami ready-ready mau naik ke junction. Botol pun sudah isi air maliau, jom mulakan perjalanan balik ke Ginseng Camp.

Jalan balik ni ofkos la naikkkkk seja. Penat memang penat tapi kena kuatkan diri untuk balik camp. Makin gelap sda jadi headlamp kena la on untuk tengok jalan dan suluh pokok atau batang kayu yang mau dipegang. Nda la tiba-tiba kena gigit lipan, semut atau apa-apa haiwan yang bahaya hee.

Sampai di junction kami rest sekejap. Syukur alhamdulillah porter-guide tolong bawa bag kami ke Ginseng Camp. Terima kasih banyak-banyakkk. Ringan beban balik ke Ginseng Camp. Dari junction tu ada 500 m lagi mau sampai Ginseng Camp. Time ni memang kami kasi up sda speed kami. Si Nor yang no energy awal-awal tadi tiba-tiba laju sudah. Survival mode on katanyaa. Memang pun.

Finally kami sampai juga di Ginseng Camp jam 10.45 malam gitu, lebih kurang. Syukur la nda tukar tahun di dalam hutan hehe.

Happy New Year 2017 from Ginseng Camp! (Credit photo: Nor)

Kami rehat sekejap, buang pacat di kasut then naik p camp. Serius time ni tapak kaki sakit berabis. Bersihkan diri dengan segera then cari tempat tidur. Beberapa minit sebelum jam 12 kami berkumpul then countdown new year sama-sama. Yeaaaaa!! Syukur alhamdulillah kami dapat tempuhi hari terakhir 2016 dengan jayanya. Makan malam tu pun sedap, lapar kali hehe.. Kami cerita-cerita sekejap. Nda lama tu kami masuk camp dan tidur.


Selesai makan tengah malam heee

Esok mau balik ke Agathis Camp, last day di Maliau Basin sudah. Kita sambung cerita esok yaa hee.

2 comments:

  1. jernih tak air tu? :) mcm best je maliau basin ni. tapi orang kata payah nak dapat permit masuk. betul ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee tak, warna coklat2. Best sangat kalau ada peluang ke sana pegi la. Ya masuk sana dikawal, apply permit awal la.
      --> http://maliaubasin.org/contact/

      Delete