05 Mac 2017
Kundasang, Ranau.
Yayerssss. 3 bukit lagi sudah ditawan di Kundasang. Berabis kan? 3 bukit dalam satu hari. Boleh ka nda? Bolehhh.. Sudah terbukti hee. Trip ni anjuran Xtreme Adventure Kundasang di bawah naungan Persatuan Rekreasi Nulu Tinorindak Kg. Lembah Permai dengan kerjasama Gansau Gansau Hiking dan Sabahan Trek Series. Ada 45 orang peserta yang join trip ni. Datang dari bermacam-macam tempat dan group. Group kami dari KK ada 8 orang; me, Syarq, Ijacomel, Bibi Kak Nurul Kak Fatin, Ira dan Kak Jen.
Seawal jam 5.40 pagi kami bergerak dari stesen Petronas Bakut ke Kundasang. Sampai di bata merah Kundasang, ngam-ngam jam 7 pagi. View cantik tapi cuaca pagi tu nda sesejuk 12 feb yang lalu. Kurang sejuk hari tu hee. Lepas bergambar sekejap, kami decide untuk bersarapan dulu di Intan Restoran. Makan nasi goreng dan teh panas untuk isi perut, nyummss..
Kenyang perut, sekarang bercantik-cantik dulu hee (Credit Photo: Syarq)
Selesai sarapan, kami kembali ke tanah merah, ada sudah penganjur menunggu sana. Kami kena bagi borang, isi dan terus buat bayaran sebanyak RM 35 untuk hiking 3 hill. Bayaran RM35 tu termasuk makan. Semua peserta sudah sampai, settle semua urusan. Kami kena bagi briefing tentang perjalanan dan keselamatan, lepas tu group foto. Destinasi pertama ke Piramid Hill.
Kepanasan, semua cover muka hee (Credit photo: Kak Fatin)
Group photo (Credit photo: Kak Fatin)
Dari tempat berkumpul (bata merah) kami follow kereta si Gansau (guide hee) ke Jalan Kundasang-Kauluan. Sama jalan untuk ke Desa Cattle Dairy Farm tapi nda sampai sana. Di area Cinta Mata Mesilau, kami masuk satu simpang lurus ke depan. Jalan gravel k. Kebal kereta myvi Syarq hee, TQ Blackie. Jauh juga la masuk ke dalam. Nda lama tu kami sampai juga di starting point Piramid Hill. Piramid Hill ni terletak di Kg Kauluan. Lewat juga la kami start hiking hari tu. Mau dekat jam 9 suda, mau panas-panas sudah hee.
Semua sudah sampai, kami pun memulakan pendakian bukit pertama. Laluan boleh tahan juga. Naikkkkk seja ke atas. Kiri kanan teda pokok-pokok besar, yang ada lalang, rumput dan tumbuhan kecil. Terus berjalan dengan hati, pusing ke belakang Subhanallah! Cantiknya view, amazee.
Banyak kali stop untuk bergambar. Macam rugi kalau nda bergambar hee
Bergambar lagi hee..
Biru-putih-hijau
Tinggi kann, ada tali juga untuk berpegang
Banyak kali stop untuk bergambar. Macam rugi kalau nda bergambar hee
Bergambar lagi hee..
Biru-putih-hijau
Tinggi kann, ada tali juga untuk berpegang
Naik dan naik.. Kami sampai juga di puncak Bukit Piramid. Puncak nda luas, besempit-sempit ni di atas. Mau bergambar di signboard pun kena berganti-ganti. Jangan bertolak-tolak, kalau tertolak, berguling la ala kuch kuch hota hai ke bawah haha..
Mana yang sampai dulu boleh la bergerak turun ke bawah. Kami yang terakhir turun sebab nda puas bergambar hehe. Ada guide juga tunggu dan sama-sama jalan ke bawah.
Paling last turun sebab mau gambar melompat lagi hee. (Credit photo: Kak Fatin)
Siok la bukit ni. View cantik, sejuk mata memandang. Aman dan damai. Turun ke bawah kena hati-hati, tanah tu agak kering. Kalau nda slide la terus turun ke bawah hee.
Sempat lagi minta ambik gambar sebelum turun hee (Credit Photo: Gansau Gansau)
Seterusnya, kami bergerak ke Sosodikon Hill. Masih di kawasan yang sama. Kami bergerak ke depan ke starting point Sosodikan Hill.
No comments:
Post a Comment