Thursday, April 13, 2017

Hiking: Bukit Garas, Kota Belud

12 Mac 2017
Bukit Garas, Kg. Terintidon, Kota Belud

View dari puncak Bukit Garas. Sedap ja mata memandang

Yeaaa hiking lagi. Kali ni kami hiking di Kota Belud plak.

Seawal 5 pagi kami bergerak ke Tuaran, pi rumah Anis sebab kami naik kereta dia. Senang semua duk 1 kereta. Lepas tu kami ke stesen Shell Tuaran tunggu Kak wan dan geng Kak Nurul. Dorang la organizer trip ni hee.. Kami ni mau ikut ja, nda tau malu kan.. Tiba-tiba join dorang hiking hehe.



Masing-masing ada perangai sendiri hehe. 

So lebih kurang jam 6 pagi kami bergerak ke Kota Belud. Kami berjanji ngan Nor jumpa di Petronas Kinasaraban.

Adik-adik yang baru bangun tidur dan masih lagi tidur hee

Kami sampai di Petronas Kinasaraban lebih kurang jam 7 pagi. Lepas toilet break, kami meneruskan perjalanan kami ke Kg. Terintidon. Oh yaa, hujan k pagi tu. Dari KK lagi hujan sampai la ke KB. Dalam perjalanan ke Kg. Terintidon pun hujan so kami sudah set mind hiking ke atas ni memang jalan licin dan licak.


Penghibur dua orang ni. Memang havoc sepanjang perjalanan ke Kg. Terintidon

Mau 1 jam juga la sampai Kg. Terintidon, jalan gravel kan so bawa kereta pun berhati-hati. Kereta orang wei hehe, nanti nda dibagi pinjam lagi untuk next trip hee.. Walaupun jalan gravel, perjalanan tu nda membosankan k haha.. Teda line kan, radio pun teda lagu, kami pasang lagu di hp ja. Naaa berabis kami berkaraoke. Lucu arrr, lagi lagi 2 hot mama di depan tu, dorang la berabis, nda bosan, nda mengantuk terus hehe..



Simpang ke Kg. Terintidon

Kami pun sampai di Kg. Terintidon, starting point untuk mendaki Bukit Garas. Sebelum mendaki kena daftar dulu dan buat bayaran RM16. Bila semua peserta sudah ready kami pun bergerak ikut guide masing-masing. 1 guide bawa 5 orang. Kami apalagi, follow la guide yang ensom haha.



Pondok pendaftaran


Tempat duduk rehat rehat

Cuaca still mendung dan hujan renyai-renyai tapi pendakian masih boleh diteruskan. Yang nda dapat tu mandi sungai hukhuk (kecewa).


Kami yang semangat dan bersedia untuk menawan Bukit Garas


Starting point untuk hiking Bukit Garas


Turun tangga dan jumpa jambatan gantung


5 orang + guide sekali jalan.


Muka nebes.. berguyang-guyang tu jambatan gantung. Nasib cantik gambar hee..

Kami pun naik slow-slow.. Penat berhenti minum air dan makan pisang. Then sambung lagi. Gilak mencabar juga naik ni.. Ada juga area-area curam, yang mau dekaattttt sudah sama puncak hehe.. Ada tali-tali juga untuk pegang. Langkah berhati-hati sebab licin juga ni mau naik. Kalau turun lagi la hehe..



Ni masih intro intro lagi ni. Gagah lagi bergambar hehe


Ada lalu kawasan berbatu batu besar lagi tapi teda plak gambar. Simpan dalam beg sebab hujan renyai renyai hee..


Hentian ntah ke berapa..


Hehe bergambar lagi kamii..

Lepas dari hentian tu, naik terus sda ke atas. Ada tali-tali untuk berpegang.. And finallyyyy kami sampai juga di puncak Bukit Garas wohooo~





Yay we did it!! Kak Nurul lagi belum sampai hee..



Perbincangan nasi lemak hikhiks..


Ada khemah dan tempat duduk untuk berehat


Yay!! Saya sampai di Bukit Garas sdaaa..

Lama juga kami di atas ni, tunggu dorang-dorang yang belum sampai. Kami bergambar-gambar dan menghabiskan bekalan yang di bawa naik ke atas hee.



Group photo, team campur campur

Puas berehat, kami pun memulakan perjalanan turun yang gilak-gilak mencabar haha.. Hujan stop sudah tapi tu jalan licak licin. Naa bersedia la untuk sliding dan shuffling hehe.. Jeritan jeritan manja pun kedengaran hahaha..



Mami Nurul, cam biasa mesti ngan guide hehe..


Adidas kampung yang banyak berjasa, IlopU


Area batu2 kami stop bergambar sekejap hee..


Haaa ni gambar batu besar, time turun baru tergambar

Fuhhh alhamdulillah selamat sampai di bawah. Tiada kecederaan hehe.. Kesiannya nda dapat mandi sungai huhuhu, air deras berabis jadi dilarang mandi sungai.. Kami pun bersihkan diri, tukar pakaian dan makan. Sedap tu nasi ayam *thumbs up!*



Konon-konon nda nebes hehe


Tangan sebelah berpegang juga sama tali besi 


Air ni siuk untuk rafting


The jambatan gantung

Habis makan kami stay ja dalam kereta sambil tunggu Nor, Zila & Ira sampai ke bawah. Ntah jam berapa dorang sampai tapi dekat-dekat jam 4 gitu kami gerak dari Kg. Terintidon balik ke KK. Awal-awal perjalanan masih ada tenaga lagi kami menyanyi sekali kena pasang surah Yasin semua pun zzzZZZzzz hahaha. 

Siok la naik Bukit Garas tapi sedih sebab nda dapat mandi sungai. Its okay, next time kita pigi lagi wohoooo~

4 comments:

  1. The sungai and jambatan gantung are so nice. Mau ambik pic byk-byk ni next time kalau p sana. View di puncak pun cantek hehe.. inform me kalau ada lg trip p bukit garas k... Thanks in advance Fikaaaa :-) :-)

    ReplyDelete
  2. lokasi d mana ni?jalan Kota Belud?

    ReplyDelete
  3. Kg. Terintidon. Jalan dari Kem Paradise boleh, dari Jalan KB-Ranau Bypass pun boleh. Boleh search di Google Maps :)

    ReplyDelete
  4. Berapa ketinggian bukit garas ni..

    ReplyDelete