10 Mei 2017
Yokyakarta
Good Morning Jogja! Kita sambung lagi kisah hari kedua di Kota Jogja.
Awal bangun hari ni, ada energy sudah mau explore Jogja Day 2. Kami get ready dan turun bawah untuk breakfast. Awal breakfast jam pagi hee..
Jam 8 pagi kami ready ke destinasi pertama, here we go!
Merapi Lava Tour
Destinasi pertama untuk hari kedua di Jogja ialah ke Gunung Merapi untuk aktiviti Merapi Lava Tour. Perjalanan dari kota ke sini ambil masa lebih kurang 1 jam. Nda juga tertidur dalam perjalanan, banyak bercerita hee..
Selepas 1 jam kami sampai di start point untuk naik jeep. Yep, untuk explore Merapi ni kena naik jeep. Excited la kan dapat naik jeep.
Yaaa, bergambar dulu sebelum memulakan perjalanan
Tapiii.. jangan excited sangat deq, start perjalanan doii tu jalan bukan gravel biasa biasa cam gravel logging atau ladang kelapa sawit, lagi dahsyat lagi ekstrim hahaha. Nda boleh duduk diam, memang bergoyang goyang badan. Mau nda mau ko kena ikut tu gerakan kalau nda tambah la sakit badan hehe.
First stop ialah ke salah satu rumah tinggalan kesan letusan Gunung Merapi, Omahku Memoriku Rumah ni dijadikan muzium dan pengunjung dapat la info tentang letusan-letusan yang pernah berlaku dan melihat barang-barang tinggalan yang terkesan oleh erupsi.
Ramai orang melawat muzium ni especially student, siok ni dorang buat lawatan ke sini. Driver jeep kami bawa kami jalan di dalam dan bagi sedikit penerangan juga. Dia juga la yang tolong ambik gambar, makasih pak :).
Next kami ke kawasan yang nampak view Gunung Merapi. Sampai di sini penuh sudah ngan budak sekolah hehe. Di sini kami bergambar dengan batu yang ada muka orang. I mean ada mata, hidung n mulut. Tengok lah digambar, nampak ka?
Then kami bergambar dengan Gunung Merapi. Tapiii nda nampak ni gunung, kena tutup awan, malu-
malu dia hehe..
malu dia hehe..
Sebelum ke tempat seterusnya kami photoshoot di jeep konon hahaha.. Bila lagi kan?
Bapak tu okay ja kami bergambar. Take your time haha
Hoorayyy, sampai juga Merapi. Next time kita hiking Gunung Merapi plak.
Puas sudah bergambar, kami bergerak ke tempat seterusnya iaitu ke Rumah Mbah Maridjan, Jurukunci Gunung Merapi. Mbah Maridjan meninggal dunia di rumahnya akibat awan panas, dia nda mau tinggalkan rumah walaupun tau ada tanda-tanda gunung mau meletus sudah. Ada dua penyelamat datang ke rumah mbaa Maridjan, tapi dorang nda sempat menyelamat kerana turut terkorban akibat awan panas. Gitu kisahnya, kalau rasa nda betul boleh google :))
Sekarang Gunung Merapi dijaga oleh anak Mbah Maridjan.
Kawasan rumah mbah Maridjan. Tepi tu ada jual-jual kerepek dan souvenir
Barang tinggalan
Motor dan mobil yang terkena awan panas
Dalam kenangan. Al-fatihah.
Tamat Merapi Lava Tour, kami kembali ke starting point. Then, sampai sana ada perempuan datang dekat dan tunjuk gambar kami, dia jual arr.. Ya ada satu perempuan ni siok-siok ambik gambar kami, heran la kan juga, sekali fikir-fikir Fifi cakap dia jual kali tu, sekali betul juga. Ntah ada berapa keping tu, di beli la semua tu gambar hee.
Bha jom gerak ke destinasi seterusnyaaa..
dah lama tak ke seberang...salam Ramadhan..
ReplyDelete