Travel: Yokyakarta Wohoo!! Day 2 Part 2

11:51 AM

Cave Tubing, Goa Pindul.

Goa Pindul ni terletak di Gunungkidul, jauh la juga dari lokasi Gunung Merapi. Apalagi, tidur la kan dalam van, cas tenaga haha. Selepas 1 jam lebih akhirnya kami sampai.


Pakej yang tersedia. Lupa apa nama agen tempat kami pigi ni hee.

Kami pi tukar baju dulu. Ada tandas berbayar Rp3000 untuk tukar baju, mandi dan buang air. Selepas tukar baju, kami ikut ni satu lelaki nda tau apa nama. Dia terangkanlah apa aktiviti yang ada cam rafting dan cave tubing. Kami ambik cave tubing ja, itu yang sudah ada dalam pakej. Next time try rafting pulak (Ada reason sda mau repeat Jogja hee).


Ready girls? Lets gooo~

Selfie la lagi hee..

Ada satu guide yang bawa kami, again lupa lagi nama bapak ni heee.. Dia suruh pakai lifejacket then kami bergerak ke start point cave tubing.

Banyak life jacket dijemur. Mesti pakai, then kasi ketat.

Terus rasa macam pakai bengkung haha

Di sini pun ramai pengunjung, pelajar sekolah yang ramai, siok eh dorang ni. Eh sebelum ke start point singgah pi ambik 'donut' besar hehe.. Berebut-rebut k budak-budak sekolah tu. Aku, fifi & Kak Nurul kasi biar la dorang duluan kan, nda kan mau ikut berebut. Tapi tu satu orang tu, si Nor bikin heran kenapa dia ada juga sana sama sama ngan dorang hahahaha.. Nasibbb nda kena hempap oleh tube-tube tu.

Berebut dorang ambil, aku perhati ja perempuan yang pakai jaket oren tu -_-

Selepas keadaan tenang, bergambar la dulu sebelum ke start point

Then kami berjalan sambil angkat tube ke start point aktiviti cave tubing.

Ayohh~

Sampai sana, mak aiiii O_O punya ramaiii, sesak penuh orang duduk dalam tube hahaha. Bapak tu cakap nda paya la kita ikut dorang. Mari la kita bergambar-gambar dulu. Kami pun apa lagi, suka seja hee..



Mau juga gambar loncat loncat hee. Awas jatuh ke air hik..


Naaa ramaikan duduk di tube mau masuk ke gua

Selesai bergambar kami pun ke air, ready-ready mau duduk di tube masuk gua wohooo. Tour ni ambik masa 45 minit.


Hooraayyy, tazabar nak masuk goaa..

Duduk relax ja di tube ni, sambil ditarik ke dalam

Shmilee girlss~


Gambar dalam bulatan lagi 

Agak slow perjalanan dalam cave ni, siok la mau relax-relax tapi jangan sampai tertidur hehe.. Bapak guide banyak bercerita tentang Goa Pindul ni, ada sejarahnya. Aku duduk di belakang jadi cam nda berapa dengar apa dia cerita hahaha. Aku tumpang dengar cerita guide sebelah hee.. Panjang gua ni 350 m dan lebarnya 5 m. Kedalaman air ni berbeza dalam anggaran 5 hingga 12 m.

Entering the gua


Mau bergambar di dalam gua tu gelap. Teda kami bawa kamera handphone, GoPro ja. Sampai di hujung, ada cahaya baru kami bergambar lagi tapi banyak bergegar haha. Di kawasan hujung tu boleh sudah turun mandi-mandi tapi kami tetap di tube nda mau basah kunun hehe.. 



Mau habis sudah tour. Area sini boleh turun dan mandi manda

Bergegar gambar, bapak tu yang ambik huhu

Eh panas, cover muka yang sedia gelap 

Masih enjoy, mandi mandi

Da-da Goa Pindul, ketemu lagi~

Naaa tamatlah aktiviti cave tubing di Goa Pindul. Makasih ya pak, terima kasih infonya, sampai ketemu lagi!

Tukar baju, ready sudah semua then kami gerak ke destinasi seterusnya. Power nap sekejap hee..

Timang Beach, Gunungkidul

Jauh k perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Ni jalan lagi mencabar, bengkang bengkok sempit lagi. Berlimpas dengan bas bikin seram haha..

Mau 2 jam juga akhirnya kami sampai juag di satu kampung ni. Kampung ni la laluan ke Timang Beach. Ingat mobil boleh la masuk ke sana, nda boleh k. Hanya Jeep dan Ojek (motor) yang boleh lalu ke sana. Motor!! serius bhaa?? Aku seram sejuk sudah haha tapi nda la tunjuk sama dorang. Nor naik ojek sudah, then aku pun naik juga la. 

Teda tergambar tu jalan menuju ke Timang Beach. Pertama kali la lalu jalan gitu ngan motor, 3 km arr. Nda sama tu jalan cam jalan logging atau ladang kelapa sawit arr.. Batu besar-besar, ada naik bukit, turun bukit, ada sikit la jalan aspal bersimen. Motor ni pun cam larat nda larat ja mau bawa aku. Keluar air mata ja nda sebab takut naik motor, rela jalan kaki hahaha. Sabar ja la orang yang bawa ojek ni sama aku sebab bising. Selamat sampai di Timang Beach, mau turun motor la ni, 1 kaki sudah pijak tanah, sekali nda boleh berdiri dengan stabil terus tersungkur menyembah tanah hahahahaha bongokkkkk.. Lemah kedua kakiku, macam lumpuh ni. Try berdiri bergegar ar tu lutut ke kaki. Maigaddd nda pernah-pernah aku rasa gitu, first time la tu hahaha. Kak Nurul kesiokan dia ketawa, yang lain cam blur-blur nda tau pa kejadian. Syukur la sampai juga di sini


Timang Beach

Slow-slow ja aku jalan turun bawah, kaki masih nda kuat.


Untuk view dan moment ni sanggup la kan naik ojek hahaha.


Di sini boleh naik gandola atau lalu jambatan gantung untuk seberang pulau. Siapa berani silakan. I don't dare. Angin dan ombak kuat, memang hari-hari pun kuat. Nda mau la ambik risiko. Sampai di situ pun aku bersyukur sudah hee.





Bergaya gaya ja bergamabr situ hee



Puas sudah bergambar-gambar kami pun balik ke kampung tadi. Kali ni aku prepare mental dan fizikal sudah, nda mau sudah fikir takut naik motor, mau selamat sampai ja hahaha. Kabak-kabak juga my heart tapi aku relax dan diam ja. Si mas ojek ni pun bawa aku bercerita terus aku lupa pasal ketakutan naik motor, tau-tau sampai sudah di kereta. Eh sekejap juga? Baru ja mau cia cia cia hahaha..

-__- Thanks kak Nurul for the pic, ada juga bukti aku naik tu ojek hukhuk 

Terima kasih yaa..

Okay sekarang mau pi makan, tengahari teda makan, next destination ni baru kami mau p lunch.

Kampoeng Lobster

Jauh tempat kami makan untuk lunch haha. Kawasan ni famous untuk makan lobster. Ni salah satu tempat makan yang hidang lobster.


Spesial seafood katanyaaa


Di tepi laut, ombak kuat.

Sebelum lobster tu dimasak, selfie la dulu ngan dia.


Tempat makan ni di tepi pantai, sambil tunggu makanan siap dimasak, layan dulu view pantai dengan ombak kuat.


Tadaaa... Sampai sudah makanan. Bismillah, jom la makan.



Selain lobster tu, ada sotong, ikan bakar, ayam bakar, sayur kangkung, ulam ulam dan nda ketinggalan sambal super pedas. Semua sedap!


Kenyang perut senang hati, jom ke destinasi seterusnya. Malam sudah kami gerak dari sana. Mata ni pun berat ja, apa lagi tidur la haha.

Bukit Bintang, Gunungkidul

Tiba-tiba mobil berhenti, buka mata, eh di mana sudah kita ni. Serius blur arr, keluar mobil, nda stabil lagi berdiri hahaha.. Boleh lagi mau cakap apa kita buat di sini ni? huahuahua.. Sudah sedar diri baru la tau sekarang ada di Bukit Bintang. 

Ambik dulu gambar ni signboard Gunungkidul.


paling buruk sudah muka di sini, astagaaa.

Then kami berjalan dan terus berjalan. Sebelah kiri kami ni banyak kedai makan dan sebelah kanan jalan raya kereta lalu lalang, hati-hati yaa.

Kami sampai la di satu area untuk tengok view Kota Jogja. Cuaca baik, cantiklah, bintang-bintang pun banyak.



Area tu memang sesuai untuk lepak-lepak, dating-dating sambil makan jagung bakar hehe.. Duduk-duduk tengok view, memang siok. Memandangkan kami masih kenyang dan energy level yang sudah low, kami nda lama-lama pun situ. Dapat ambil gambar then kami decide mau balik. 

Sebelum balik ke hotel, kami minta cari dobi. Pusing-pusing, akhirnya jumpa dobi, mau tutup sudah tapi owner still terima lagi hee. Baju-baju tu esok dia hantar ke hotel.

Kami nda makan malam sebab masih kenyang. Sekali sampai hotel lepas mandi, lepak lagi kami kopi-kopi sambil makan pop mie haha.. Padahal esok mau bangun awal ar, setengah 4 harus gerak dari hotel. Huhu tunggulah apa jadi esok hahaha..


Pop Mie idaman hati. Padahal macam ada juga di Giant hik.

You Might Also Like

0 comments