Travel: Yokyakarta Wohoo!! Day 3 Part 1
2:30 PM
11 Mei 2017
Tjokro Style Hotel
Tjokro Style Hotel
Telefon bilik berbunyi, aku sedar aku angkat. Wake up call, lagu-lagu kedengaran. Aku letak balik, bangun pi ambik handphone bercas di meja makeup. Tengok jam eh baru 2.30 am bha ni, awal juga dia kasi bangun ni, jadi aku pun sambung la tidur sampai alarm 3.30 am bunyi.
3.30 am tu aku bangunlah, malas-malas lagi ni siapa suruh tidur lewat haha.. Mandilah ni, bersiap-siap. Yang lain pun bangun sudah, mandi dan bersiap. Fifie bagitau ada kena telefon lagi bagitau supirnya sampai, tunggu di bawah. Fifie jawab la okay, ngak apa-apa (konfiden arr haha). Sementara tunggu dorang bersiap, aku ikut la si Nor buat minuman panas, isi perut kasi panas-panas badan. Kami turun before 5 minit sebelum 4.30 am, relax lagi ar.. Datang la si Jito, kami pun pi van dan ready ke destinasi pagi tu Punthuk Setumbu. Tiba-tiba dia bagitau yang kami sudah lewat. Pelik la kan kenapa? Dia cakap patut gerak "setengah empat" which mean tiga setengah pagi hahahaha.. Astagaaaa, konpiden ja kami assume it as 4.30 arrr.. Nda lagi betanya-tanya setengah tiga tu apa. Sot sot.. Semua pun ketawa, siap marah Jito lagi lain kali cakap tiga setengah instead of setengah empat.
Sekian kisah setengah empat, panjang plak intro.
Sekian kisah setengah empat, panjang plak intro.
Nda apa la..kami teruskan perjalanan. Nda apa la tu sun rise.
Punthuk Setumbu
After sejam, kami sampai juga di Punthuk Setumbu. Banyak sudah kereta sampai, full parking. Kami park di bawah ja dan kena jalan naik ke atas. Ada juga servis ojek bawa naik atas tapi nda la kami naik. Rela aku jalan kaki naik atas. Nda juga jauh pun, macam la nda biasa hiking kan hehe..
After sejam, kami sampai juga di Punthuk Setumbu. Banyak sudah kereta sampai, full parking. Kami park di bawah ja dan kena jalan naik ke atas. Ada juga servis ojek bawa naik atas tapi nda la kami naik. Rela aku jalan kaki naik atas. Nda juga jauh pun, macam la nda biasa hiking kan hehe..
Simpang ke Punthuk Setumbu
Slow and steady ja kami naik atas, no rushing. Nor Singgah toilet lagi jap hee..
Di atas ada kaunter tiket, beli tiket. Harga lain untuk foreigner. Nda tau berapa Rp, Jito yang urus. Dapat tiket kami pun start berjalan slow-slow. Relax ja no rushing. Cuaca pagi tu pun berkabus so kemungkinan mau nampak sunrise tu agak rendah. Nda rugi juga la kami (mau kasi senang hati tu bha haha)
Kami singgah satu platform ni untuk tengok sunrise, bergambar dan lepak. Ramai juga stay-stay situ. Dapat la tengok sunrise juga hee.
Dari kejauhan, nampak Candi Borobudur
Keep smiling, kasi besar mata girls hehe
Sudah ambik gambar, kami teruskan perjalanan ke puncak. Ramai yang sudah turun ni hee. Nda apa lah, kurang-kurang juga orang dia atas.
Sampai atas masih ramai juga orang. Masing-masing dengan kamera, semua nda mau lepaskan peluang untuk capture view-view yang indah.
Kami pun nda lepaskan peluang.
Puas sda bergambar-gambar kami pun decide mau turun sebab mau pi destinasi yang seterusnya. Sana lagi mau bergambar kan..
Ramaiii, ada yang camping lagi. Awal sudah kali dorang di sini.
Sekalinya, baru kami ternampak foto spot yang selalu kena post-post di IG or FB. Laaa di sini plak.
Dorang berbaris menunggu giliran bergambar
Dari Punthuk Setumbu ke Candi Borobudur ni nda la jauh, ada la dalam 20 minit gitu. Masa sampai tu banyak sudah kereta dan bas bas wisata. Wow awal dorang sampai. Sebelum menjelajah candi Borobudur, kami breakfast dulu di gerai gerai yang ada. Banyak gerai makanan sini.
Settle urusan pembelian tiket boleh la masuk ke dalam. Ada perkhidmatan tour guide juga di sini. 1 bapak ni offer diri dia jadi guide kami, 1 jam untuk IDR 100.000. Nda pikir panjang, kami terus hire Pak Trisno.
Kami naik 1 level ke 1 level, sambil tu diceritakan apa mkasud ukiran-ukiran (relief) pada dinding candi
Iyaaa, ke arah sana spot selfi ya mbak..
The view, Subhanallah
Dorang berbaris menunggu giliran bergambar
Kami terpigi spot love love ni ja, spot lain panjang berbaris. Ada ayunan lagi tapi nda la terpigi sebab panjang barisan hee. Kami minta 1 budak lelaki ni tolong ambik gambar. Makasih.
Kami di love love ja la.
Puas bergambar, kami pun turun bawah. Masa turun, ramai lagi yang naik atas.
Settle Punthuk Setumbu, Sampai ketemu lagi yaa.. Next destination ialah ke Candi Borobudur!
Candi Borobudur
Hijau. Sejuk mata memandang.
Kenyang juga makan ni untuk sarapan pagi hee..
Selepas sarapan nasi goreng dan jus alpukat, kami pun bergerak ke kaunter tiket. Kaunter tiket local dan foreigner ni berbeza. Kami ke kaunter untuk foreigner, bayaran mahal sikit dari local.
Kena berjalan lagi untuk ke kaunter tiket
Peta Borobudur
Sambil tunggu tiket, ada 1 mbak cantik bagi kita kad minuman. Boleh pilih mau minum tea, coffee atau air mineral. Minum-minum la sekejap.
Tea & Coffee
Selfie ngan Pak Trisno sebelum tour
Daun Buddha. Bentuk seakan loceng atau stupa candi
Posing lihatlah sepatu kami -_-
Naik tangga lagi untuk sampai ke candi. Ramai pelawat.
Nda nampak plak tu buah. Ni pokok buah Majapahit.
Dengan bantuan Pak Trisno, maka bermulalah eksplorasi Candi Borobudur kami.
Haaa inilah Candi Borobudur. Mula-mula berpikir juga, punya tinggi mau naik tangga ni, larat ka nda?
Candi Buddha yang terbesar di dunia
Sedikit info tentang Candi Borobudur:
-Merupakan candi Buddha yang terbesar di dunia
-Candi berbentuk stupa ini didirikan oleh para penganut agama Buddha Mahayana
sekitar tahun 800-an Masihi pada masa pemerintahan wangsa Syailendra
-Monumen ini terdiri atas enam tera berbentuk bujur sangkar yang diatasnya
terdapat tida pelantaran melingkar.
-Pada dindingnya dihiasi dengan 2,672 panel relief dan aslinya terdapat 504 arca Buddha
-Mempunyai koleksi relief Buddha yang terlengkap dan terbanyak di dunia
-Stupa utama terbesar terletak di tengah sekaligus memahkotai bangunan ini,
dikelilingi oleh tiga barisan melingkar 72 stupa berlubang yang di dalamnya terdapat arca Buddha duduk bersila dalam posisi teratai sempurna dengan mudra (sikap tangan)
Dharmachakra mudra (memutar roda dhrama).
Sumber: Wikipedia
Jap lagi aku sampai atas sana yaa..
Tapi Pak Trisno nda bawa kami naik dari sana. kami bermula dari bahagian selatan. Yaa kami naik tangga di bahagian selatan.
Susunan blok-blok tanpa simen.
Ko dah kenapa Jeha?
Gambar fevret, shoot si mami. Istidi mami Nurul!
Bergambar dengan salah satu arca. Setiap posing tu ada nama dan maksud tersendiri. Yang di atas ni Dhyana mudra yang melambangkan semadi atau meditasi. Jangan terkejut kalau nampak arca yang teda kepala. Tu sebab pecah akibat gempa bumi.
Tu arca sebelah Nor tu teda sudah kepala sama tangan
Background kami bergambar tu, yang bukit bukit di belakang tu, Pak Trisno bagitau itu seakan-akan Buddha sedang tidur, Kamu nampak?
Naik lagi sampai ke atas
Finally kami sampai ke level paling atas. Aik? Nda sedar pun. Nda juga penat, panas jak la Hehe
Stupa stupa mengelilingi stupa utama
Yeay! Sampai juga di atas
Ini Abhaya mudra bermaksu ketidakgentaran
Masing-masing buat gaya. Semua ada 6, kami buat 4 ja la
Gambar loncat tidak dilupakan
Stupa-stupa mengelilingi stupa utama
Bersama arca Dharmachakra mudra melambangkan pemutaran roda dharma
Puas sudah bergambar dan berjalan 1 round di level tu, kami decide untuk turun. Matahari naik sudah, panas berabis padahal baru jam 9 lebih. Orang pun makin ramai. Laluan keluar kita kena ikut tangga utara.
Laluan keluar
Bahagian utara candi
Pak Trisno laju dia turun, aik napa dia laju ni, belum lagi bayar. Rupanya dia pi ambil daun pokok jati. Dia mau kasi tengok kami yang daun tu digsok-gosok dapat la pewarna merah. Pewarna merah asli la tu, dari daun pokok jati.
Dengan info terakhir itu, maka tamatlah tour candi borobudur bersama Pak Trisno. Nda rugi eh. Dia bawa tempat bergambar best, dia tolong ambik gambar, info-info pun semua mantap. Semoga segala urusan bapak dipermudahkan. Sampai ketemu lagi ya pak :).
Salah satu posing wajib
Exit dari kawasan candi ni jauh lagi. Dekat dekat ngan exit tu, naaa sanalah ko kena agak oleh penjual-penjual. Macam-macam dioffer, berkeras mau tolak. Ada 1 lelaki ni follow aku, offer magnet mula 5 magnet IDR100.000, mau keluar dari pintu besi sudah ni dia offer 10 magnet untuk IDR 100.000. Sebab cepat kesian (nda kuat hati haha) aku pun beli la juga. Then cepat-cepat jalan kejar dorang Kak Nurul.
Keadaan masih aman
Sekali keluar, naaaaa banyak lagi gerai-gerai jualan. Semua offer murah murah pecah telur gitu. Tshirt 7 helai untuk IDR 100.000. Tapi kami limpas limpas ja sebab kejar masa yang diberikan. Mau cepat keluar sebab mau gerak ke destinasi seterusnya. Sempat beli kuih Bakpia ja sebab nampak Nor beli jadi aku pun join beli. Lepas tu nda beli sudah, cepat-cepat jalan mau keluar dari sana.
Kurang aman haha. Banyak barang menarik, offer menarik.
Fuhhh, lega dapat keluar dari kesesakan. Sudah keluar, pening lagi cari si Jito. Nda tau di mana tempat jumpa. Kami decide untuk pergi gerai yang kami makan tadi. Sudah lah jumpa tapi nda nampak pun orangya. So kami duduk dan order minum. Nda lama tu, lepas kena call baru la dia ada. Masuk mobil, pasang aircond kuat-kuat dan rehat sampai tertidur hehe..
Ke mana kita lepas ni??
0 comments