Travel: Yogyakarta Wohoo!! Day 3 Part 3
1:30 PM
11 Mei 2017
Wisata Alam Pantai Pasir Kadilangu
Selepas menjelajah Wisata Alam Kalibiru, kami bergerak ke lokasi seterusnya. Dalam perjalanan, apalagi mau buat, power nap lagi la hehe..
Lokasi dari Kalibiru ke Kadilangu dalam sejam gitu lah.
Lokasi dari Kalibiru ke Kadilangu dalam sejam gitu lah.
Tanpa membuang masa, kami explore la tempat ni. Tempat tarikan Kadilangu ni kawasan Hutan Paya Bakau. Punya kreatif dorang ni, dapat dorang kasi cantik-cantik dan jadikan tempat pelancong. Hebatkan?
Then kami berjalan lagi dan mula excited untuk bergambar di spot-spot bergambar yang disediakan.
Nda tau la ni kena panggil apa. Sungai la kali sebab di hujung sana terus bertemu dengan laut. Ada bot-bot bawa penumpang then bawa dorang jauh sana. Ada perkampungan kali di sana.
Jalan dan jalan then sampai la ke area fotospot yang keren keren.
Sampai di jambatan kami bergambar di signboard. Simpang kanan pertama akan jumpa beberapa fotospot. Kami decide untuk ke simpang kedua sebelah kiri.
Iyaaa, cintaku terbangg
So area ni banyak fotospot yang menarik. Nama-nama spot tu seperti signboard di atas.
Wefie dulu sama mbak mbak yang manis
Then kami tertarik untuk bergambar di spot "Cintaku Terbang". Terbanglah sangat -_-
Then ada satu insiden menarik terjadi di sini. Turn aku sudah mau ambik gambar. Sekali dengar kak Nurul melatah. Melatah melatah rupanya handphone jatuh ke bawah, di paya tu hahaha. Teda plak gambar hp tu di paya sebab panik kali. Cepat-cepat cari orang untuk tolong ambik hp kak Nurul. Aku minta tolong dengan orang di jeti, Fifi ke hujung sana minta tolong sama budak-budak. Maybe kebetulan dorang main-main di paya tu kan, dorang la dulu pi selamatkan hp kak Nurul. Nasib selamat hp kak Nurul, sikit ja yang tenggelam dalam paya tu hee.
Kami terus berjalan sampai ke hujung. Yala jalan-jalan mau tengok apa lagi tempat bergambar yang cantik.
Naaa kami jumpa Doraemon
Inilah penghujung fotospot di area ni. Ada pondok untuk berehat dan bergambar-gambar
Esehhh, konon
Puas bergambar di sana kami berjalan ke tempat lain. Ada satu tempat bergambar yang kami tengok di IG tu nda pandai jumpa-jumpa. Dia di dalam hutan paya tu. Sekali terjumpa signboard di bawah ni. Rupanya tercabut sudah tu papan yang ada ayat ni "Lupakan mantan". Nda apalah.. Dilupakan sudah juga.
Begambarlah kami di dalam hutan paya ni.
Lalu jambatan untuk ke fotospot diseberang. Kami tertarik dengan Eiffel Tower yang dibina dari bamboo.
Tadaaaaa~ Eiffel Tower Jogja hee. Ramai juga orang mau melawat Eiffel Tower ni hehe.
Yayersss! We're here.
Belum puas bergambar, kami cari lagi fotospot yang menarik. Fifi tiba-tiba mau p tandas, so dia nda join kami. Kami meneruskan misi bergambar.
#cintapertamasilapergi
#cintakugedeksekali
Sini pun ada cerita bikin kesian juga. Kami minta tolong satu pria ni yang datang sama keluarga (kaka, cewek & budak lelaki comel) untuk ambik gambar kami. Kebetulan dia sudah ada di atas tu, kami minta la tolong hehe. Siok -siok kami take turn untuk bergambar, tiba-tiba budak tu terbalik terjatuh ke paya tu. Terkejutnya kami.. Kisahnya dia mau duduk di bambu yang yang pagar tu, tapi bambu tu nda kuat, budak tu nda dapat kawal badan dia terus terbalik kebelakang. Mamanya try pegang tangannya tapi terlepas (berat kali). Nasib budak tu nda apa-apa, cepat-cepat dia bangun then nangis (terkejut) dan minta kena ambil naik atas. Si abangnya la yang cepat-cepat turun selamatkan dia. Kesian-kesian. Mamanya terus peluk sapu-sapu kepalanya dan kasi tenang dia. Terus dorang jalan tinggalkan tempat tu dan kami. Tinggallah kami bertiga di situ hahaha..
Gambar terakhir yang diambil. Lepas tu dia berlari selamatkan adiknya hehe
#sambutlahtanganku
Love yourself!
Ni spot sangkar burung
Last sekali di sini... Beakhirlah sesi foto-foto. Walaupun panas, ramai orang dan penat tapi kami tetap enjoy. Jauh wei mau ke sini jadi rugilah lah nda bergambar dengan semaksimumnya. Sekarang terasa sudah haus dan lapar, marilah cari makan.
Kami kembali ke area gerai-gerai makanan. Sekali nampak Fifi. Kami masuk dan makanan sudah sedia terhidang waaaaa~. terus kami order air kelapa lagi. Memang ngam lah untuk kasi hilang dahaga.
Wefie dulu sebelum makan nyum nyum..
Lumayan juga makanan kami tu. Ada ikan masak masam manis, sotong goreng dan kupang masak sos. Minuman plak air kelapa, memang sedap laa.. Kenyang berabis kami petang tu hee..
Kenyang perut senang hati. Kami pun meninggalkan Wisata Alam Kadilangu, sampai ketemu lagi!
Perjalanan diteruskan ke Kota Jogja. Ya malam ni kami akan ke Jalan Malioboro untuk berbelanja. Wahh berbelanja la sangat. Dalam 2 jam gitulah baru kami sampai ke Kota Jogja.
Hamzah batik
Malam tu ramai sangat orang, ada acara di bandar tu. Kami shopping di area Malioboro. Masuk kedai Hamzah Batik ni. Banyak batik cantik-cantik, harga ada yang murah ada yang mahal, ikut kualiti batik tu.
Kawasan Malioboro
Aku ngan kak Nurul belanja di luar-luar ni. Beli t-shirt dan key chain ja. Banyak juga pilihan, kalau rajin boleh tengok satu satu gerai dan pilih-pilih. Harga tetap la pulak, nda boleh tawar-tawar. Murah lagi tshirt tshirt di gerai Borobudur (menyesalll haha). Maybe beza dari segi kualiti la, so ikut citarasa dan bajet masing-masing.
Nda lama pun aku ngan kak Nurul shopping. Sudah dibeli apa yang dimau, kami keluar dari lorong tu. Sesak dan panas, nda tahan wei haha.. Kami keluar dan lepak di tepi jalan sambil tengok gelagat manuasia. Kami tunggu Nor dan Fifie lagi shopping.
Selesai semua membeli belah, kami pun kembali ke kereta dan menuju ke rumah Jito untuk makan malam. Makan malam simple ja malam tu tapi kenyang juga. Maybe sebab petang sudah makan banyak jadi ngam la makan malam, malam tu. Time ni energy level memang betul betul LOW. Si Nor macam nda boleh buka mata sudah, ampai kepala sudah dia di meja makan, kesian hee.
Minuman herba
Mee Jawa Sup
Mee Jawa Goreng
Selesai makan kami pun berangkat pulang ke hotel. Sampai hotel aku terus mandi sebab badan ni panas dan melekit. After mandi baru kemas beg. Uwaaaa esok mau balik sudahhh. Macam sekejap ja pulak di Jogja.
K la mau rehat dulu. Tadaaaa~
0 comments