9 July 2017
Edu-Tourism Kowatuan, Kg. Sayap, Kota Belud
Wohooo first hiking trip selapas 2 bulan cuti rehat nda buat apa-apa aktiviti keluar peluh dan bakar lemak. Siok betulkan makan kelupis, daging hitam dan kari hehehe.. Selepas seminggu beraya tiba-tiba terfikir mau buat aktiviti. Last minute planning. cari info tentang edu-toruism Kg.Sayap, cari geng siapa mau join then yaa it happened hee..
Ada macam-macam aktiviti hiking/ jungle trekking yang boleh dibuat di Edu-Tourism Kg. Sayap ni antaranya:
- Mendaki Gunung Nopungguk via Lituk Trail
- Mendaki Bukit Kowatuan dan Jungle trekking ke 10 air terjun
- Explorasi gua di Aura Montaria
Bincang bincang kami pilih trip no. 2, hike Bukit Kowatuan dan mandi air terjun. Syaq excited berabis nampak air terjun tu hehe.
Selamat Pagi Akinabalu!
Kami 4 orang ja dapat pegi Kg. Sayap ni; aku, Syaq, Bibi dan Meera. Yang lain masih busy di kampung, mood raya masih. Seawal 5.30 pagi kami gerak dari KK ke Kota Belud. Then dari pekan kami terus ke SK Sayap (meeting point). Lokasi SK Sayap ni kamu boleh google maps, ada tu, konfem nda sesat. Jalan ke KG Sayap gravel, disarankan bawa kereta 4 wheel gitu tapi kami bawa Myvi ja. Okay juga. Asalkan kereta tu nda lowered la.
Nopungguk via Lituk Trail (11 jam hike)
Lebih kurang jam 7.10 pagi kami sampai di SK Sayap. Ada sudah guide tunggu situ. Ensom arr. Semangat terus mau hiking pagi tu hehe. Syukur juga cuaca pagi tu cerah. Nda juga terlampau panas, just nice. Sebelum start hiking Si Jesmon (Admin Edu-Tourism Kowatuan) brief kami tentang perjalanan pagi tu. Kami hike dulu Bukit Kowatuan, then turun then jungle treking ke 10 air terjun. Pastu dia bawa lagi kami warm up, yalaaa lama sudahkan badan ni rest jadi di kasi kejut kejut la dulu hehe..
Jam 7.40 pagi kami start perjalanan ke Bukit Kowatuan. Kami berjalan 2 km ke simpang Bukit Kowatuan. Mula-mula tu jalan di jalan gravel ja, then kami lalu sawah-sawah padi bukit. Memang tenang ja perjalanan pagi tu. Tidak juga mau rushing. Okay ja guide kami si Rizues ni. Nda juga banyak dia mau jaga, kami 4 orang ja kan. Lepas tu kami lalu kebun-kebun buah, seberang sungai, titi bambu dan jambatan gantung.
Bismillah..
Sampai di simpang lebih kurang 8.30 pagi. Kami rest kejap minum air tambah tenaga. Lepas tu kami mula mendaki Bukit Kowatuan. Laluan trail hutan, siok nda panas, redup ja. Laluan ngam ngam untuk 1 orang jalan ja, sempit dan terus menaik 80 darjah. Huishh memang menguji stamina orang lepas beraya la hahaha. Some area ada disediakan tali untuk memegang. Banyak pokok-pokok hutan sama paku pakis gergasi.
Macam jauh sudah kami mendaki ni kan nda pandai-pandai sampai haha. Banyak kali juga la kami berhenti ambik nafas. Aku nda banyak minum air juga hike kali ni, mungkin sebab cuaca nda panas kan. Minum sikit ja kalau dorang kasi keluar 100plus. Balik-balik ni kami tanya si guide jauh lagi ka? Bila mau sampai ni? Guide macam biasalah cakap dekaaattttt sudah ni, senyum senyum ja hahaha. Kami mendaki. Then sampai satu area ni kami stop dan pandang ke belakang. Uwaaaaa cantiknya pemandangan. Nampak hijauuuu ja, banyak bukit-bukit di belakang. Macam bagi energy ni bha untuk teruskan perjalanan ke atas.
Kami terus naik then lalu lagi jalan di lereng bukit. Adui, ni kalau salah step ni, jatuh terus ni teda lagi tempat berpaut. Syukur la kami dapat lalu semua tu dengan selamat. Then final 100 m ni memang betul betul mencabar stamina, macam-macam aksi mendaki sudah, step mau naik besar-besar.
Yeahh we did it!
Lepas makan epal dan rehat, jam 10.35 pagi kami start turun bawah. Turun bukit ni pun mencabar juga. Tongkat sangat membantu untuk balance dan tahan kaki. Ada certain area tanah dia licin ni. Aku, Bibi ngan Syaq terlicin ni. Bergegar bha kaki ni mau turun, kekurangan tenaga haha. Energy berkurangan ni aduii, macam mana mau teruskan jungle trekking 10 air terjun ni.
Sampai juga kami di simpang. Bibi macam betul-betul habis energy ni, kesian. Disarankan pakai kasut yang sesuai untuk hiking ni. Kasut getah la paling ngam tapi kalau ada kamu yang nda suka pakai kasut getah, beli la kasut hiking. Aku ngan kasut getah ni memang serasi sudah.
Aktiviti seterusnya ialah explorasi air terjun. Ada lebih kurang 1 km lagi perjalanan kami. Sepanjang perjalanan tu memang akan nampak dan lalu air terjun. Bunyi air sungai memang kuat. 100 m dari simpang tu akan jumpa pondok rehat. Pondok tu boleh masak-masak, rehat dan tandas disediakan. Ada 2 air terjun sini; Air terjun Bundu Dahau dan Air terjun Dandahawon. Boleh mandi-mandi di sini.
Excited sudah nampak air terjun
Air terjun Bundu Dahau
Dandahawon
Boleh mandi-mandi sini
Pondok rehat
Kami teruskan jungle trekking kami. Tertipu kunun lagi kami bilangnya jalan rata seja, nda sudah naik-naik. Sekalinyaaa banyak lagi mau dinaik, ada anak tangga lagi. Di area ni pulak akan jumpa 1 lagi air terjun iaitu air terjun Tosung Tosung. Terus berjalan dan tiba-tiba Bibi berhenti. Dia cakap dia nda larat sudah mau teruskan, lemah sudah kaki dia, teda energy. Then nda kan mau kasi tinggal Bibi sorang kan. Sekali Meera offer mau stay kasi kawan Bibi. Try lagi bagi Bibi semangat untuk teruskan perjalanan tapi nda berjaya. Bibi mau stay dan dia suruh aku ngan Syaq teruskan perjalanan. Then kami teruskan.
Air terjun Tosung Tosung
Bibi kembali ke pondok. Puas juga dorang bergambar-gambar di air terjun Tosung Tosung
Seriously time ni energy level aku cam tinggal 20% bha lagi. Memang penat juga sudah. Nda larat mau melangkah dan hike. Banyak lagi arr bukit mau naik. Aduhhh jauh nya Air terjun Koliposuan ni. Nda sudah kami dengar bunyi air terjun ni. Si Rizeus ada juga bagi kami semangat, dia cakap boleh tu kamu. Slow slow ja kita. Kami pun terus berjalan, lalu tebing-tebing bukit lagi, kalau jatuh, jatuh terus p sungai. Nda lama tu aku dengar bunyi air. Kasi laju langkah then finally nampak sudah tu Air terjun Koliposuan. Aduiii syukur alhamdulillah ya Allah. Terima kasih atas kekuatan yang ko berikan kepada kami yang nda fit sudah ni.
Happy berabis aku ngan Syaq sampai di air terjun ni. Excited gila! Nampak air terjun tu macam ko masuk alam fantasi, macam dalam filem Disney Tarzan (Ini yang aku rasa bila sampai sana hee :)). Aku ambik gambar air terjun dan selfie. Lepas tu si Rizeus offer ambik gambar. Ya memang aku mau suruh ko ambik gambar hee. Si Syaq ni terus ke air terjun sudah, jumpa habitat kan hehe. Then aku pun join Syaq ke air terjun. Rizues ambik lagi gambar kami dua orang.
Boleh mandi di air terjun ni. Syaq kesiokan sudah shower di air terjun. Dari jauh pun terkena sudah tempias air terjun ni. Mula-mula aku nda mau join Syaq sebab sejuk. Sekali termakan pujuk juga. Memang nda menyesal. Siok berabis, air sejukkkkkkkk~. Kami bergambar-gambar then naik semula ke atas.
Isi perut, makan sandwich yang dibekal
5 minit sebelum jam 2 kami mula gerak balik ke SK Sayap. Syaq pun puas juga sudah dia mandi hehe *next time kita datang lagi untuk air terjun ja hee*. Nda lama tu hujan lebat turun. Naa basah la kami semua. Yang tadi niat nda mau mandi, mau kering ja pun ikut basah hehe. Siok betul mandi hujan dari awal sampai la di SK Sayap. Memang teda ambik gambar sepanjang balik ke SK Sayap. So sampai SK Sayap dalam 3 lebih gitu.
Basah kuyup, still okay untuk bergambar :)
Duduk duduk dulu di pondok tunggu hujan redha. Tapi sampai bila mau tunggu kan? So Syaq pakai payung, ambik baju then tukar baju dulu. Siap dia tukar baju dia kasi masuk kereta pi tandas sekolah. Dapatlah kami tukar baju. Lebih kurang jam 4 petang kami gerak balik ke Kota Kinabalu. Singgah kepsi lagi sebab kelaparan heee.
Ambik sijil
Anywayyy, trip sangat siok sangat santai. No rushing. Kami 4 ja kan. Thank you guide Rezues sebab bertahan mendengar bebelan kami dan sanggup tunggu kami yang slow ni. Okay juga la, ada juga dia bagi kata-kata semangat untuk teruskan perjalanan. Thanks juga Jesmon. Ada peluang kami datang lagi sini.
Kalau berminat mau buat aktiviti di sini boleh cek FB dorang : Edu-Tourism Kowatuan Kg. Sayap
berapa bayaran yg dikenakan?
ReplyDelete