Gunung Kinabalu 2017 Part 2

1:53 PM

21 Disember 2017
Kinabalu Park-Timpohon Gate-Laban Rata


Our nametag. Sedapnya mee hoon sup tu 😋  tiba-tiba mau haha 😂

Seawal jam 4.30 pagi kami sudah bangun. Awal kan hehe.. Nda semua la bangun, aku senang terjaga, dengar bunyi alarm terus bangun. Kami take turn mandi pagi (ya aulahhh air sejuk macam ais!!). Then kemas kemas lagi barang mana yang patut. Around 6.50 pagi kami gerak ke Kinabalu Park. Datang awal supaya dapat parking kereta di atas hee. Then, kami p ofis isi borang, sahkan nama, ambik nametag dan book + bayar guide. Kad Pengenalan mesti bawa ya. Settle urusan pertama.

Isi maklumat peribadi dan keluarga yang boleh dihubungi jika ada kecemasan

Jangan serius sangat sis 😸


Wajib swafoto berkumpulan 😄

Kedua kami pi sarapan la dulu. Lapar ni pagi-pagi, sejuk plak tu, so isi perut la dulu hee. Kami sarapan di bawah tu ja, Restoran Panataran. Turun tangga ja dari Kinabalu Park.


Hujan renyai-renyai


Swafoto lagi sebelum makanan sampai


Mee hoon sup ayam + milo suam for breakfast

Selesai sarapan, kami naik semula ke Kinabalu Park. Get ready, ambik barang dan jumpa 2 guide kami yang comel dan sado (Gelaran dari Kak Fatin 😉)

Urusan ketiga yang perlu disettlekan sebelum ke Timpohon Gate ialah timbang 2 beg besar kami untuk guide bawa. Ingat muat 1 bag, rupanya pakai 2 bag juga. 2 bag tu lebih kurang 12 kg, tu barang-barang untuk 7 orang. Cas dia RM 13/kg. Kalau mampu angkat beg sendiri boleh ja. Tapi kami memang awal-awal sudah decide mau share, so no problem. *Thanks BIBI💕 bawa banyak duit, tolong bayarkan dulu hee* Then untuk transport ke Timpohan Gate kena bayar RM9/return.  Settle semua pembayaran, kami p tandas dan ready masuk van ke Timpohon Gate.


Group foto di sini


We're ready! Fighting!

Ohyaa cuaca pagi tu hujan tapi nda lebat, renyai-renyai. Berdoa ja supaya nda makin lebat hujan. Sampai di Timpohon Gate, siap sedia pakai raincoat/poncho. Ada tandas juga di sini, bolehlah membuang sebelum mula jalan hehe.



Sebelum memulakan pendakian, briefing diberikan oleh dua guide kami; Ashraf dan Jamil. Dorang brief perjalanan hari ni dan sedikit info untuk perjalanan esok paginya.


Group foto dengan guide 

Settle briefing, kami wefie dan berdoa dulu sebelum keluar dari Timpohon Gate. 


Here we go, semoga dipermudahkan

Bismilllah.. Jam 9.40 am kami pun memulakan perjalanan ke Laban Rata. Slow-slow ja kami jalan, kasi panas enjin dulu. Betullah tu kan. Lagi-lagi kami yang nda fit ni, so jangan la waste energy mau gerak laju-laju. Berjalan dengan langkah kecil, tarik dan hembus nafas slow-slow.


Carson Waterfall

Kami gerak berkumpulan. Guide kami gerak kemudian sebab dorang mau kemas dan bungkus bag yang dibawa. Mula-mula aku yang last gerak dalam group ni sebab aku mau ambik ambik gambar lagi. Nda lama tu c Aril di belakang aku ngan Bibi. Yang di depan sikit, ada juga si Coach jaga dorang

Siapa yang sudah pernah naik kinabalu mesti tau sudah cam mana trail ke Laban Rata ni. Banyakkkk tangga hahaha, aduiii😭. Bertabahlah ko naik tangga-tangga tu sampai Laban Rata. Tongkat memang membantu mau push badan naik tu tangga-tangga. Jalan dan jalan nda sampai 1 km jumpa pondok pertama iaitu Pondok Kandis.



Rehat kejap jak 


Kami nda lama rehat di pondok. Hanya duduk, minum dan  makan sikit. Semua sudah ready, kami teruskan perjalanan. Nda lama tu baru jumpa papan tanda KM 1.0. Yeayy 5 km lagi!!


Kami terus berjalan dan time ni aku masi di belakang. Nda mau laju-laju kenen hehe.. Dalam 500 m gitu kami sampai ke pondok kedua- Pondok Ubah.


Jumpa peserta lain di sini


Sama juga macam di pondok pertama tadi, kami hanya berehat sebentar duduk, minum dan makan biskut/coklat. Ohyaa, setiap pondok ada tandas. Jadi kalau rasa mau membuang boleh buang dulu sebelum meneruskan perjalanan.

Eh 2 km sudah kita berjalan

Okay jom jalan! Pace kami 2 km pertama ni kira okay sda. Macam laju tapi macam nda juga haha, medium la. Then kami jumpa tempat cantik mau bergambar. Naaa situ la kali yang kasi lambat kami. Guide kami si Jamil pun tiba-tiba ada di belakang.

Yeay!! Lepas sudah 2 km, 4 km to go!

Lepas 2 km ni aku rasa aku jalan di depan sudah. Nda tau la aku jalan laju ka apa tapi macam nda juga. Langkah masih kecil lagi. Panas sudah tu badan so boleh sudah jalan laju sedikit hee. di KM 2.5 kami sampai pondok ketiga- Pondok Lowii.


Kami teruskan mendaki tangga-tangga kejayaan untuk sampai ke Laban rata dengan tabahnya. Aku di depan sudah time ni, jalan slow-slow. Sekali pusing belakang teda orang. Aku patah balik tengok dorang di mana. Rupanya dorang stop sekejap sebab tiba-tiba kak Fatin rasa mengantuk. So dorang bagi la essentiol oil bagi boost tu semangat supaya nda mengantuk. 
Senang hati jumpa jalan rata

Aku jalan slow-slow tunggu di area yang luas sikit sebab time ni ramai sda pendaki dari atas turun bawah. Banyak ahjussi sama ahjumma, friendly dorang ni. Ada ahjussi sempat lagi minta ajar cakap "Selamat Pagi" dan "Selamat Tinggal". Dorang bagi kata-kata semangat juga untuk teruskan pendakian, FIGHTING!!

uwaaaaa~

Nda juga berani mau jalan sendiri walaupun trail naik ni jelas. Jumpa juga dengan orang-orang yang turun. Aku tetap juga tunggu dorang. Nda lama tu droang sampai juga di tempat aku tunggu tu. Then kami gerak ke atas sama-sama.

Naik dengan senyuman😃

Smile guyss

Lepas sudah lebih 3 km, kami sampai di pondok keempat - Pondok Mempening. Ramai orang rest di pondok ni. Mula-mula teda tempat mau duduk juga tapi nda lama dorang mula bergerak meneruskan perjalanan. Lega dapat buka beg sekejap kasi relaks tu bahu. Aku makan kismis sama coklat then share lagi makanan ringan lain untuk isi perut.


Recharge sudah, kami teruskan perjalanan


ouhhh comell

Masih cantik haha

Sampai pondok kelima - Pondok Layang-Layang. Almost 4 km sudah berjalan. Sini kami boleh rehat lama sikit dari pondok-pondok sebelumnya. Time ni boleh la mau makan-makan. Aku nda makan banyak pun, makan kismis, biskut sama share energy gel ja.




Okay.. Jom teruskan perjalanan. Ada lebih kurang 2 km lagi untuk kami sampai di Laban Rata (kasi sedap hati, sikit ja lagi tu haha). 


Excited sudah kami mau sampai Laban Rata awal, yala tinggal 2 km ja lagi. Siap target 3.30 pm kita sampai sudah ni.  Trek dari Pondok Layang-Layang mula berbatu-batu tapi still tangga-tangga style (paham ka? hahaha). Hati-hati pijak mana-mana batu, ni lagi baru lepas hujan so laluan licin. Kita elakkan keadaan yang tidak diingini. Hampir ke KM 5, akan jumpa pondok ke-enam - Pondok Villosa.

Fuhh mental juga sekejap, so rehat dulu di sini ambik napas haha.


Jom teruskan perjalanan! 1 km plus plus lagi ni, sikit lagi ni..


Awal awal berjalan untuk 1 km terakhir ni kami bit excited sebab view sangat awesome. Sempat ambik beberapa gambar  di sini. Ambik gambar sebagai energy booster. Biarlah nda sampai jam 3.30 pm asal dapat bergambar di tempat cantik hehe.

Uwaaa cantikkkk~

Kak Fatin senyuman mental haha

Time ni semua penat dan mental sudah. Tapi semua kena kuat, mesti sampai Laban Rata. Pikir la cara apa pun mau kasi kuat tu hati. Contoh macam view awesome ni. Kalau sini pun sudah cantik, mesti ada view yang lagi cantik di atas. So lets go!



Untuk 500 m terakhir yang menyeksakan, aku memang teda mood mau ambik gambar sudah haha. Ada satu pondok lagi tadi Pondok Paka. Ada stop sekejap, then terus jalan. Time ni aku ke depan sudah. Mau tunggu juga yang lain naik sama-sama tapi macam nda larat sudah. Slow-slow jalan. Ada batu besar boleh duduk, aku stop dan duduk sekejap. Perasaan tu kan nda dapat digambarkan dengan kata-kata haha. Ada peserta lain juga time tu, uncle tu bawa sembang, bagi semangat. Dalam hati, uncle ni boleh nai,  nda kan aku nda boleh. So kami keep support each other. Pace pun lebih kurang ja.

Meter meter terakhir, aku Anis dan Coach gerak sama-sama sudah. Kami nampak sudah atap hijau, ingat itu la sudah. Sekali bukan, adoiiii. Mana konon Laban Rata ni?? Huhu.. Kami jalan lebih kurang 100 m then finally kami sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hoyeahhhhh~ Lebih kurang 4.15 pm kami sampai, syukur Alhamdulillah. 


Hai Laban Rata, blackpepper lamb please..

Sejuk dan lapar sampai lupa ambik gambar bertiga hahaha. Kami terus masuk Laban Rata, letak bag dan cari meja. Then aku sempat keluar lagi sebab mau sambut Kak Fatin, Bibi dan Aril. Kira mau rakam momen dorang sampai. Sekali aku turun dorang sampai sudah. Dorang tengan bergambar aku jerit "Tungguuuuu, mau gambar juga" hahaha. So ada la gambar kami berempat hehe.


Alhamdulillah kami berenam selamat sampai di Laban Rata. Tinggal tunggu Syaq lagi. But suddenly Kak Fatin bagitau Syaq nda dapat teruskan, kena AMS, so terpaksa patah balik. Si guide Asraf la yang bagitau. Laju ni dia kejar dorang siap bawa dua bag kami tu lagi. Terkejut plus risau, macam mana la keadaan Syaq. Baju dia basah, ada ka dia kasi keluar baju kering dia?  Banyak persoalan kami.


Apa apa pun, walau dalam kerisauan kita makan dulu hahaha. Take care diri sendiri first dan tambah tenaga hehe.

Dapat juga makan lamb nyum nyum

Dapat makan semua senyap. Sedap!

Masih lagi membincangkan perjalanan yang super mental dan kerisauan tentang Syaq. Si Coach minta tolong Si Asraf ambikkan fon tempat Syaq hahah, kesian risau dia sama fonnya. Si Asraf ni relax ja, malar cakap boleh diurus, teda masalah. So kami teruskan makan then tiba-tiba ternampak si Guide Jamil, aik napa dia ada sini ni? Then di belakang tu baru nampak Syaq. Uwaaaaa sampai juga dia, kami siap tepuk tangan lagi. Happy berabis nampak Syaq sampai Laban Rata. 

Happy faces

Dan rupanya itu hanya plan dorang suruh kasi kena kami yang jalan di depan sudah. What the?? Kami di atas risau berabis sudah. Hurmm apa-apa pun alhamdulillah semua selamat sampai di Laban Rata. Selesai makan, kami gerak ke Lemaing Hut, tempat penginapan kami malam tu. 

Menahan kesejukan, sejuk berabis keluar dari Laban Rata

Sampai Lemaing Hut ada sudah orang dalam tu. Katil bawah semua sudah berpunya, so kami semua di atas. Lucu-lucu juga masa tu, suluh-suluh pakai fon, cakap pun bisik-bisik ja sebab dorang semua tengah rehat dan tidur. Last-last 1 lelaki tu suruh la kami buka lampu dulu. Thank you! Kami pun cepat-cepat la punggah barang, pi tandas bersihkan diri, then kemas lagi barang-barang untuk hike jam 2 pagi nanti.

Aku nda mandi pun di situ. Ya ampunnnn sejuk berabis tu air, gilaaakkk. Tahan ja ni hahaha. So petang tu terus pakai baju hiking untuk hike pagi nanti. Day pack pun kemas sedia, letak air, ubat-ubat, snek, baju hujan, snowcap, sarung tangan dan buff.  Naik ke katil, aduiii lembab tu tilam sama selimut hahah, sejukkk. Sebelum tidur kami roll on minyak merah di kaki betis masing-masing. Aku sempat cramp lagi arrr di paha. Susahnya mau bergerak. Mau pakai stokin pun nda dapat sebab datang-datang tu cramp, minta tolong Bibi pakaikan pun nda dapat hahaha. Sandi plus lucu. Selesai sapu ubat, pakai stokin, tambal heat patch kami pun ready untuk tidur. Aku ingat dalam jam 7.00 pm gitu la kami rehat. Mula-mula nda juga dapat tidur sebab sejuk. Tapi lama-lama lelap juga. 

Semoga perjalanan esok dipermudahkan...

* Terima kasih sumbangan gambar Coach, Kak Fatin & Aril*

You Might Also Like

0 comments