Gunung Kinabalu 2017 Part 3

3:20 PM

22 Disember 2017
Laban Rata - Summit of Gunung Kinabalu



Alarm berbunyi jam 1 pagi, bangunn bangunn!! Hehe.. Ya inilah harinya, hari untuk naik 3 km lagi ke puncak Gunung Kinabalu. Yang lain pun bangun sudah, kami bergilir-gilir ke tandas untuk segarkan diri. Then pakai pakaian yang sesuai dan double check barang yang perlu dibawa. Yang paling PENTING, pakai nametag. No nametag no hike.

Semua sudah ready kami keluar Lemaing Hut ke Laban Rata untuk makan pagi. Keluar ja adoiiiiii sejuknyaaaa~. Laju laju ni jalan p Laban Rata, nda sanggup lama-lama di luar. Mau naik nanti tu cam mana la?

Breakfast pagi tu sedap-sedap juga. Ada selera juga ni mau makan tapi nda la berabis makan. Aku ambik sekeping roti+kaya dan mee hoon goreng ka nasi goreng? hahaha hilang ingatan.. Minum teh o panas. Ramai sudah yang breakfast pagi tu, kami share share ja meja. Dalam 2.30 am gitu, guide datang ke meja kami dan bagi short brief tentang perjalanan dan safety pagi ni.. Neves oiii, nda seneves perjalanan kemarin. Selesai briefing, mau p tandas dulu sebelum ke gate menuju peak. Ramai plak berbaris so nda jadi pi tandas. Kami berkumpul dan mulakan perjalanan ke Sayat-Sayat Checkpoint.

Dari Laban Rata ke Sayat-Sayat Checkpoint langsung tiada ambik gambar pagi tu. Focus mau naik ja dan sampai Sayat-Sayat sebelum jam 5 pagi. So how was the climb? Oh my.. Susah berabis untuk aku.. Untuk aku laa. Mau naik beribu tangga, mau control pernafasan lagi. Kami terus naik dan naik. Then stop sekejap ambik nafas. Balik-balik cek masa sempat ka ni sampai Sayat-Sayat tapi kami teruskan juga naik atas perlahan-lahan.

Kami naik ikut pace masing-masing, aku di depan sudah naik every step dengan penuh tabah hahaha. Tengok belakang ada Anis, Coach, Bibi dan Guide. Sampai area yang mau naik pakai tali tu, aduhh nebes. Takut ja kasut licin plus bingung cam mana mau naik. Beranikan diri untuk naik, ada guide juga jaga, pegang tali dan mulakan langkah dengan bismillah. Masa naik tu kasi lurus ja badan dan jalan ja macam biasa. Tapi bikin sandi tu angin bertiup, waaaa sejuknyaaaaa~ Air hidung pun keluar sudah hahaha.. Naik dan naik finally jam 4.40 pagi gitu (aku nda ingat sda jam berapa kami sampai 😅) kami sampai Sayat-Sayat Checkpoint (3,668.10 m). Waaa sampai juga sebelum jam 5 pagi. Kami duduk dulu sekejap ambik nafas dan makan untuk tambah tenaga. Kalau mau p tandas pi la time ni, ada tandas di sini. Aku ada juga rasa sakit perut di sini tapi nda la pi tandas.. Ingat angin ja kan, so duduk ja berehat. 

Bertenaga sudah, around jam 5 pagi tu kami start naik ke peak. Sejuk berabis sudah ni. Naik ikut pace masing-masing. Laluan ada tali so follow ja tali dan garis putih untuk naik ke atas. Aku jalan ngan Bibi, kami naik dan stop kejap ambik nafas. Then teruskan pendakian, nda boleh give up ni. Mesti sampai puncak. Kami stop lagi, ntah untuk kali ke berapa. Pusing belakang waa mau sunrise sudah, time ni ngam ngam kami di puncak satu ringgit (South Peak, 3,922 m). Sambil berehat kami ambil gambar la hehe.

Puncak RM 1.00

Sejukkkkk.. Ugly Sister Peak..


Grrrrr sejukkk... Pakai glove cepat-cepat dan jom menuju puncak. Tiba-tiba di sini perut aku rasa lain macam huhu.. Masuk angin ni then ada feeling sudah mau membuang hahaha. Kenapa mesti terjadi di sini? Di ketinggian hampir 4000 m ni? Oh my~~ Aku tenangkan diri sapu tiger balm di perut dan tapak tangan. Kasi panas-panas tu badan dan nda mau pikir pun pasal tu. Okay bi, let's go. 


Mereka yang masih di bawah


Jarak kami dengan yang lain nda jauh juga. Sempat lagi dorang duduk-duduk rehat-rehat.  Nda lama tu ada Aril join kami dua. Membagi semangat juga dia untuk teruskan pendakian.



Aku ka tu yang tengah struggle mau naik?


Thanks komba tolang ambik gambar kami :))


Masih lagi boleh bergaya senyum senyum sambil menahan la tu hahaha




Lepas sudah KM 8.0

Sampai suda kami di km 8, ada lebih kurang 1 km lagi untuk sampai Low's Peak. Pendaki yang turun pun ramai sudah. Dorang bagi semangat juga ni untuk teruskan pendakian, "Almost there..". Nda lama tu aku dapat lagi serangan sakit perut, aduhhhh huhuhu.. Jangan la sakit time ni, tahan-tahan dulu hahaha.. Aku kasi laju langkah mau ke peak, lagi pun masa time tu 6 lebih sudah. So kena sampai sana sebelum 7 pagi sebab 7 tu kena turun sudah. Aku jalan kasi tinggal Bibi di belakang tapi cam nda jauh juga la jarak kami.

Bila mau sampai ni? haha

The final 200 m, so close yet so far. Semua yang di puncak turun sudah time ni. Oh nooo, masa lagi yang hampir ke jam 7. Teruskan kan naik ke atas. Guide yang turun pun bagi semangat untuk teruskan pendakian, alang-alang sudah dia bilang.. Kasi sampai la p puncak. Berterima kasih sangat-sangat time ni. Yeahhh come on Jehaaaa!!

Ada juga gambar aku masa mau naik

Bibi yang kuat semangat! Come on Bibi!

Dengan semangat yang kuat, langkah yang besar ditambah dengan sakit perut yang sekejap datang sekejap hilang.. Finally sampai juga di puncak tertinggi Gunung Kinabalu - Low's Peak 4095.2 m. Wohooooo... Syukur Alhamdulillah.

Kegembiraan. Ko nda tau betapa seksanya untuk aku sampai di sini..

Nda sempat mau beremosi di puncak hahaha.. Panjatkan kesyukuran ja, akhirnya diusia 28 tahun ni sampai juga aku di puncak Gunung Kinabalu 😂😂.


Penguat semangat. Terima kasih doanya.

Duduk sekejap, minum air dan makan sebiji coklat. Then tolong ambik orang gambar. Lepas tu kami lagi rushing ambik gambar kejayaan. Nda cukup tu mau gambar lagi nama-nama yang dibawa ke puncak. Bukan 1 nama, banyakk hehe.. Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke puncak. Wohooo!!

Nda dilupa kamu hee~

Yeayy! We made it!

St. John Peak

Puas sudah bergambar, aku start sudah turun bawah. Datang sudah tu sakit, sejuk masuk angin, macam bertambah-tambah tu sakit hahaha. Nda boleh jadi ni, aku kena turun dulu sebelum kejadian yang nda diingini berlaku. Pusing belakang, eh turun juga sudah dorang.. Hilang sudah tu rasa sakit, aku tunggu lagi dorang supaya kami jalan sama-sama. Nda berani juga aku mau jalan sendiri hehe.

Masih ada hati untuk bergambar

Jom turun..

Tinggal kami lagi di puncak. Medium speed kami turun ke bawah. Cam nda juga boleh terlampau laju sebab ada feling-feeling mau ter.. Mau membuang di sini memang tiada kawasan tertutup. Berpikir juga nda la aku sanggup mau membuang sini, jangan buat hal jehaaa. Tolonglah tahan. Memang nda stop berdoa, berzikir dan membebel dalam hati. Mood pun kelaut sudah.. Mau join ketawa pun nda boleh tapi bergambar boleh ja haha. 


Berhenti bergambar sekejap dan jalan. Nda boleh stop lama-lama.
  
Time tu teda sudah rasa malu, peduli la.. Sempat lg whining "Uwaa nda tahan sudah, cam mana ni?" hahaha sott 😂. Bibi pun nda tau mau buat apa. Bila ingat balik tu kisah aku boleh senyum & ketawa sendiri hahaha.



Baiklah, misi sekarang mau sampai Sayat-Sayat. Tiger balm ni mau habis sudah sapu di perut, hidung dan tapak tangan, bikin kasi panas. Okay cepatlah turun ke bawah. Dorang ni pun tolong juga kasi sedap-sedap hati.. Nda lama lagi sampai Sayat-Sayat, nampak sudah atap hijau. Aku pun tengok mana sudahkan. 


Tuuuu na Sayat-Sayat

Yeaaaa mau sampai sudah, naaa makin laju langkah menuju Sayat-Sayat dan akhirnya sampaiiii~. Letak ja beg di lantai terus jalan laju ke tandas. Fuhhhh legaaa hahaha.. Inilah kenangan naik Kinabalu yang aku nda boleh lupa hahaha..

3668.10 m

Happy Faces :) Boleh turun dengan tenang

Selesai urusan di tandas, kami teruskan perjalanan turun ke Laban Rata. Siok perjalanan turun tu. Laju ni aku turun.. Tiada sudah yang mau dirisaukan. Barulah aku boleh ketawa dan makan 😂.

Tuuuu na Laban Rata. Nampak?

Hati-hati turun

Okay gambar lagi

Batu batu kesan gempa


On the way turun tu baru la nampak laluan yang dinaik tadi pagi.  Sebelum tu nda fokus sangat sebab fokus mau turun p tandas ja. Banyak batu-batu kesan runtuhan gempa yang dulu tu.


Penat turun tangga kami stop sekejap isi perut makan coklat. Coklat cloud 9 tu keras, susah mau gigit haha..

Bersama orang terakhir yang turun dari Kinabalu. Tapi laju dia jalan



Selepas tangga-tangga tu ada satu platform untuk bergambar. Kami singgah sini lagi bergambar sekejap. Lawa ni sebab view awan awan gebu di belakang.




Ni la tangga yang super amazing. Naik seksa turun sekejap ja hehe..

Jumpa lagi!

Lepas dari platform kami fokus untuk turun ke Laban Rata. Teda lagi bergambar. Mana yang sudah sampai di hostel tu kami minta tolong kemas barang sebab kena check out dari hostel jam 10.30 pagi ka jam 10 pagi?. Makanan di Laban Rata pun kami minta tolong ambil sedia. So sampai Laban Rata nanti tinggal makan heee~



Kami turun sambil cerita-cerita, sekali nda lama tu eh sampai sudaaa..


First Post Box on Highest Altitude

Yeayyyy! Akhirnya kami sampai juga di Laban Rata sebelum jam 10.13 pagi. Guide kami Acap terbaik! Kami terus ke Laban Rata untuk makan pagi sebelum memulakan perjalanan turun ke Timpohon Gate.

 
Yeay! Acap the best :)

Sarapan pagi. Meehoon sudah masuk perut

Dorang tolong kasi masuk barang dalam bag dan bawa ke Laban Rata. Aku kemas lagi bagus-bagus tu barang, then pi tandas sebelum keluar dari Laban Rata. Semua sudah ready, kami pun meninggalkan Laban Rata.



Sebelum turun kami group photo lagi di sini. Mana boleh nda bergambarkann. Then we bid good bye to Laban Rata. See you again next year. Eh?

Baju buat 1 minggu sebelum trip Kinabalu. Thanks Mera!


Kami group terakhir yang turun. 1 km pertama turun ni kami gerak sama-sama lagi. Cuaca mula-mula okay. Lepas pondok Paka baru hujan. Terus sarung raincoat. Sakit-sakit sudah tu kaki nda boleh aku mau turun tangga laju-laju. Yang lain ni laju sudah ke depan. Tinggal aku, Bibi dan Syaq. So kami tiga gerak sama-sama dengan guide sampai ke Timpohon Gate.



Bergambar dengan Hero Kinabalu!






Then selepas berjalan turun 6 km, kami yang di belakang selamat sampai di Timpohon Gate jam 5.15 petang. Yang lain sudah sampai awal dari kami, around jam 4 lebih gitu. Rehat-rehat makan maggi lagi dorang hahaha.

Yeay keep supporting each other!

Sebelum naik van, kami gambar kenangan dulu di sini. Kami group kedua last yang sampai di Timpohon Gate. Ada satu group lagi masih di belakang.


Well done Suicide Squad! We survived!


Thanks Guide Acap & Jamil

Masuk van masing-masing mengimbau kenangan naik Gunung Kinabalu. Masing-masing ada kisah yang nda boleh dilupa huahuahuaaa. Sampai di ofis, kami claim sijil. Yeaaa sijil colour yaa. Then, kan kami sampai lebih dari jam 4, guide kerja extra hours.. So kami bayar lagi extra hours tu, seikhlas hati :).  Settle semua urusan, guide dan team kami bagi ucapan perpisahan. Thanks so much guide Acap & Jamil tolong angkat bag kami yang berat hahaha dan tolong jaga & bawa kami naik & turun Gunung Kinabalu. Semoga rezeki bertambah-tambah dan kita jumpa lagi tahun depan, eh? Kami pun masuk kereta masing-masing dan pulang ke Kota Kinabalu.


So begitulah kisah si Jeha yang pertama kali naik Gunung Kinabalu. Sampai rumah memang sakit kaki tapi dilawan sebab next daynya tu Kazen kawin di Kota Belud. So nda boleh sakit-sakit kaki, kena lawan. Sebelum tidur spray atau sapu yoko-yoko tu betis, paha dan mana-mana area yang sakit. Haa makan Panadol Extend khas untuk otot dan sendi. Bangun pagi tu memang rasa sakit lagi tapi lawan, jangan terbaring ja.. Bawa kaki tu jalan-jalan lawan tu sakit.   

Ada rasa mau naik lagi? Ya ada! Tengok Kinabalu dari jauh hati saya rindu giteww hahaha.. Susah memang susah tapi bila sudah sampai puas hati. Sakit kaki dan badan belakang kira. Time menaip ni pun aku ingat-ingat perjalanan kami naik. Bertekad ni mau naik lagi, InsyaAllah.

Yakin diri & All the best!! Training jangan lupa hik >.<

You Might Also Like

0 comments