Hiking: Maragang Hill, Kundasang

12:30 PM

28 Januari 2018
Maragang Hill Mesilou, Kundasang

Bukit Maragang kami datanggg. Bukit Maragang adalah salah satu tarikan baru di Mesilou, Kundasang. Bukit ni baru dibuka kepada orang ramai pada September 2017. Kami pun nda mau ketinggalan. Mau juga hike Maragang Hill lepas tengok banyak gambar kena share di IG.

Pakej Maragang Hill adalah seperti di bawah. 

Facebook : Maragang HILL

Kami ambik pakerj Loop Trail, 5.17 km.  Alang alang kunun, terus la ambik jalan jauh haha

Seawal 5.30 pagi kami gerak dari KK. Estimate dalam 7.15 pagi gitu sampai Pekan Kundasang. Aku, Kak Nurul, Bibi & Kak Wid tumpang kereta Fifie. Thank you Fifie & abg Fifie yang tolong drive hehe.


Sunrise

Sampai di Pekan Kundasang, kami turun sarapan dulu di restorang nda ingat nama (depan Public Toilet kuning). Group dorang si Nor sudah sampai dulu sebab dorang gerak awal dari KK.


Rindu Akinabalu

Sudah sarapan ala kadar, minum milo panas dan kuih muih. Kami pun bersiap sedia. Bawa barang apa yang patut untuk naik ke atas. Kami tunggu transport ambik kami dekat bulatan Kobis haha. Tunggu punya tunggu nda lama tu dorang sampai. Sana dorang tunggu jauh sikit, berjalan la kami ke sana.


Group foto sementara transport sampai

Semua sudah masuk kereta kami pun bergerak ke ofis Maragang Hill di Mesilou. Sejuk ja perjalanan pagi tu.

Sejuk angin di luarrr~

Sampai ofis kena isi borang maklumat diri dan buat pembayaran. Settle bayaran, kami naik semua tu hilux dan bergerak ke starting point Maragang Hill.


Ofis untuk pendaftaran & pembayaran

Sampai starting point, kami berkumpul untuk dengar briefing daripada guide. Ada 4 guide yang bawa kami naik Maragang Hill.

Sempat melompat sebab nda nampak. Nasib nda terseliuh kaki

2 guide yang bawa kami naik

Settle briefing, kami group photo dulu then mulakan perjalanan. Bismillah...

Jalan santai-santai ja. Warm up badan.

Pertama kami melalui jalan raya separa gravel. Tepi -tepi  tu hutan, ni kira cam warm up la dulu. Laluan naik dan rata.

Steady Fifie, Bibi, Mami!!

Yang lain jauh di hadapan

Naik bukit sudaaa

Jalan rata, boleh relax lagi hee

Then sampai satu check point, kami berhenti sekejap. Tunggu yang di belakang untuk naik sama. Time ni panas sudah badan, so buka winbreaker. Nda juga sejuk. Cuaca yang sangat siok untuk naik bukit.


Mau start sudah naik, siapa yang rasa laju tu boleh la jalan di depan. Ikutlah kemampuan masing-masing.


Area ni kami cam lalu kebun kebun sayur orang kampung..



Then lalu laluan gravel tanah merah. Kering dan berbatu-batu ni tanah kena hati-hati berjalan.

Lalu tanah merah menuju ke entrance naik ke Maragang Hill

Come on Mami! Don't Give up!

Finally, kami masuk hutan. Ni betul-betul sudah ni terus ke Bukit Maragang. Perjalanan lebih kurang 2 km plus plus untuk sampai ke puncak. 

Posing dulu sebelum naik

Menunggu giliran mau naik. Ada tali untuk berpegang

Welcome to the forest


Cantik k masuk sini. Hutan mossy gitew, tanah gambut. 

Masih tersenyum

Cantik sudah kasut

Tengok apa tu? Haha..

Kami berempat jadi group last ditemani guide Mamil. Santai-santai ja kami naik puncak sebab rasa rugi kalau nda enjoy the view around. Lagi satu kami nda turun guna laluan ni lepas ni, akan turun laluan lain. So ambik la gambar puas-puas masa naik hee.


Then kami berhenti makan di sini. Makan bun ja isi perut. Time ni start sudah rasa jauh betul tu puncak. Napa lah nda pandai sampai-sampai lagi? hehe soalan biasa bagi kami. Guide ja penat mau jawab, dekat ka lagi atau nda hehe.



Mamil layan ja ambik gambar kami hee :)


Jalan rata sudah then dengar lagi suara-suara orang. Okay ni betul-betul mau sampai la sudah ni. Then finally!!

Horayyyy! Sampai Maragang Hill

Tarik nafas, silang kaki dan senyum

Yeayyy, kami sampai juga di puncak Bukit Maragang (2232 m). Tapi sayangnya teda view Kinabalu di belakang. Kabus ja..Putih ja background. So di sini kami berehat lebih kurang 20 minit gitu. Makan bekalan yang di bawa. Thank you Kak Wid share sandwich sedap hee :).


Buat hal masing-masing

Boleh bergambar di pokok tu. Mau panjat tapi cam nda mampu plus seluar ketat. 
Koyak nanti bahaya hahaha

Gambar diambil dari pokok


Group photo


Ngam ngam azan Zohor, kami start perjalanan turun bawah.

Yang lain gerak sudah, kami rest sekejap

Laluan dia memang extreme haha. Yala ada beberapa group sudah lalu ni trail jadi laluan tanah yang lecak bertambah-tambah la lecak. Boleh terima lagi, pernah sudah lalu jalan gitu.


Nda lama tu hujan turunnnnnn. Naaa bertambah 'cantik' la tu trail. Time ni nda pikir apa sudah, pijak ja mana-mana, kotor berabis sudah ni kasut. Tapi berhati-hati jugalah sebab licin. Tempat mau berpaut pun kurang. Harap dengan pokok-pokok terdekat ja la.


Memang tiada ambik gambar sudah time ni, semua simpan dalam beg waterproof Bibi. Mula-mula kami sama-sama lagi di belakang. Last-last aku jalan ke depan sama Hima dan Jamie. Nda lama tu Fifie pun ada di belakang aku. So kami berempat jalan sama-sama. Maybe sebab aku lapar lagi kan, maka berjalan selaju yang boleh supaya cepat sampai.


Limpas sudah laluan menyeksakan, kami sampai sudah di sungai then jumpa satu guide ni si Syam. Dia p cari lagi yang tertinggal di belakang. Mau cari jambatan seberang sungai pun lucu ni. Nda kami jumpa. Boleh-boleh kami nda nampak jambatan tu sebelah kanan. Jalan dan jalan akhirnya kami sampai around 4.30 pm.


Duduk duduk rehat dulu tunggu yang lain sampai sebab dia cakap nda lama lagi dorang sampai. So kami okay ja la.



Kami sempat lagi bergambar-gambar dan cuci kasut yang super berlumpur di sungai. Balik dari sungai belum lagi dorang ada. Aik? Cakap tadi dekat sudah dorang. Kalau belum lagi kan bagus kalau kami kena hantar duluan pi ofis, boleh p tukar baju segala. Sekalinya kami tunggu juga dorang, balik sama-sama. 


So lebih kurang 5.30 pm kawan-kawan lain sampai di finish point. Kami terus naik kereta dan gerak menuju ofis.

Kasut Bibi & Mami

Siok kan naik Maragang? Hahaha

Kami ambik sijil then minta hantar di Pekan Kundasang. Baju kami di kereta jadi kami tukar baju di tandas awan pekan ja. Sampai bawah,  say thank you and good bye ngan Din, nanti kami datang lagi naik Maragang Hill kejar sunrise hee. Settle bersihkan diri kami p makan dulu. Lapar weii. Sedap berabis tu isi ayam panggang. Habis makan kami terus balik KK.

So the trip to Maragang Hill tu memang siok. Laluan naik ke atas memang siok, sejuk dan view awesome! Tapi turun tu yang seksa. Kalau nda hujan nda jugalah menyeksakan, memang boleh ja mau jalan. Anyhow, alhamdulillah kami semua selamat naik dan turun. Terima Kasih Nor & Team dan Kakak-kakak 1 kereta. Semua sporting dan awesome. Jangan jerak mau ikut next trip hee. Thanks juga untuk gambar-gambar yang cantik Bibi, Kak Nurul, Nor dan sesiapa yang share gambar.

Mau naik Maragang Hill? Klik ja link FB di atas atau whatsApp Din- 010-959 7846

Bha ke mana kita lepas ni?

You Might Also Like

0 comments