Tuesday, March 13, 2018

Hiking: Singkug Hill & Guabon Waterfall, Kota Belud

3 Mac 2018
Singkug Hill & Guabon Waterfall, Kg. Bayayat, Kota Belud
Facebook: Singkug Hill & Guabon Waterfall

Yeayyyy selepas sebulan berehat, akhirnya di bulan baru ini dapat juga hiking di tempat baru. Harap lepas ni aktiviti hiking akan berterusan. Plus aktiviti mengeluarkan peluh dengan giat juga akan dilaksanakan *mau slim, kuat makan tapi liat mau exercise hukhuk >.<*


Trail Info
Source: FB Singkug Hill & Guabon Water Fall

Trip kali ni aku join trip orang. Menyibuk jak kan hehe. Tapi ku tak peduli, asal dapat hiking tempat baru dan ada geng aku ON ja. Thanks Ija sebab tolong selit nama kak hehe dan terima juga kepada FE Hiking Team sudi bawa sis hee :)).

Gigih aku lukis map untuk c Ija ๐Ÿ˜‚

Seawal 3.30 pagi suda bangun, mandi dan bersiap. Around 4 pagi gitu Ija sampai depan rumah. Thank you Ija ambik kak, lebiuuu. Then pagi buta tu kami gerak ke UCA 2, tempat si Azfar. Sampai sana tunggu lagi kawan si Azfar, dia yang drive ke KB. Around 4.40 pagi kami gerak dari UCA 2 ke UUC then ke Petronas Bakut ke Tamparuli dan last stop di Petronas Tuaran. Semua peserta sudah ada, kami pun terus gerak ke Kg. Bayayat, Kota Belud.


Penglihatan yang masih kabur kabur

Jam 6.30 pagi kami sampai di Kg. Bayayat, Kota Belud. Awal kami sampai dari masa yang dirancang. Okay la tu kan.. Boleh naik awal. Tempat pendaftaran dibuat di Tadika Kg. Bayayat. Ada signboard juga tunjuk tu lokasi.

Dari Pekan KB, lalu Taginambur. Then nampak simpang Kg. Bayayat sebelah kanan


Nampak tangki air besar sebelah kanan, masuk tu simpang naik atas

Adik Ija ๐Ÿ’•

Sebelum memulakan pendakian, kami bersarapan dulu. Ada sarapan disediakan, masuk dalam pakej sudah. So isi perut la dulu kan hee.



Banner perasmian Singkug Hill. Baru juga buka ni bulan lepas.


Ambik makanan masing-masing ya

Lepas isi perut, kami berkumpul 12 orang untuk sesi ice breaking, esehh.. Yala berkenal kenal, tau tau nama ja. Nda la tepanggil oi oii. Mostly dorang ni semua adik adik hehe, sis pun trip trip adik la haha..



Sedap. Especially tu cempedak goreng๐Ÿ’•

Settle sesi suai kenal dan brief safety dari FE team, kami pun get ready dan bersedia untuk dengan briefing dari pihak Eko-Pelancongan Bayayat, Cik Suzy. Selesai briefing tentang perjalanan ke Bukit Singkug dan Air terjun Guabon, kami pun buat senaman ringan, baca doa dan terus mulakan perjalanan ke start point Singkug Hill.



Miss Suzy bagi briefing. 2 orang yang berdiri tu guide kami

Dari tadika ke start point tu kira warming up la juga haha, naik bukit sikit then jalan rata then sampai. Kami bergambar dulu di start point. 


Warm up, digest dulu tu makanan


Rumah-rumah di Kg Bayayat


Starting point


Bismillah..Lets go!

Ada dua laluan untuk naik Singkug Hill iaitu Trail A dan Trail B. Ikut trip budak budak pantas dan lincah ni, confirm la dorang pilih Trail A- trail extreme. Sis redho, kasi senang hati trail extreme ni nda juga susah haha.


Trail A ka B?

Bismillah.. Kami pun masuk area hutan, start hike ke Singkug Hill via trail A. Geng lelaki satu kereta jauh sudah di depan. Aku follow Ija di belakang tapi lama-lama Ija menghilang. Laju betul haha. So I keep calm dan remind myself ikut pace sendiri, jangan terburu-buru.  Jalan laju dan stop bila perlu. Ya last last aku jalan sendiri, no rush. Ada lagi 4 orang dan 1 guide di belakang.



Ijaaa~ Jangan tinggal sis..

Sambil jalan sendiri tu, aku ada la ambik-ambik gambar. Gambar aku ja nda terambil haha. Trail extreme ni memang extreme juga la bagi level-level aku ni. Laluan dia di lereng lereng dan hanya untuk seorang pejalan kaki ja. Naa aku ni sudah kadang-kadang jalan nda stabil, silap langkah jatuh ke tepi. So lebih selamat jalan dengan tenang tapi laju. Hahah ada ka gitu?

Jalan dengan tenang. Kalau jatuh siapa susah?


Naik ni pun kapus-kapus sudah aku๐Ÿ˜‚

Aku cuba lagi untuk lajukan pace kejar Ija di satu bukit ni. Aduiii kapus-kapus bha hahaha. Sampai di pondok, duduk rehat dan minum air. Ada Ija lagi time ni, sempat mengadu benang tudung tertarik tersangkut di duri uwaaa. Bad tudung day sudah, hilang mood mau bergambah haha.


Okay juga kan tudung? Selfie ngan Ija hee..

Ada energy sudah, start lagi berjalan. Laluan masih di lereng-lereng, tempat bepegang pun kurang. The boys sudah jauh ke depan. C Ija pun sama. Then nda lama tu kami jumpa bukit curam ni - Pampang.


Homaigad. Tinggi okay. Sudah naik jangan lagi tengok atas

Still boleh naik tanpa tali. Ada juga step step untuk berpijak. Pandai-pandai la tengok tu trail. Kalau rasa licin, pijak yang nda licin. Berhenti juga beberapa kali. Berat betul tu badan mau di bawa naik. Tapi nda give up, anggap ja macam naik tangga-tangga Bukit Padang. Aisehh.


Nda mampu mau mengejar

Lepas dari area curam tu, aku memang jalan sendiri sudah. Yang lain jauh di depan. Yang di belakang still boleh dengar suara-suara dorang bercerita.


Amboi Ijaa

Jumpa lagi area berkecerunan tinggi. Area ni ada disediakan tali. Jadi gunakanlah tali tu sebaiknya. Tanah ada licak dan licin sikit, so kena laju-laju naik. Time ni ada lagi Ija bagi semangat.


Dorang yang di belakang. Cam relax ja dorang naik kan?

Ingat habis sudah part extreme ni. Rupanya lepas tu ada lagi satu steep area. Quiet slipery tu area, banyak daun-daun kering. Aku stop dulu untuk minum, then start mendaki. Mula-mula tiada tali, so pandai-pandai la kasi rendah badan ka, merangkak ka untuk naik ke atas. 

Nama area tu I guess?


Susah bagi aku yang kehilangan stamina

Then nda lama tu baru jumpa tali. Fuhh.. senang sikit tarik badan naik atas. Dalam hati aku tertanya-tanya sudah jauhkah lagi puncak ni? Tiada kawan mau bercakap, terpaksa tanya diri sendiri ja haha. Cahaya matahari di atas tu memberi harapan sudah yang aku akan sampai puncak nda lama lagi. Lepas area bertali tu kena jalan lagi dikelilingi hutan paku pakis.


Tali yang membantu pendakian 

Nda lama tu sampai di sini.. Bukit Doa di KM 1.110. Ni kiranya check point sebelum menuju puncak Singkug Hill. Yaa belum sampai puncak Singkug Hill lagi ya kawan-kawan. 


Ada pondok dan tandas disediakan di sini. Dari Bukit Doa boleh nampak view Gunung Kinabalu, Gunung Nopungguk dan Gunung Nungkok. Subhanallah.


Panas berabis cuaca time tu. Ambik gambar pun tertutup mata hee.


Yeay Ijaaa~

Aku bersembunyi

Stay strong Akinabalu!

Done minum dan rehat, kami teruskan perjalanan ke puncak Singkug Hill. Tadi kena brief jarak dari Bukit Doa ke puncak Bukit Singkug tu lebih kurang 200 m lagi. Hurmmm ko rasa?

Eh siapa tu?  Kami teruskan lagi berjalan

Kami berjalan di kawasan rata dan naik sikit. Nda securam sebelum ni. Tapi aku kapus-kapus juga mau kejar dorang. Ingat lepas berehat dapat la gerak sama-sama tapi adoii.. Laju berabis dorang. Memang nda boleh la.. Sis redho untuk berada di belakang.


Rest area nama Pulutan

Then kami sampai di rest area nama Pulutan. Time aku sampai dorang duduk berehat sekejap. Aku nda mau la duduk, ambik gambar ja then teruskan perjalanan ke puncak.


Tutup mata sekejap. Aura positif please..

Laju betul c Ija ni jalan. Sekejap ja dia ada di depan. Tengok lagi sekali tiada sudah dia haha. Aku kuatkan hati berjalan, kenapa jauh juga ni 200 meter? 



Nda lama tu jumpa pula batu besar ni yang dinamakan Buyung Cina. Nda sempat aku mau tanya-tanya kenapa dinamakan begitu. Guide tu dibelakang, malas mau tunggu aku ambik gambar ja dan terus jalan.  


Batu Buyung Cina. Belakang tu puncak sudah :)

Dengar-dengar sudah ni suara dorang. Aik sampai sudah ka? Sampai sudah? Nampak sudah tu platform. Dengar sorakan "c'mon Fiqaa, sikit lagii" (esehhh harapan hahaha).. Finally, sebelum jam 10 rasanya, aku sampai juga di puncak Bukit Singkug wohooo~. Aku ambik nafas dulu sekejap then naik ke platform.


Yeayyy! I did it!!

Ada limit 20 orang sahaja untuk naik ke platform. Kami 12 orang ja so no problem. 



Sampai-sampai ja terus join dorang bergambar. Tapi tiada di sini sebab tiada dorang share -_-. Nda pa, letak gambar sis jak hee.


Yeay I made it to the top!

Baru ingat ada bawa GoPro. Hai Iin!

Bergambar dengan Gegirls plak

With FE Hiking Team

Nasib cantik juga haha

Selesai bergambar di atas, aku ngan Ija turun ke bawah. Kami bergambar di signboard kejayaan Singkug Hill lagi hee. Puas bergambar kami rehat di area bawah ni, ada tempat duduk juga.





Berehat di bawah platform. Makan snickers untuk isi perut

The view๐Ÿ’•

Lama juga kami rest di puncak. Sambil rehat, minum dan makan, aku terhibur dengar cerita- cerita hiking dorang.


Platform di puncak Bukit Singkug


Puas berehat, lebih kurang jam 10.30++ pagi, kami mulakan perjalan turun ke Guabon Waterfall. Mana yang mau mandi air terjun tu memang bersemangat mau turun. Aku nda juga mau laju laju p air terjun tu sebab nda juga mau mandi.

Tandas di puncak Bukit Singkug

Sebelum turun tu kalau rasa mau membuang tu, boleh la ke tandas yang disediakan. Kalau belum rasa mau membuang, di Guabon Waterfall ada tandas lagi.



So kami pun memulakan perjalanan turun ke Guabon Waterfall. Mula-mula ingat la dapat gerak sama-sama. Nooooo~. Nda juga hahaha.. Laju ni si Ija turun



Tempat tu cantik bha mau ambik gambar. Laluan dia luas, background hutan pokok pokok tinggi. Malangnya tiada yang mau di suruh ambik gambar. Mau minta di belakang ambikkan gambar tapi dorang cam relax-relax lagi turun. Nda apa la.. teruskan lah berjalan hahaha


The forest

Laluan turun agak senang juga pada awalnya. Trail luas, jelas dan ada tangga-tangga di sesetengah area mau turun tu. 




Thank you dear hiking shoes

Lepas lalu small stream tadi tu, trail turun ke bawah. Area batu batu. Then aku stuck sebab nda nampak trail seterusnya. Tengok sebelah kiri tiada laluan, sebelah kanan kena cross stream. Macam itulah laluannya tapi nda konpiden. So aku tunggu la group di belakang dan guide untuk dapat kepastian.


Ada batu-batu di belakang



Dekat sudah si uncle aku pun tanya mana laluan seterusnya. Uncle cakap ke kanan, so betullah kena lalu batu-batu dan lalu alur air tu. Sudah dapat kepastian, aku pun teruskan perjalanan. Mula-mula cam mau slow-slow asal terdengar suara dorang di belakang. Lama-lama terlaju juga ni langkah huahua.




Sampai area di atas, aku memang jalan sendiri sudah. Teruskan berjalan, jangan pandang belakang hee.. Nasiblah semua laluan ni jelas sudah. Tiada sudah yang bikin keliru. Tapi pandai terkejut sendiri sebab pijak daun-daun kering, ingat ada orang di belakang hehe.. Bunyi air terjun pun kedengaran, ohyeahhh mau dekat sudah.


Pondok di Guabon Waterfall

Then jam 11.15 pagi aku pun sampai di Guabon Waterfall. Yeahhhhh~ Time sampai tu yang lain sudah mandi manda di air terjun. Ija masih di pondok, rehat-rehat. 

Guabon Waterfall


Area bawah air terjun

Mau juga rasa air di air terjun Guabon, aku ngan Ija pun turun ke bawah. Alaa asal dapat cuci muka dan rendam-rendam kaki pun cukuplah.




Smile Ija. Okay la kan Ija, rasa juga tu air.

Ada dua air terjun. Satu di atas satu di bawah. Kalau konfiden dan pandai berenang boleh mandi di air terjun bawah tu. Situ area dalam compare air terjun di atas. Area mau mandi pun lagi luas di bawah.


Air mengalir ke air terjun kedua


Selfie denga waterfall

Puas sudah main-main air, kami pun naik atas. Bersiap sedia untuk perjalanan balik. Yang mandi manda pun start sudah naik atas.


Around 12.30 tengahari kami memulakan perjalanan balik. Macam baru ja jalan terus aku rasa penat haha. Yang lain cam biasa, laju sudah jalan. 

Steps yang melemahkan ku :((

Nampak tangga terus energy level aku drop hahaha.. Ya allah penatttt. Padan muka siapa suruh lama nda exercise, stamina pun drop. Jalan pun cam nda betul, lapar lagi. Adoiii perjalanan perlu diteruskan. Jalan sendiri tapi ada juga dorang di belakang. 


Ada dua titi yang di lalui. Ni salah satu. Nama nda jelas

Hujan ada turun sekejap, nda kuat. tapi cepat-cepat juga simpan fon di dalam ziplock plastic. Ambik gambar fon dalam ziplock ja. Hasilnya gambar di atas hee. Jalan dan jalan kami sampai di satu sulap. Rehat sekejap di sini dan tunggu semua sampai.


Pondok rehat terakhir sebelum keluar dari hutan

Berpeluh peluh juga aku. Gila eh. Sudah rehat sekejap kami teruskan perjalanan. Matahari panas berabis sudah time ni. Trail area ni tanah merah berbatu-batu kecil. Berlari-lari dorang turun, gila lah.. Nda aku berani mau berlari, takut tersungkur haha. 


Berlari la kalau mampu

Trail luas dan jelas. Ada signboard juga so nda sesat. Aku follow ja la signboard anak panah tu ke arah kanan. Jauh sudah berjalan. tiba-tiba satu lelaki ni panggil aku. Aku pusing then dia bagitau bukan laluan ni. Haaa? Aduhhh huhu.. Aku follow la dia naik atas balik haha. Tanya uncle napa nda lalu situ? Uncle cakap curam sikit mau turun situ, so dia bawa laluan lain.


Kembali ke jalan yang benar

Okay uncle, let's goooo. Aku tetap jalan di depan walau tersalah jalan tadi. Macam aku nda boleh lambat-lambat sudah sebab sakit sudah tu jari-jari. Dan akhirnya kami keluar dari area hutan. Keluar di satu simpang rumah orang ni. Lepas tu aku tau sudah jalan balik ke tadika tadi. Nda silap jam 1.30 tghari aku sampai. Ya allah panas gila time ni. Syukur alhamdulillah..


Finishing point. Hoorayyyy!!

Sampai di tadika, kami tunggu turn mau mandi. Ambik barang di kereta then masuk tadika. Baring-baring dulu tunggu turn mau mandi.

Selesai bersihkan diri, kami ready-ready sudah mau ke pekan KB. Ucap terima kasih dan selamat jalan kepada urusetia eko-pelancongan Kg. Bayayat, then kami gerak ke KB untuk late lunch.

Sijil dari Bayayat Eco-Tourism

Overall, the trip to Singkug Hill was amazing!! Trail extreme memang extreme, segala macam skill mendaki akan keluar. Baru sikit ja tu haha. View di puncak memang awesome. Nampak Gunung Nopungguk, Gunung Kinabalu, Gunung Nungkok dan bukit-bukit menghijau. Memang puas hati dapat bergambar dengan view Gunung Kinabalu. Trail turun okay-okay jak, macam bukit-bukit lain. Bagi aku laa.. Dia punya cabaran tu panas matahari tu ja, banyak kali minum air hee. Lain-lain memang okay. Terima kasih guides dan urusetia Ekopelancongan Singkug Hill.

Yang nda okay tu aku haha. Boleh boleh plak sakit ibu jari kaki. Padan muka sebab nda potong kuku. Sandi lagi trail turun Maragang tapi kuku kuku kaki masih okay. So jangan lupa potong kuku kaki.

Akhir sekali, terima kasih FE Hiking Team organised trip ni dan sudi bawa sis join trip kamu. InsyaAllah panajang umur, ada rezeki sis ikut lagi trip kamu. Tapi next time aku mau cari geng yang boleh jalan sama-sama aku. Okay juga jalan sendiri tapi kan.. berdua lebih baik, ada orang tolong ambik gambar hee :)

Mau book trip ke Singkug Hill & Guabon Waterfall, boleh cek out Facebook dorang. Sudah sia letak link di atas tu.  

See yaa!

2 comments: