Pages

Saturday, July 20, 2019

Travel: Road Trip ke Brunei Darussalam 2019 - Part 1

8-10 Februari 2019
Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

Wow wow wow.. 5 bulan lepas punya cerita, baru mau di'update' heee...

Assalamualaikum semua!

Memang lama sudah nda update blog ni. Busy memanjang la konon. Padahal malas hehe.

So, I really want to share about our road trip (by car) to Bandar Seri Begawan (BSB). It was an unplanned trip to begin with. I thought it was a joke when dad said "Siapa mau ikut pigi BSB?". And we were like krik krik krik.. hehe.. Well yeah, we did go to BSB during the Chinese New Year school break.

So lets talk about the preparation.

First of all you need to have your passport, vehicle pass, book a hotel and Brunei Dollars.  Apa lagi? An itinerary I guess? Hehe.. So that's it.

Sebelum ke BSB, aku memang ada buat sedikit research tentang apa yang perlu disediakan dan apa yang menarik di BSB. Pertama kena ada PASSPORT yang belum tamat tempoh. Sebabnyaaa, kita akan merentas sempadan Sabah-Sarawak-Brunei. Ini memang menarik.



Kedua kena sediakan vehicle pass untuk bawa kereta sendiri. Vehicle pass ni boleh apply secara online di laman web ni -> Vehicle Pass. Senang ja apply. Ikut arahan dan isi maklumat berdasarkan kad kereta kita. Selesai daftar, print page yang ada QR Code. Haa borang yang ada QR Code tu la yang kita guna untuk scan di checkpoint tertentu. Ohya, bawa sekali kad kereta kita tu ke Brunei ya. Jangan tinggal.


Sumber: www.bdnsw.gov.bn/Pages/VehiclePass.aspx

Sumber: Google

Ketiga, tempah penginapan di BSB. Ini aku nda masuk campur, Daddy sudah settlekan. Kalau kamu ada saudara mara di Brunei, boleh la tumpang stay dengan dorang hee. 


Sumber: Trivago

Keempat, tukar duit Ringgit Malaysia ke Dollars Brunei. Ni pun Daddy settlekan, kiranya dia la spent trip ni hehe. Daddy suru kami list bajet untuk Diesel, makan, bayaran masuk dan shopping. Lastly, aku list out tempat-tempat yang menarik dan tempat makan di BSB.


Sumber: Google

Now, let's talk about the journey.

Mengikut Google Maps, perjalanan dari Kota Kinabalu ke BSB mengambil masa 5 jam 36 minit dengan jarak perjalanan  321 km.

Start

Kota Kinabalu -Beaufort
Singgah makan pagi & toilet break

Beaufort- Sipitang-Sindumin

Pos Imigresen 1
Pos Imigresen Sindumin (Lawas, Sabah) -
Merapok (Sarawak)





Pos Imigresen 2
Pos Imigresen Mengkalap (Sarawak)

Pos Imigresen 3
Pos Imigresen Labu Temburong (Brunei)
Scan QR Code vehicle pass
Data Roaming 



Teruskan perjalanan ke Puni, Brunei

Pos Imigresen 4
Kompleks Kawalan Ujung Jalan, Temburong (Brunei)


 Pos Imigresen 5
Pos Imigresen Pandaruan (Limbang, Sarawak)





Ke Limbang
Berhenti sekejap
Aku ingat time ni masuk waktu Zohor sudah



Pos Imigresen 6
Pos Imigresen Tedungan (Sarawak)


Pos Imigresen 7
Pos Imigresen Kuala Lurah (Brunei)
Scan QR Code vehicle pass
Data Roaming



Alhamdulillah
Selamat tiba di Negara Brunei.
Now, ke arah Bandar Seri Begawan

Time ni tiada internet connection sudah untuk tengok Google Maps/ Waze. Depend dengan papan tanda ja. Before tu sudah juga la di google dan save offline. 

Tambahan lagi, kawan Daddy (ex-student Daddy) sudah janji ngan Daddy untuk bawa ke hotel kalau sudah lepas Pos Imi. Kuala Lurah. So, senanglah sampai ke hotel.

Bersambung...

Thursday, January 03, 2019

Blessed 2018, Hello 2019!!

Assalamualaikum
Hai hai!!

Alhamdulillah

Happy New Year!!

Source: Google

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Have a blast year everyone!!



Saturday, October 27, 2018

Travel: Eko-Pelancongan 3V, Kg. Nahaba, Kota Belud

31 Ogos- 1 September 2018
Eko- Pelancongan Villa Valley View (3V), 
Kg. Nahaba, Kota Belud
Facebook: Eko Pelancongan 3V.

Assalamualaikum..


Ohyeahhh! Cuti Hari Merdeka lepas kami sekeluarga together with keluarga besar SnJ went for 2 days 1 night stay di Eko-pelancongan Villa Valley View atau nama pendeknya 3V yang terletak di Kg. Nahaba, Kota Belud. Picnic atau staycation ni di-proposed, planned and managed by Kak Nisa. Thank you Kak Nisa! Kalau bukan dia nda jugalah kami terpegi ni. Bukan selalu tidur 1 malam di tempat baru.


Hai Kinabalu!

Lokasi Eko-Pelancongan ni terletak di Kg. Nahaba. Kalau dari pekan KB, boleh ikut jalan 1) Bypass KB-Ranau atau 2) Jalan masuk ke Kem Paradise. Rasanya lagi senang ikut Jalan Kem Paradise tu sebab signboard setiap Eko-Pelancongan ada termasuklah 3V ni. So dari simpang Kem Paradise ke 3V tu lebih kurang 12 km.


Simpang masuk ke 3V

Masa kami datang gravel masi ni. 

Sampai di 3V, banyak sudah kereta. Nda tau mana mau parking ni. So kalau lambat datang, parking space limited. Option lain kena park di atas, then turun melalui laluan bertangga.


Full house. Pandai-pandai la menyelit untuk parking. 
Pastikan nda menghalang laluan kereta lain

Tak sabar nak mandi sungaiii


Memang ramai pengunjung hari tu. Yala cuti Merdeka kan hehe. Eksaited sudah kami tengok air Sg. Wariu tu, nda sabar mau masuk air. So sebelum masuk, kena bayar yuran masuk iaitu RM 3 untuk dewasa dan kanak-kanak. Pastu kanak-kanak nda ingat berapa, di bawah 3 tahun kali PERCUMA. Untuk kemudahan pondok pula, Kak Nisa sudah book in advance. 6 pondok kena book untuk stay 1 malam di sana. Bawa khemah sendiri pun boleh.


Pondok pendaftaran

Selesai bayar yuran masuk, staf 3V bawa kami ke dalam, tunjuk mana pondok yang kami book. 2 pondok available, yang lain kena guna oleh pengunjung yang datang dari pagi. Dorang nda bermalam tapi untuk kemudahan dorang la kan. So lepas dorang, turn kami la stay di pondok-pondok tu.


Jadi cabaran seterusnya ialah mau bawa barang-barang dari kereta ke pondok tu sebabnya jauh juga perjalanan masuk tu hahaha. Banyak berabis barang diangkut, mau 2 trip juga ulang alik, nasib ada Elly dan Anis. Padahal 1 malam ja stay haha.


On the way ke pondok-pondok penginapan. Sebelah kanan tu ada tandas. 
Yang warna oren tu pun tandas dan tempat mandi

Then akan lalu pondok-pondok ni. Nda ingat ada berapa pondok. 
Ada disedia tempat membakar

Then sampai di pondok yang kami book. Paling hujung.
Slow and steady mami. Kami stay di pondok oren tu. Boleh muat 6 orang

Pondok yang di 'booked'

Sebelum mandi, kami makan dulu. Banyak makanan sedap-sedap.



Lepas tu.. Jom mandi sungai! 
Malas menaip..tengok la gambar-gambar :)


Pengunjung lain yang  ada di 3V

Kanak-kanak riang mandi di sini ja

Sejuk gila air grrrrr~








Ada rakit juga. Jadi rebutan ni haha




Kawasan dalam


Nda tau mau panggil apa ni. Tempat terjun la kali



Aktiviti malam. Makan malam then main regu.


Sepupu sepapat main regu

Selamat pagi!

View bangun pagi hari ni

Aktiviti pagi tu sarapan pagi dan mandi sungai lagi untuk 2 3 jam. Budak-budak la bangun-bangun ja terus mau mandi sungai. Kami pun join la sekali.

Batu-batu

Tengok orang terjun senang ja. Sekali ada dihujung tu, serammm hahaha.
Ada juga orang sambut di bawah, terjun jaaa~

uisehhhh, c daddy!

Boleh tubing juga. Tube tu disewa tapi kuantiti tube limited. Siapa cepat dia dapat

Mummy dapat satu tube. Siok dia mandi manda

Seberang sungai dengan bantuan rakit. Ada area yang dalam, ramai yang x pandai berenang

Then tengahari jam 12 gitu kami check out sudah dari 3V.


Berkemas dan ready untuk balik

Overall, staycation di Eko-Pelancongan 3V ni SUKSES! Satu pengalaman yang menarik sebab kami ni jarang-jarang stay gini. BEST la, lagi-lagi dengan ahli family yang ramai, memang meriah la.

Kemudahan yang ada boleh ditambah dan diperbaiki. Staf 3V baik dan friendly. Next time boleh datang lagi ke sini.

Dannnn next time juga, mau try stay di Eko-pelancongan yang lain yang ada di Kota Belud. Lagi lagi area Melangkap yang ada view Gunung Kinabalu tu.

K la, bye!