Hai hai hai!
Mari kita sambung cuti cuti Siem Reap hari kedua.
Janji dengan abg Kassim mau keluar jam 8.30 pagi. Pagi tu teda breakfast yang lengkap. Makan biskut-biskut, roti butterscotch dan air mineral saja. Hostel ni teda heater. Lucu kalau ingat balik kisah kak Ita minta air panas. Anyway thank you Kak Ita sebab Kak Ita ja yang gigih turun naik minta air panas hehe.
Topsky hostel. Bilik simple, selesa la untuk kami.
Tuk-tuk ride. Transportion sepanjang jalan-jalan di sana.
Abg Kassim sudah tunggu di bawah. Semua pun sudah ready, so destinasi pertama kami ialah ke Silk Farm.
Naik tuk-tuk kali ni selesa sikit sebab teda backpack, rasa relax ja. Jalan- jalan di Siem Reap ni berhabuk jadi bawa dan pakai la mask. Perjalanan ke Silk Farm ni lebih kurang 7km dari town. Jauh juga la kan.
Masuk ke Silk Farm ni percuma. Sampai ja nanti orang yang jaga tu akan bagi name tag 'Visitor', kena pakai sepanjang mengikuti tour. Then sorang tour guide yang boleh berbahasa Inggeris akan boleh jalan-jalan di dalam.
Para visitors yang gorgeous
Lupa nama guide ni, lama sda hehe. Bagus dia bagi penerangan. Dia cerita proses pembuatan sutera ni dari ulat-ulat ni membesar sampailah jadi sutera seterusnya ditenun jadi kain sutera. Ringkasan aku bagi hehe.
Semua pekerja yang menguruskan larva larva dan sutera sutera ni ialah perempuan. Semua berkemahiran tinggi dan tekun bekerja.
Aktiviti menenun sutera dijalankan di seksyen ni. Memang salute dengan wanita-wanita ni. Skill yang telah dikuasai bertahun tahun lamanya. Senang ja dorang buat semua ni.
Pusat jualan barangan yang dihasilkan dari sutera. Semua hand made. Harga pun boleh tahan. Dari dompet, beg kecil hingga ke baju dan cadar ada dijual di sini.
End of tour, boleh lah bagi sedikit tips kepada guide.
Too happy sampai nda terbuka mata hee
Next destination is War Museum. Admission fee 5$ per person. War Museum dibuka setiap hari dari jam 8.00am - 5.30pm. Di War Museum akan ada seorang tour guide yang bawa jalan jalan dan bercerita tentang sejarang peperangan yang terjadi di Cambodia.
Guide tengah cerita serba sedikit tentang peperangan yang terjadi di Cambodia. Kami join sekali dengan group dari USA.
Semua serius mendengar cerita guide. Sedih juga sebab bapanya terlibat dengan peperangan tersebut dan terkorban.
Trip trip Descendants of The Sun hehe
Selepas selesai tour di War Museum, perut pun minta diisi. Lapar dan haus wei. Abg Kassim bawa kami ke Muslim Family Restaurant. Resto ni tersorok sikit, nda tau pun ada resto di dalam tu. Resto ni ke depan lagi sikit dari Muslim Family Kitchen. Jumpa masjid then masuk simpang ke kanan, dan terus jalan ke hadapan. Sampai sda!
Masjid
Ni la restorannya. Restoran ni warisan turun temurun dan lebih dikenali sebagai restorang Ustaz Haji Musa. Sebut ja nama Haji Musa, dorang tau la tu.
Sini pun ada menu Lembu naik bukit tapi kami nda order. Hari ni order sambal sotong dan sayur. Tapi nda ingat.
Masuk resto, belum order lagi abang tu terus bagi password wifi. Dia cakap boleh contact keluarga hehe, kami pun happy la. Tengok gambar tu, semua dengan fon sda.
Selepas makan, kami balik hostel untuk membersihkan diri, solat dan rehat sekejap. Jam 2 kami keluar semua ke Cambodia Cultural Village.
ENtrance Cambodia Cultural Village
Kaunter tiker di hadapan. Cuaca memang panas hari tu, siok la mau jalan-jalan. Jangan lupa bawa air ya. Haus-haus boleh minum.
di belakang tu ada pintu masuk ke Wax Museum. Kami nda masuk sebab mau terus follow dancing show program.
Berkejar mau ke Mini theater untuk tengok first show. Show bermula 2.30 petang.
First show di Mini theater: The Immortal Life of Khmer Soul
Moving to the next show at Khmer Village
Selfie dulu hehe
Second show di Millionaire House to witness Khmer Wedding Ceremony
Third show di Chinese Village. Ada few performance; Mixed Chinese Traditional Show & Happy Chinese Dancing Show.
Standby di lokasi seterusnya, Kola Village
Fourth show, Dreamy Prince's Daughter and Magic Peacock
Bergambar degngan para performer yang cantik cantik dan hensem hee.
Fifth show di Kroeung Village; Choosing Fiance
Menuju ke Phnorng Village, jumpa lagi dancers.
Last show di Phnorng Village; Rice Praying
Half day di CCV memang tengok show seja, nda sempat pun pigi miniature tu sebab gelap sda. Overall kami memang enjoy, dancers friendly and very talented.
Jom balik!!
Abg Kassim datang jemput dan kami minta bawa ke Muslim Family Restaurant untuk makan malam. Sampai sana, abang tu senyum ja menyambut kehadiran kami hehe.
Ni menu untuk malam tu, Cabbage Wrap dan Sup Ayam. Sup Ayam tu sedap, memeng favourite sup sup ni hehe.
Sudah kenyang kami minta hantar ke Night Market. Mau tengok suasana malam di Siem Reap sambil-sambil survey harga barang dan souvenirs. Pub Street dekat dekat ja ngan Night Market, so kami jalan-jalan la ke sana . Banyak yang jual jus-jus, kami pun order la 1 cup jus dragon fruit. Masi kenyang so order 1 ja.
Puas meronda kami pun jalan kaki balik ke hostel. Siok la juga jalan kaki malam-malam hehe. Sampai hostel mandi dan bersedia untuk tidur sebab esok kena bangun awal untuk ke Angkor Wat!!
Jam 5.30 ni mau gerak esok pagi hehe.
No comments:
Post a Comment