Assalamualaikum
Jom kita sambung cerita hari ketiga di Siem Reap.
Seawal 5.00 pagi kami sudah keluar dari hostel. Adin yang bawa kami jalan-jalan ni hari, Abg Kassim demam, kesian.
Destinasi pertama ialah ke Angkor Wat Complex. Sebelum masuk kenalah beli tiket dulu. Sampai di kaunter tiket, semua kena turun untuk beli tiket. Why? Sebab ambik gambar dan gambar akan diprint di tiket. Yep ada muka kita yang comel baru bangun di tiket tu ya. Tiket ala ala IC tu la pass kita untuk masuk semua temple di complex ni. Kami ambik one day pass yang berharga 20$.
Sebenarnya ada guide yang kita boleh upah untuk bawa jalan-jalan dan beri penerangan tentang each temple tapi kami nda ambik perkhidmatan tu. Lebih suka jelajah sendiri dan ambil-ambil gambar.
Selepas sejam menjelajah Angkor Wat, kami pun bergerak keluar menuju ke tasik. Mau juga la ambik gambar dari sana.
Lapar dan haus lepas jelajah Angkor Wat. Nasib la ada bekal biskut biskut sama beli street juice 1$. Terisi juga la perut hehe. Seterusnya kami ke Angkor Thom. Di dalam Angkor Thom ni ada beberapa temple besar dan kecil. Antara yang famous dan mesti pergi ialan Bayon.
Tamat tour 3 temple di Angkor Complex. Bestlah juga jalan jalan dalam temple ni. Dapat la tengok seni bina unik temple temple ni. Imagine how they built and crafted all this huge temple? I is very kagum. To those yang minat building, seni bina dan yang berkaitan dengannya, this will be one of the place to come.
Nanti sambung lagi apa kami buat lepas ni hee :)
aisehmen... gatal hati dah nak pegi ni... huhuhu... syoknya!
ReplyDeleteHi jeha...round2 angkor wat berapa jam?mcm kejap ja ne nampak...hehe
ReplyDeleteHi! Untuk Angkor wat dalam 2-3 jam gitu, banyak bergambar. Untuk seluruh complex sampai tengahari ja. Panas dan lapar terus balik hee.
DeleteHahahahaha....cepatnyaaaa...
Delete