Short Escape: Ke Semporna Kita!! - Part 2

2:00 PM

23 April 2017
Semporna: Pulau Bohey Dulang- Perkampungan Bajau Laut Kg. Tatagan- Pulau Sibuan

Rise and shine!! Good Morning Semporna.

Yeay!! Berjaya menawan puncak Bohey Dulang.

Seawal jam 5 pagi bangun sudah aku. Bersihkan diri pastu prepare bahan untuk goreng mee. Kupas dan potong bawang ja pun hehe.. Masak air panas, rendam mee, buat sandwich kaya, masing-masing ada tugas. Sementara aku tolong Kak Nina goreng mee telor, yang lain pi mandi siapkan diri. Nda lama tu datang sudah van para jejaka, ingatkan sudah ready rupanya semua mau tumpang tandas, mau bersiap sebab rumah dorang teda air. 3 kali goreng tu mee 2 bungkus besar, akhirnya siap juga. Disuruh la dorang sarapan, aku pi bersiap.


Group photo sebelum gerak ke jeti


Sampai sudah di Jeti Pelancong, haruslah trip trip pelancong kannn.



Sebelum jam 0800 am kami ready sudah ke Jeti Pelancong. Wuuu nda sabarnya mau ke pulau pulau. Sampai jeti orang yang mau bawa tu belum sampai so kami masuk dan duduk-duduk dulu sambil ambil-ambil gambar. Ada muzik kena pasang, na apa lagi menari menari la kami hahah teda kerja.. Kak Nurul la pandai betul menari haha..


Memang kerja bergambar ja ni sementara tunggu orang yang mengurus sampai



9.20 am kami gerak ke bot sudah


Menunggu lagi kami sekejap, ntah pa2 orang yang mengurus ni

Mau sejam lebih juga menunggu akhirnya orang yang bawa tu ada, bot pun ready kami terus berjalan ke jeti. Semua pun excited ni. Ada 3 bot kena sedia untuk kami. Geng van lelaki sudah naik bot, lepas tu kami lagi. Kin heran napa Geng Kak Nisa belum naik bot. Kami fikir belum ada boatman atau boat. So kami gerak duluan pi Pulau Bohey Dulang.



Ya bergambar lagi sini sebelum naik bot

Yang sudah standby di dalam boat


Kami 1 boat

Perjalanan ke Pulau Bohey Dulang ni mengambil masa 1 jam. Enjoy berabis sepanjang perjalanan ke sana. View superb, langit dan laut biru ja dinampak. Few times boat berhenti tiba-tiba sebab kipas tersangkut apa ntah, jadi ambil la kesempatan main-main air laut hehe.


Cantikkannnn tu warna air

Sejam kemudian, finally were here!


Hello Bohey Dulang!

Pulau Bohey Dulang ni adalah salah satu pulau dalam Taman Marin Tun Sakaran.


Ohmyyyyy. Jatuh sinta saya~

Sudah cop permit, kami tunggu lagi dua buah bot sampai. Mesti juga sama-sama naik. Sementara tunggu dorang, kami jalan-jalan dan bergambar-gambar. Ramai orang k di jeti tu, pelancong China la ramai. Ada yang baru mau naik, ada yang sudah turun.


Welcome everybody!

Bila semua sudah ada, kami pun ke starting point mau hike puncak Bohey Dulang. Sebelum tu, kena bagi short briefing dulu tentang perjalanan naik ke atas. Settle sudah, kami pun memulakan pendakian.


Semua bersemangat untuk menawan puncak Bohey Dulang


Penerangan ringkas tentang perjalanan ke atas 


Starting point hiking Bohey Dulang

Trail nda besar pun, kira sempit juga kalau sama-sama naik dan turun. Kena bertolak ansur, jangan juga geragas mau naik atas. Slow and steady sambil menikmati keindahan alam. *Kapus-kapus juga naik hahah, lama nda hiking* Ku tenangkan fikiran dan mendaki cam biasa.


Naa penuh kan tu trail, berjalan sebaris ja. Teda orang barulah memotong hehe


Yang jejaka-jejaka ni cam berlumba-lumba naik, yalaaa laju la kamu.. Ek? hehe.. Jarak dari bawa ke atas 600 m ya. Setiap 100 meter ada signboard kena sedia. Jadi boleh aim la time bila mau stop and rest.

Comelkan ada emoji emoji lagi tapi termiss signboard yang 200m

Laluan ada tangga-tangga juga arr.. Sekali nampak tangga adoiiiiii, cam mau give up juga. Tapi sekali naik okay juga ni. Sengsara lagi tangga-tangga di Bukit Padang tu.


Trail berbatu-batu. Watch your steps


Tangga ni la yang bikin give up sekejap. Tenang Kak Nisa, We can do this!

Semua dari diri sendiri. Nampak Kak Nisa di depan dia juga la yang bikin semangat. Nampak lagi satu tourist yang besar badan naik, naaa nda kan ko mau kalah jehaa. Yang bikin bersemangat juga, ada orang tolong ambil gambar haha.. Makaseh Awang tolong ambil gambar kami. Sampai di meter 500 laju-laju sudah kami nda lama lagi sampai and finallyyyyyy~


Yeaaaa sampai ke 600m, tiada masalah mau bergambar hehe

Sampai ke m 600. Wohooo Hello Bohey Dulang!!


Sampai sudaaaa~

Subhanallah.. Cantiknyaaaaa~
View super A-M-A-Z-I-N-G


Group photo with the team.



Baru perasan kami 2 gegirl ja yang sampai dulu hee.

Ada juga ikut selfie dibelakang hee.

Puncak berbatu-batu. Panas k di situ. But still ramai orang bergambar-gambar di situ.

After lebih kurang 20 minit di puncak, kami pun turun ke bawah. Panas berabis ar so better turun. Ganti-ganti la di puncak tu. Otw turun berlimpas ngan Tika, K.Nurul dan Ajie. Bagi semangat lagi sama dorang hehe. Perjalanan turun berjalan lancar, senang ja turun, sekejap ja sampai. Nda la macam turun tadi, kapus-kapus hahaha..

Posing lagi sebelum ke destinasi seterusnya

Sudah sampai bawah kami ke jeti dan makan tengahari. Makan tengahari termasuk dalam pakej, aku dapat nasi ayam penyet. Punya besar tu ayam, nda habis aku makan. Nda makan banyak pun sebab takut mabuk termuntah plak aku di laut. So makan untuk isi perut ja. Kami tunggu lagi yang lain turun baru mau gerak ke destinasi seterusnya.

Enjoying the view before moving to the next destination

Sekalinyaa, mau jalan kena tanya mana kertas permit tu? Naa semua kami nda tau, aku nampak masa mula-mula tu ja, lepas mendaki nda sda tau ngan siapa tu. Jadi boatman kami pi mencari di ofis, manatau tertinggal sana kan. 1 boat sudah lepas, tinggal boat kami ngan Kak Nisa yang nda gerak. Kesian la bha kami, menunggu lagi.

While waiting, selfie la dulu hee..

Sekali dapat sudah tu permit, bergerak la kami tapi sayangnya masa nda cukup sudah jadi kami nda dapat ke Pulau Mantabuan. Setelah berbincang itu dan ini, kami decide untuk terus ke  Pulau Sibuan.

Then boatman dengan baik hatinya suggest singgah dulu sekejap ke Kg. Tatagan sebab tadi pagi teda singgah sini. Kg.Tatagan ni perkampungan bajau laut yang rumahnya dia atas laut atau pun dalam boat. Excited la juga kami mau ke sana hee.



Sunyi ja masa masuk sini, kami pun tengok tengok la. Rumah ada yang besar ada yang kecik. Nda lama tu ada perahu kecil approach boat kami. Budak-budak ni minta duit atau makanan. Panik sudah ni nda tau mau bagi apa, sekali aku teringat ada plak coklat nips dalam bag, terus bagi dorang. Tapi nda pandai lari ni hehe. Then ada satu perahu lagi datang, dorang la p bagi duit syiling sama dia. Ada boat lain baru sampai, kami suruh dorang pi sana. Puas sudah tengok-tengok kami teruskan perjalanan ke Pulau Sibuan.

Hello Pulau Sibuan!

Dari Kg. Tatagan ke Pulau Sibuan lebih kurang 15 minit gitu la, rasanya hehe. Sekali nampak ni pulau punya cantik!! Serius arr berabis cantik, dengan air warna biru jernih lagi. Nda sabar mau masuk air arrr.

White sand, blue sky and sea

View of the island

Bergambar dulu sebelum menyelam hee

Mereka yang kesiokan mandi hee



Jernih tu air, siok la mandi berendam rendam

Nda ingat berapa masa yang kena bagi untuk di sini, maybe adalah 30 minit. Nda lama tu semua kena suruh naik darat sudah.

Ambil kesempatan lagi bergambar dengan laut yang cantik

uwaaaaa cantikk!!

Puas sda kamu? Nda kann.. Nda pa next time kita datang lagi hehe

Dalam perjalanan ke Jeti Pelancong, di laut tu sentiasa ada Polis Marin/Penguatkuasa meronda di laut. Kira bertuah la juga boat kami kena tahan hehe. Kena cek lesen boatman dan bilangan penumpang ja.

Relax kamu hehe..

Tuu na boat dorang, bye bye..

Selepas sejam akhirnya kami sampai juga di Jeti Pelancong. Tertidur juga aku sekejap otw balik tu hehe.. Kami yang first sampai. Sunyi ni tu jeti, teda orang sudah. Kami ja situ. 


Bila semua sudah ada, kami terus balik ke homestay. Bersihkan diri, rehat-rehat sambil minum kupi. Then tolong prep ikan bakar dan ayam goreng untuk malam ni (yaa menu masih sama hehe). Walaupun semua nda larat, tapi kasi gagah juga diri tu demi perut yang lapar hehe.


Selesai ja makan dan kemas dapur, Kak Nisa bawa keluar p pekan lagi. Yala malam last sudah kann, jalan-jalan la kami sana.

Still banyak kereta dan ramai orang

Mau juga bergambar dengan signboard Regatta Lepa, bukti hehe

Lepas jalan-jalan, kami singgah 1 restoran minum sekejap (sempat lagi tengok Anugerah MeleTOP hehe), then kami balik homestay (jam 12 malam sudah sampai yaa) dan tidurrrr.

Memang siok la 1 hari berada di pulau dan lautan. Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi (yep, got problem ngan orang yang jual pakej ni) tapi alhamdulillah kami dapat menikmati keindahan tempat-tempat tu dengan gembira. InsyaAllah ada rezeki kita pegi lagi yaa, sebab siok dan cantik sangat tu tempat.

Bha tidur, esok jauuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lagi perjalanan balik hehe. 

I mean it, sangat JAUH hehe..

You Might Also Like

0 comments